Fosil itu mula beRevolusi. Kalau dulu dia perlahan-perlahan dia berEvolusi, kini Gregorian seolah-olah tak mampu menahan gelembung revolusinya. Gelembung yang menyebabkan banyak darah naik dan banyak naik darah.
Fosil itu mula beRevolusi. Kapitalis fosil makin kaya, marhaenis makin kayap. Politikus tergagap-gagap, reformis terjerit-jerit lahap.
Fosil itu mula beRevolusi. Dan dia akan terus berevolusi hingga tiada fosil lagi mahu dikasi. Tika itu mungkin elektrolisis jadi menu utama manusia. Pemisahan atom-atom dan molekul-molekul jadi norma.
Fosil itu mula beRevolusi. Fosil itu jadi dogma. Tapi bukan dia yang minta dijadikan dogma, kalian juga. Siapa yang tergila-gila binatang besi yang merayap di darat, di laut dan udara. Siapa yang mengklon binatang besi agar lebih gagah meredah tanah pamah, bukit bukau, poket udara dan angkasaraya; agar dapat menghambur api pada manusia? Kalian juga.
Fosil itu mula beRevolusi. Oh…. Baiklah, lepas ini kami jalan kaki, biarpun tak cukup magnesium. Kami tambah magnesium, maka tuan bikin magnesium kata kena cari binatang bernama lembu. Maka kami cari lembu. Jumpa lembu, maka tuan lembu kata; kena angkat, kena perah susunya, kena proses di kilang kena.. yada …..yada …..yada….yada…… Jadi binatang besi juga dikerahnya. Nak kerah bagaimana kalau bukan fosil yang disuap, ditelannya.
Fosil itu mula beRevolusi. Kitar alam bukan macam metamorfosis rama-rama. Kerana rama-rama kelak dia mati macam kalian juga. Fosil akan mati jua, tapi sebelum membawa dunia ke tebing neraka. Hiruplah kentut fosil, bukan dari binatang besi semata, tapi raksasa yang memuntahkan nanah atas tuntutan kalian juga. Tanpa raksasa yang membawa kalian bekerja di perutnya, anak beranak kalian nak mengketedarah apa?
Fosil itu mula beRevolusi. Maka terimalah hakikat hikayat yang menyayat hati. Bahawa selamanya kita kan diperhambakan, bukan sebaliknya. Tapi syukurlah kerana kita bukan immortal, yang akan mampus dahulu sebelum oneng-oneng kita mampus kerana fosilnya dah tak ada.
10 comments:
kecewa harga minyak naikkah?
naik 3 kupang plak dah...toyalah..
Aku. Ada jam tangan. Jenama FOSIL. Sungguh!!!
ya.. ko mahu hidup sekarang
dengan nasik lemak 50 sen
kuih 10 sen
mcm tahun 70-an dulu?
masa berjalan..
hantaran & mas kawen naik.
aku nak juai kreta beli kapcai. kalau herga naik lagi, gua kayuh beskal. toyalah.
toyalaaaa....
maaf, aku tak dapat bendung kekecewaan.
toya lagi...
Sakitnya memang terasa. Walau kita tahu itu bukan salah pemerintah.
Salah globlalisasi dan kapitalis agaknya.
Saintis pun salah jugak sebab tak jumpa lagi alternatif minyak selain bio-fuel.
Hummm... nak salahkan siapa lagi? Diri sendiri? Apa salahnya?
bagusnya kalau kita mula berbasikal dari pasar seni ke klcc.
diri sendiri rasanya jawapan yang paling baik.
Post a Comment