07 October 2005

Berita Hangat - Wabak Bulan Cinta

Salam sejahtera.
Kami hentikan siaran ini untuk berita penting.
Satu wabak yang dikenali sebagai Bulan Cinta kini sedang merebak di kalangan penggiat seni di Pulau Pinang, Pada ketika ini, dua pasangan didapati positif dijangkiti wabak ini. Dan mengikut maklumat terkini yang kami terima, satu lagi pasangan sedang diperiksa untuk memastikan sama ada mereka bebas dari wabak ini.
Wabak Bulan Cinta ini didapati menjangkiti golongan penggiat seni di dalam bidang teater sahaja. Setakat ini belum ada laporan rasmi penggiat seni lain dijangkiti penyakit ini. Mengikut analisis pakar, wabak ini boleh menjangkiti siapa sahaja sama ada anak dara, teman lelaki, tunang mahupun suami orang.
Antara simtom wabak ini ialah angau, lupa tanggungjawab, semakin licik menipu, ringan-ringan dan jika dibairkan berlanjutan dan mencapai tahap kritikal boleh menyebabkan berlakunya maksiat dan cerai berai. Wabak ini tidak boleh dielak dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Cuma tahap imunisasi emosi dan sosial seseorang yang dapat mengekang wabak Bulan Cinta ini.
Jika anda mempunyai simtom-simtom yang disebutkan, para pakar menasihatkan agar anda mula insaf dan bersifat jujur. Wabak ini cuma boleh diubati dengan berkahwin secara halal di Malaysia.
Sekian berita hangat. Berita seterusnya akan disampaikan dari masa ke semasa.

2 comments:

artisticklytouch said...

kah kah kah kah kah kah kah kah

merasalah korang c foo dah bersuara....

apa2 pun kita renung balik niat kita...

eh, chorpe ada lagi 2 pasangan dah dapat wabak ni lah... cepat gila merebak

semoga tidak berbunuhan antara satu sama lain...

Pegawai Khalwat said...

sapa dia? sapa dia? aku ni selalu ketinggalan berita sensasi?