10 February 2006

Kanun Dari Langit

Dari langit kanun itu sampai.

Ditulis atas pelepah tamar barangkali; menjadi kanun manusia, kanun keluarga.

Indah, cantik dan molek. Kena pada erti dan sebaliknya.

Tapi ada hawa yang bernafas kuda, mendengus seperti menanggung joki yang beratnya seratus kati, “huff haff huff haff huff haff.”

“Ini tidak adil! Kami mahu kesaksamaan!”

Jeritannya bingit.

Hairan aku. Dah bedah atau belum, kanun yang kalian katakan tidak adil itu?

Dah bedah erti dan sebaliknya?

Ishh….ishhh….ish…..

6 comments:

sinaganaga said...

Ni, kau cerita lanun mana lak ni?

tik!
tik!
tik!

“Bukan lanun. Kanun!”

“Ooo.”

Sayuti said...

"sudah, tapi bukan kami yang membedahnya. ramai yang sudah.
kami membaca ulasan mereka di lembaran pulpa."

dalam ramai itu, mana satu yang kamu percaya?

"tentulah yang hawa. ulasannya disokong si adam yang punya kolum tetap di satu lembaran penghebah peristiwa."

mengapa kamu percaya yang itu?

"tentulah! ulasannya panjang berhelai-helai."

patutlah kalian mendengus kuat!

abdullahjones said...

makin lawo blog. (bodek seorang bakal pelakon pentas)

Pegawai Khalwat said...

Bro. Naga,
Kanun...bukan lanun... (eh, kau dah betulkan? Nasib baik)

Sayuti,
Di belakang seorang lelaki pasti ada seorang wanita. Ada juga yang berkata, di atas seorang wanita pasti ada seorang lelaki.

Tapi kalau di belakang atau di atas masing-masing ada kaum sejenis?

Mr. AJ,
Orang daif buat blog.... lagu ni la.... Eh, nak berlakon pentas? Tak payah bodek, mai terus jumpa, saya bagi part (tak kisah la part apa pun kan?)

artisticklytouch said...

kalau di belakang atau di atas sejenis itu Brokeback Mountain hehehehehe

Sayuti said...

owh.. itu namanya ungka.