“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
23 October 2005
Monolog - 1:05
22 October 2005
Bayaran Setara - Apa Pendapat Anda?
Ini ada satu kemusykilan yang aku nak tanya pada anda semua. Adakah anda setuju kalau dalam satu-satu projek, anda dibayar setara, sama banyak dengan semua orang; tak kiralah orang itu buat kerja sikit, atau banyak, susah atau senang.
Aku bercakap ni sebab aku takut salah satu produksi yang aku akan ikut akan dapat bayaran yang macam tu (produksi luar, bukan pasukan aku). Jangan salah anggap, aku ni bukannya gilakan sangat duit. Sebab aku sendiri pernah buat produksi yang tak pakai duit. Semua orang yang tolong dari Pengarah, Pelakon hingga Krew semua tak dibayar, tapi buat kerja kerana kepuasan. Aku dah pernah merasa semua tu, memang perit tapi puas.
Tapi bila dah ada bajet, pada aku apa salahnya kalau di bahagikan duit tu seadilnya. Kalaulah duit tu tak banyak, buatlah cara tak banyak. Belanja makan ke, bagi t-shirt ke. Anda semua bayangkan, pelakon utama yang kena hafal dialog panjang berjela dan muncul dalam kebanyakan babak, dibayar sama dengan extra yang cuma muncul sekali. Krew yang berpeluh ketiak buat kerja sebelum, semasa dan selepas pementasan dibayar sama dengan usher yang cuma akan buat kerja sebelum pementasan bermula.
Masalahnya, kebanyakan yang terlibat dengan produksi baru ni jenis tak kisah, termasuklah aku. Ada yang cukuplah setakat yang dapat, sebab pengalaman lebih penting. Aku setuju..... tapi kita perlu faham yang produksi ini bukan tak berduit. Sekarang mungkin tak terasa, tapi bila dan selesai........ humm.......
Entahlah..... sekali lagi aku celaru..... betulkah tindakan aku mengkritik bayaran yang setara tapi tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan?
Pada aku betul....
Pada anda?
Comment please.....!
18 October 2005
Bangsawan dan Mazhab-mazhabnya
Sebagai individu yang menggilakan seni, aku secara personal amat mengagumi bangsawan. Walaupun aku bukanlah orang bangsawan dan rasanya ilmu bangsawan aku amat cetek kalau nak dibandingkan dengan air tebu yang baru lepas dihirup hamba Allah yang baru lepas berbuka puasa, tapi aku amat menghargai bangsawan. Selagi aku hidup, aku akan berusaha memperjuangkan bangsawan dengan apa saja cara yang aku mampu.
Tapi itulah.... setiap perjuangan pasti ada cabarannya. Dan cabaran aku yang mula-mula sekali aku tempuh ialah untuk mengenal mazhab-mazhab dalam bangsawan. Bangsawan tidak seperti mak yong, yang sudah hampir pasti terpulihara. Mak yong sudah ada standard dan tatacara persembahannya yang tersendiri. Jadi jika ada yang ingin belajar mak yong, tidaklah teraba-raba.
Tapi bangsawan, pada masa sekarang ini sahaja sudah ada empat mazhab yang berbeza (setakat yang aku tahu). Walaupun ada persamaannya, tapi tidak seragam. Tanyalah Pak Morad Ibrahim, Dr. Samat Salleh dan Cikgu Baharudin, pasti ada perbezaan di setiap persembahan mereka. Itu belum tanya lagi Onie Moraza, Datin Dr. Rahmah Bujang, Pak Rahman B dan lain-lain tokoh bangsawan.
Bukan maksud aku kepelbagaian itu tidak elok, tapi pada aku perlu ada keseragaman terlebih dahulu supaya ada standard. Bila dah ada standard, mudahlah untuk dijadikan kajian, mudahlah dipentaskan oleh orang-orang baru macam aku ni. Barulah tidak terkeluar dari landasan bangsawan. Dan jika terkeluar pun, mungkin boleh disebut istilah bangsawan kontemporari.
