02 June 2006

14 Dan Ke Bawah

Aku sedang makan di kedai mamak. Ada dua orang budak. Seragam sekolah. Sedang mengira duit.

Budak I : Cukup tak ni?

Budak II : Tak cukup lagi 7 kupang.

Budak I : Kita hutang boleh kot.

Budak II : Gila hang, hang ingat mamak tu nak bagi hutang?

Budak I : Kita collect la dari dua tiga orang.

Budak II : Kalau kongsi ramai-ramai tak syur la. Mana cukup.

Budak I : Aku dah berapa hari tak makan ni. Tunggu balik rumah baru nak makan.

Budak II : Habis aku? Duit poket aku lagi sikit dari hang.

Budak I : Celaka betoi, depa ni stop jual 14. Dulu senang ja, 7 ada, 10 ada.

Budak II : Kita beli batang-batang la.

Budak I : Lagi mahai. Lagipun mamak tu tak mau jual.

Budak II : Kedai mamak kat town ada yang jual.

Budak I : Hang sanggup pi town semata-mata nak beli rokok sebatang?

Cehhh..... Cerita pasal rokok rupanya. Patutlah aku tak boleh detect awal. Aku tak merokok.

11 comments:

blackpurple said...

Lihatlah budak2 sekarang... itu baru rokok...!

Orochi said...

ada harapan jadi perokok tegar tu..

Sayuti said...

jadi perokok takpe. jangan jadi anak derhaka, sudah.

bunga rampai said...

Saya dengar kempen 'Tak Nak' kurang berjaya menyekat selera perokok.

Terfikir - apa kata En. Peg Khalwat sampaikan mesej 'Tak Nak' ini dalam bentuk teater...mungkin teater kanak-kanak?

Salam.

gitartong said...

la ni.. batang2 pun tak bleh juai dah.. denda 10,000!

tuan tanah said...

ish ish ish... (sambil menggeleng-gelengkan kepala)

cuaca said...

Kempen saja yang GAH tapi menteri sendiri merokok apa kes?

d'arkampo said...

Duluuu..buleh beli separuh (10 batang)..balance masuk tin bulat. Dapat kotak.Baru 2 ringgit.

Minyak motor isi 80 sen, jalan.

Sekarang rokok satu kotak RM7.

Jalannn kaki!

.:HalogamoRa:. said...

rokok? PEMBUNUH...

PK: syabas,syabas sbb x merokok

kunci hilang said...

gaya mutu keunggulan.

(mengimbas motto iklan Dunhill).

Dalam keadaan ekonomi di Malaysia seperti hari ini, tidak merokok tentunya satu rahsia yang tidak ternilai untuk membentuk kewangan yang kukuh.
Harga rokok terus melambung, ibu bapa harus prihatin.

Pegawai Khalwat said...

Blackpurple,
Budak-budak dulu, dan buddak-budak akan datang pun macam tu rasanya....

Orochimaru-sama,
Harapan murni tu!

Sayuti,
Takpe?

BungaRampai,
Buang duit, buang tenaga saja cik....

GitarTong,
Tu ka?

TuanTanah,
Cobaan.....

Cuaca,
Guru merokok berdiri, murid merokok berlari.

d'arkampo,
Motor dengan perokok ada persamaan; dua-dua keluarkan asap yang tak berguna.

Halogamora,
Masehh.....

Kunci,
Rokok juga penting untuk ekonomi Malaysia, cukainya saja dah berapa; bak kata ekonomis.