27 June 2006

Motong Getah Atau Turun Laut



Hari tu aku berjalan-jalan di sebuah pasaraya dengan seorang rakan kerja. Maka datanglah meluru seorang promoter kredit kad kepada rakan aku yang berpakaian lebih segak dari aku.

Promoter I : Encik tak nak try kredit kad? Kita tengah buat offer sekarang ni. Dua tahun tak payah bayar yuran tahunan.

Rakan : Ya ka? Saya berminat jugak.

Promoter I : Encik mari duduk sini.

Ah.... sudah. Melalutlah jadinya. Maka rakan aku pun duduk (perlu ditegaskan aku tak cemburu kerana tidak dioffer, aku sememangnya berpakaian selekeh hari tu).

Promoter I : Encik boleh bawa slip gaji nanti? Berapa pendapatan kasar sebulan?

Rakan : Err….. kerja saya mana ada slip gaji.

Promoter I : Kerja apa tu?

Rakan : Motong getah. Gaji pun ikut musim. Hujan kalu, kuranglah skit.

Promoter I : Susah sikit kalau tak ada slip gaji ni. Ada penyata cukai pendapatan pun ok jugak.
Rakan : Cukai pendapatan? Saya dok bayar cukai motor saja pun.

Aku kontrol gelak.

Promoter I : Tak apalah, terima kasih ya cik.

Rakan: Ni saya tak boleh ambil kad kredit ka?

Promoter I : Susah sikit nak proses. Okay, terima kasih.

Aku dan dia pun bangun. Selang beberapa tapak, promoter dari bank lain pulak menahan. Dan rakan aku pun sekali lagi melayan.

Promoter II : Kami perlukan slip gaji encik.

Rakan : Saya kerja tak slip gaji, boleh minta tak?

Promoter II : Kerja apa?

Rakan : Saya turun ke laut. Ikut musim dan keadaanlah. Kalau banyak tu adalah rezeki lebih.

Tapi aku tak sedar. Promoter yang pertama ada dibelakang aku.

Promoter I : Eh.... tadi encik kata encik kerja menoreh getah?

Rakan aku dah tersengih macam kerang busuk. Toleh kiri toleh kanan, pandang aku. Humm....... pandai-pandai hang la. Nak pekena orang sangat.

13 comments:

.:HalogamoRa:. said...

la ni sapa yg dah terkena? hahaha

PK! i've changed my blog address ada masalah sket ngan blogger.com last 2 days. take note ya.

AyuaXuraimi said...

hebat kawan ang tu........ kim salam sket.. memperdaya yg suka memperdaya..

blackpurple said...

Kalau sempat jumpa promoter ke tiga, mengaku anak jutawan pulak, apa agaknya reaksi promoter tu..

Motong getah pun mampu pakai Waja sekarang...

Orochi said...

aku plak pernah tipu umor.. brape umur encik? 18 tahun... hahaha... tak bleh pakai kredit kad..

Sayuti said...

haha. lain kali, nak kelentong pon, kenalah konsisten. haha.

tuan tanah said...

jawablah...

kerja menoreh full time.
turun ke laut tu part-time jer.

eh... pandai pulak saya nak mengajar.

bunga rampai said...

Rajin benar rakan tu melayan promoter. Sepandai-pandai tupai melompat ... :))

Salam.

Pegawai Khalwat said...

Halogamora,
Thank you. Nanti aku update link.

xayu,
Bahaya kirim salam kat dia, dia senang jatuh cinta.

BP,
Anak jutawan baik pakai supplementary card dari prinsipal.

Bukan takat WAJA, lori pun ada!

Orochi,
Depa percaya ka?

Sayuti,
Ni bukan kes kelentong, ni kes pekena.

Tuan Tanah,
Eh... pandailah hang ni. Aku amik jadi cikgu tuisyen bole? Tuisyen online la.

Bunga Rampai,
Elehh.... promoter pompuan. Kalau laki... ntahla....

semut said...

woi..kat penang ader kebun getah ker?wakakaka...kat balik pulau ker?

cuaca said...

cakap jer saya prefer CASH!

kunci hilang said...

boleh juga cakap saja kat promoter tu: oh! kita mempuinyai kerjaya yang sama. Saya juga bekerja sebagai promoter kredit kad, utk bank yang satu lagi.

ron97 said...

itulah,
satu idea pekena org boleh guna sekali ja dalam satu masa dan satu tempat
padan muka

Pegawai Khalwat said...

Semut,
Ada apa..... Balik Pulau la...

Cuaca,
Kalau kata lagu tu tak kira pekena la tu.

Kunci,
Kang dia ajak sembang pasai kredit kad camna?

Semut,
Wahh... tips ni. Hang pun pernah terkena apa?