Sekarang ni, cubalah kalian tanya, bangsawan siapa yang asli. Aku tak tahu jawapa
n mereka tapi aku yakin jauh di dalam sudut hati mereka, akan mengatakan bangsawan yang mereka bawakan itulah yang asli. Dan aku sendiri pun mengakui bangsawan yang mereka bawa itu asli, tapi bukankah lebih molek yang satu, yang standard, yang dicapai melalui kata sepakat dikatakan asli?
Entahlah.... terlalu banyak soalan. Aku ini dah pernah bekerja di bawah Pak Morad dan Dr. Samat. Sekarang ni aku mengikuti pula Cikgu Baha, itulah sebabnya aku mengesan pelbagai perbezaan ini, dan tiap kali ada perbahasan, tidak tahu yang mana satu betul.
Tak perlulah aku ceritakan satu persatu perbezaan yang aku maksudkan. Cukuplah kalau aku mengambil contoh keperluan extra turn. Extra turn di dalam bangsawan bertujuan untuk memberi ruang dan masa kepada krew untuk mengubah set dan tirai yang berat-berat di balik tirai. Tapi sekarang zaman sudah berubah, sudah ada fly bar yang boleh mengangkat tirai dalam masa tidak sampai 30 saat dan set boleh dibuat dengan lebih ringan, menyebabkan ada pihak yang tidak menggunakan extra turn di sesetengah babak. Pun...... jadi perbahasan, kerana dikatakan membelakangkan tradisi bangsawan. Jika sudah ada standard, tatacara, kod atau apa-apa sahaja perkataan yang sesuai, maka semua orang bolehlah menuding mengatakan perbuatan itu salah. Tapi tanpa semua itu, salahkah?
Tolonglah..... tolonglah kami generasi baru untuk menyelamatkan bangsawan. Kami tak mahu jadikan bangsawan macam dulu, banyak kumpulan tapi berpuak-puak. Kami mahu banyak kumpulan bangsawan baru, tapi bersatu di bawah fahaman yang sama, bawah mazhab yang sama.
Arghhh.................
11 October 2005
The Four Horsemen of Apocalypse dalam Apokaliptik
Bagi yang menonton teater Apokaliptik, ramai yang menyangka aku yang mengarah teater itu. Tapi ramai yang mungkin terperanjat bila nama Ann yang diumumkan sebagai pengarah. Memang.... memang aku menyerahkan kerusi pengarahan kepada Ann, kerana aku rasa aku tidak mampu membentuk para pemain dalam dalam jangka masa yang pendek untuk mencapai tahap yang aku mahukan. Aku mengaku yang aku ini quite demanding tapi aku juga seorang yang linear bila situasi mendesak.
Justeru itu, aku abaikan teori signifikan warna dari The Four Horsemen of Apocalypse. Kerana pasa asalnya, semua set adalah pelbagai warna yang kusam dan lembab. Kemudian sebelum Babak Era Manaluk bermula, korus atau pemain itu sendiri akan masuk dan membalut semua set menjadi putih. Kenapa putih? Pertama dari segi pencahayaan tentunya putih akan lebih menimbulkan warna. Dan kedua, kerana Horsemen yang pertama akan datang dengan kuda putih, membawa busur, memakai mahkota, menakluk dunia; yang juga melambangkan tanah kita sudah dijajah.
Kemudian, peralihan di antara Era Manaluk dan Era Mabagun, sepatutnya sekali lagi korus atau pemain akan datang dan mencurahkan, melelehkan, bermain dengan cecair berwarna merah (tak kisahlah, cat, sos tomato, darah ayam) di atas balutan putih itu. Kenapa merah? Kerana Horsemen yang kedua datang dengan kuda merah, membawa pedang besar, dan menyebabkan manusia menyembelih sesama sendiri; yang juga melambangkan peperangan.
