27 January 2006

Filosof Tua & Pengembala Tua

Seorang filosof tua sedang berjalan sambil memikirkan untung rugi nasibnya. Untungnya menjadi filosof, ruginya menjadi filosof. Dan dia juga memikirkan dari mana asalnya filosof. Kemudian dia bertemu dengan seorang pengembala lembu, juga tua sepertinya. Ada lembu jantan, ada lembu betina, ada lembu putih, ada lembu hitam, ada lembu putih.

Lalu dia bertanya kepada pengembala tua itu, “Apa yang kau buat di sini orang tua?”

Si pengembala tua itu tidak menjawab. Yang keluar dari suaranya cuma, “Bah! Bah! Bah!”

“Apa yang kau buat di sini wahai orang tua?”

Si pengembala tua itu memandang filosof tua itu dengan seribu makna. Keruh mukanya, menahan rasa lucu berbaur meluat, sambil lidahnya terus bergetar, “Bah! Bah!”

“Buat ke sekian kalinya aku bertanya wahai orang tua, apa yang kau buat di sini?”

“Bah! Bah! Hari sudah remang senja…. Bah! Bah! Rumput pun sudah tak nampak. Kau nampak rumput itu?” Soal si pengembala

“Nampak. Tapi itu tidak menjawab persoalan aku wahai…….”

Belum sempat dihabiskan ayatnya, si pengembala melenting amarah, “Hoi orang tua bodoh! Tak nampak aku sedang mengembala lembu? Aku sedang beri lembu aku makan!”

Si filosof tua terperanjat, hampir mahu gugur tangkai jantungnya. Dunia menjadi sepi seketika kecuali bunyi-bunyi gigi lembu mengisar rumput, “Srapp….srapp…srraapppp”

“Inilah yang aku cari! Akhirnya aku dapat!”, bentak Si filosof tua.

Lalu Si filosof menyambung, “Rupa-rupanya semua filosof berasal dari lembu!”

“Bah! Bah! Bah! Srappp….srappp….srappp…” dunia sepi kembali.

4 comments:

artisticklytouch said...

hang semakin memeningkan kepala otak aku...banyak lapis sangat la. lite2 sudah la...

weh...promote audition ittew dlm blog hang

nak cari pelakon utk sel 62 and from my bed

total takings for 12 am is RM 1,500.00 tidak ditolak payment2..

jiGOMorrison said...

Yang bodoh, tak bodoh. Yang bijak, tak bijak.

Aku rasa terlalu banyak karakter seperti ini dalam dunia pementasan. Contoh, watak orang gila mengajar tentang kewarasan dalam hidup. Orang dungu yang mengajar dengan kebijaksanaan. Atau kanak-kanak yang mengajar tentang kematangan kepada masyarakat dewasa.

Dunia ini tidak seperti yang kita tanggap. Orang yang kita anggap penuh dengan kekurangan itu sebenarnya mempunyai lebih banyak kelebihan.

Jika dunia ini tidak seperti yang kita tanggap, dunia ini apa sebenarnya?

Oh! Dan selamat Tahun Baru untuk kau.

sinaganaga said...

Dude,
Kau tak boleh buat teater pasal binatang2 yang berlagak nak jadi orang? Ha ha.

Pegawai Khalwat said...

Salam Maal Hijrah,

Art,

Total tu hang ejas la mana yg patut. Yg penting duit yg kita keluar dulu tu kena ganti.

Aku ikut keadaan la, ada masa lite, ada masa heavy. Baru seimbang.

Tujuh86,

Teater bukan kehidupan, tapi teater adalah cerminan kehidupan. Selalunya inti teater diambil dari pemerhatian dunia sekeliling.

Betul kata kau, dunia ini tidak seperti yang kita anggap, dunia ini adalah apa yg orang anggap.

Naga,

Nak buat teater pasal binatang yang berlagak nak jadi orang ni susah. Sebab binatang top ranking adalah babi dan monyet. Sapa nak tengok babi berlakon? Monyet tu okey la jugak.