Kemudian selesai babak dua, Era Marudum datang, maka sekali lagi sewaktu peralihan babak, korus dan pemain mewarnakan set putih yang telah tercemar dengan merah itu, dengan warna hitam. Kenapa? Sudah tentu! kerana Horsemen yang ketiga datang dengan kuda hitam sambil membawa dacing di tangannya, menyebabkan makanan terpaksa dicatu; yang juga melambangkan kebuluran.
Dan apabila selesai babak ketiga, aku ada pilihan untuk menggunakan warna kelabu atau tidak kerana Horsemen yang terakhir itu akan datang dengan kuda kelabu yang pucat, merupakan Kematian. Tapi aku memilih untuk tidak menggunakan kepucatan itu, kerana bagi aku, 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'.
Kalian mungkin tertanya-tanya, kenapa Book of Revelation dari Bible yang menjadi rujukan aku. Bukan rujukan, tapi ilham. Ilham boleh datang dari apa saja. Dari sekecil-kecil atom dan molekul ke sebesar-besar cakerawala. Kerana semua benda, semua perkara dalam alam ini ada seninya. Terpulang kepada bagaimana kita melihat, menilai, menghayati dan menghargainya. Pada aku, selagi aku masih berkiblatkan Yang Esa, seni sebegini tidak akan mengganggu gugah iman aku.
Aku juga suka membuatkan orang berfikir. Dan memang banyak kali karya aku berlapis-lapis. Aku bercakap tentang apa sahaja, dan aku bukan semata-mata beretorik. Kerana dalam retorik aku memukul dan membelai. Dalam retorik aku meracun dan mengubat.
Pokok pangkalnya, rasa lega sedikit. Rasa yang terbungkam di hati dah diluahkan. Bukan aku tak mahu meluahkan pada malam itu, tetapi seperti yang aku nyatakan, itu malam Ann dan para pemain. Tambahan lagi, sentuhan artistik aku tidak begitu menjadi. Aku tak mahu dikatakan melepaskan batuk di tangga. Uhuk....uhuk.....
Uhuk....uhukk.... uhuk...... batuk pula....... uhuk..... khaaaqqq...tuih!!
Ketawa Penawar Duka - Siri 1 : Temuduga Penjaga Lintasan Keretapi
Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk ditemuduga.
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."
10 October 2005
Percaturan - Coming Soon December 05
Aku selalu kagum dengan karya-karya mahkluk ni, kerana karya dia selalu menentang arus dan rebelious. Tapi yang selalu mencacatkan karya dia adalah pelakon-pelakon yang tidak mantap. Kalau ada pun pelakon yang mantap, tenaga produksinya pula yang tidak mantap.
Cacat maksud aku tu, adalah dari segi pandangan aku yang daif dan naif teater. Dari segi pandangan orang lain mungkin sempurna. Beauty is in the eye of beholder. Jadi aku harap kali ini dia dapat pentaskan yang terbaik, sebab dia dah menghimpunkan antara yang terbaik di Pulau Pinang ni. PT, PLT, PPLT, ST, yang dia tak dapat cuma PWT sebab diserang penyakit rindu pada rumah atau homesick. Dan dia juga memberi peluang kepada pengarah muda yang baru pertama kali mengarah. Harapnya jangan parah.
Aku dah baca tiga dari 5 skrip pendek tu. Memang rebelious, tahap 13 Mei punya. Satu cerita tentang orang bergaduh di tempat parking, kedua cerita tentang pengayuh beca yang dah uzur, ketiga cerita tentang suami isteri yang sedang menghendap couple muda sedang bercengkerama. Dua lagi skrip adalah di dalam bentuk improvisasi. Nampak mungkin stereotype, tapi isu yang diketengahkan dalam bahasa-bahasa yang ih dinas sira tul mustaqim itulah yang sangat bisa.
Tapi itulah Art, sentuhannya jarang berlapis-lapis tapi merobek hati dan otak. Aku meletakkan tahap cynide; racun yang boleh membunuh, tapi dalam dos yang tertentu, dalam keadaan yang tertentu, boleh menyembuhkan. Yang boleh terima, akan terima seadanya. Yang tak boleh terima, akan mengutuk seadanya. Pada aku, buang yang keruh ambil yang jernih, yang elok jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tapi jangan pula karya kau mencapai tahap tetrodoxin, dimakan orang, terus mampus, tak sempat berubat!
Cuma kalau boleh aku nak cadangkan, buatlah sessi viva selepas pementasan agar kita boleh dengar komen orang. Awal-awal ni memang orang akan malu bertanya, tapi bila dah biasa, kita dah boleh membentuk audien yang berani bersuara dan secara indirect kita sudah mengajak mereka berfikir (nak tanya soalan kenalah berfikir).
Para pelakon dan produksi pun akan lebih bersedia. Tidaklah bermain teater seumpama Ramayana dan Sita Dewi kulit kambing dibalik kelir yang dilimpahi warm light.
Kita teruskan kawan-kawan......
Biar kita menjadi racun yang mengubat, bukan madu yang membunuh.
07 October 2005
Berita Hangat - Wabak Bulan Cinta
Pandirisme @ Mediocrity
Tak ramai yang tahu apa itu Pandirisme. Tapi rasanya semua orang kenal Pak Pandir; seorang yang bodoh tapi tetap ada cerdiknya. Dan rasanya ramai juga di dalam dunia ini yang boleh dikaitkan dengan sifat Pak Pandir, bukan orang Melayu saja.
Kenapa aku berkata begitu? Kerana fitrah Pandirisme itu sendiri yang lekas terpesona dengan penglihatan, lalu membuat kesimpulan bahawa apa juga yang kelihatan, apatah lagi yang kelihatan dalam bilangan yang banyak pula, maka pastilah bagus dan bernilai.*
Sememangnya aku tidak seratus peratus setuju dengan kenyataan ini. Sebab kita orang Malaysia ni kalau menilai sesebuah kedai makan, mestilah mencari kedai yang sedap makanannya, yang biasanya akan dikunjungi ramai orang. Kedai yang makanannya tidak sedap jarang dikunjungi ramai orang.
Janganlah kalian membandingkan pula maksud perkataaan mediocre dan pandir di dalam kamus kerana pastinya jawapan yang dicari tidak sama. Aku dan tengok, memang tak sama walau ada persamaan.
Tapi Pandirisme yang nak aku sebutkan ini lebih berkait rapat dengan seni. Seni teater khususnya. Meskipun istilah ini lebih mesra dengan sastera, tapi aku rasa ia boleh digaul sesedap rasa dengan seni pentas yang satu ini.
Mediocre dari segi apa? Skrip? Lakonan? Sinografi? Pengarahan? Itulah masalahnya. Siapa yang ada dalam di dalam arena teater Malaysia yang boleh mendabik dada mengatakan skripnya adalah intelektual, dan mampu menuding jari kepada skrip yang Pandir. Sekiranya skrip itu adalah Pandir, adakah setelah dipentaskan dengan baik; cukup rempah ratusnya, masih dikatakan pementasan yang Pandir? Apakah wujud lakonan yang Pandir? Orang yang berlaku seperti Pak Pandir memang ada. Tapi lakonan Pandir? Garu kepala yang tidak gatal. Itu belum lagi disentuh tentang sinografi.
Aku bukan orang yang belajar tentang teater. Semuanya self taught, sepertimana kebanyakan rakan-rakan seperjuangan aku di Wilayah Utara ini, khasnya Pulau Pinang. Tapi kami ada minat, ada passion. Itu yang menggerakkan kami untuk menghidupkan teater di sini. Masalahnya aku ini berkarya untuk mengajak orang berfikir. Bukan datang untuk hiburan kosong dan lompong. Gelaklah, ketawalah, menangislah bila datang menonton sesebuah pementasan, tapi berfikirlah kenapa begitu jadi begitu, begini jadi begini. Sekarang aku nak mengajak orang teater sendiri berfikir.
Mana bijaksana teater? Aku nak tanya apakah Pandirisme ini boleh dimasukkan sebagai salah satu 'isme' dalam teater. Atau ia kekal sebagai teori kritikan. Sebab aku lihat dalam teater ini, kritikannya lebih kepada lakonan, pengarahan, sinografi; atau pun lebih mudah aspek visualnya sahaja. Jika adapun orang memperkatakan tentang maksud tersirat sesebuah skrip, ia lebih tertumpu kepada skrip itu sendiri. Jika aku contohnya mementaskan Demi Zaitun oleh Dato' Noordin Hassan, apakah orang akan mengkritik hasil garapan aku atau maksud skrip itu sendiri? Apakah orang akan melihat apa yang ingin aku sampaikan dalam pementasan itu, mengikut acuan aku, mengikut kepala otak aku, mengikut apa yang aku tafsir, dan mengkritiknya sebagai satu hasil karya yang baru? Inilah yang terjadi kepada rakan aku At Ziafrizani yang mementaskan Ana oleh Dinsman. Bukan salah dia, bukan salah para panel, bukan salah penonton. Habis salah siapa? Garu kepala yang tidak gatal lagi.
Pening? Tak apa, asalkan jangan loya.
*Mohd Affandi Hassan, Pemikiran picisan aibkan intelektual, Mingguan Malaysia, 2 Oktober 2005
06 October 2005
Titik Titik Noda
(Gambar sekadar hiasan)
Kelam.... memang kelam. Yang menerangi cuma cahaya dari televisyen.
Mata aku pun makin malap. Tapi yang aku sedar anak mata aku makin membesar.
Entahlah, tindak balas pada cahaya agaknya, atau mungkin.....
Ehhh..... mata aku kabur agaknya...... itu seperti......
Ah.... tumpukan perhatianku pada televisyen. Tak boleh.....
Tumpukan perhatian! Jegil mata kau! Fokus! Fokus!
Tak boleh la......
Gestura itu mengganggu aku. Membuatkan anak mata aku makin membesar, menyebabkan seberum dan serebelum aku berfungsi lebih gigih dari normal.
Jangan...jangan... jangan.....
JANGAN TAK TENGOK!
Titik titik noda..... tapi siapa yang menoda?
Siapa yang ternoda?
Siapa yang teruja?
05 October 2005
Bila Cahaya Menerangi Malam
04 October 2005
Cinta Ibarat Angin
Cinta ibarat angin....... datang tak diminta, pergi tanpa berita. Seorang sahabat aku pernah berkata-kata begitu. Dalam Bangku Buluh Rambutan Gading karya At Ziafrizani. Tapi itu bukan dalam skrip, dia yang tambah sendiri. Al maklumlah, sedang menjiwai karakter bersama heroin.
Betul ke cinta itu ibarat angin? Mungkin sebab itulah produksi aku dan kawan-kawan aku yang lain ibarat dilanda Katrina. Kecoh sana sini, ada masanya melalaikan hingga lupa tanggungjawab. 50% daripada masa sengkang diperuntukkan untuk mengutuk, lagi 35% untuk berbincang memperhebatkan produksi dan 15% untuk masa makan dan minum. Alangkah moleknya jika masa mengutuk boleh dikurangkan kepada 20% saja, 65% digunakan untuk berbincang.
Tapi itu tidak mungkin. Fitrah manusia memang suka mengutuk secara berjemaah. Dan sememangnya kawan-kawan aku memang imam lulusan al-kutukan. Aku pun sebagai ahli jemaah tuturt terhibur. Itulah ubat mengantuk paling mujarab selain Red Bull dan Tongkat Ali.
Apa-apa pun.... jom kita ke kedai mamak........
03 October 2005
Apokaliptik
Apokalitik.........
Seni tu apa?
Aku sebenarnya masih mencari-cari apa itu seni. Kalau ikut persepsi aku memang aku tahu apa itu seni, tapi bagaimana pulak persepsi orang lain? Siapa yang betul? Kata orang tiada yang betul dan tiada yang salah dalam seni. Apakah itu juga bermaksud tiada dosa dan tiada pahala? Siapa yang mampu menjawab?
Terlalu banyak persoalan...........................