21 June 2006

Itulah.........

Aku bersembang dengan seorang kawan di sebuah warung pacak. Dia pun bertanya.

Dia : Hang berlakon dengan aku ya.

Aku : Bila show?

Dia : Hujung bulan ni.

Aku : Tak boleh.... aku ada kerja.

Dia : Sayang la hang tak dak.

Aku : A kan ada.

Dia : Tak mau, A mengarut.

Aku : B ada, C ada.

Dia : Yang tu pun tak boleh pakai.

Aku : Habis sapa yang nak berlakon dengan hang?

Dia : V ada, budak baru pun ada, campur orang lama sikit. Nanti V tolong cari lagi.

Aku : Hummm... Buatlah..... asalkan jadi.

Itulah........

12 comments:

tokey_panggung said...

'dia' memang seorang yang hebat dan terpengaruh,
memang 'dia' suka mencari yang baru untuk di gilap dan di ji***.

Orochi said...

apa yang istimewa dgn V sampai dia nak sangat belakon dengan V? Hahaha...

cuaca said...

Bila casting tak tau nk cari pelakon baru *sambil cermin kandiri sendiri* he...he..he..

blackpurple said...

Memilih juga si DIA tu ekk....

esis said...

Z ada. dia pun nak

Romantis Selatan said...

24 june M.Nasir di KLCC.

kunci hilang said...

V. Vaneeda Imran? :)

Pegawai Khalwat said...

Tokey,
Macam tu la.....

Orochi,
V serba boleh; boleh berlakon, boleh tolong mengarah, tolong buat set, tolong buat prop, tolong fokus lampu, tolong jaga kamera, tolong.........

Cuaca,
Mana ada casting!

BP,
Dia memilih yang terbaik.

Esis,
Mesti!

Romantis,
Dia kawan baik M.Nasir, pernah tinggal serumah dulu. Sungguh!

Kunci,
Kalau Vaneeda, aku pun nak berlakon. He he he.....

gitartong said...

neraka petualang, dah di'pirate'kan? di'cd'kan. boleh beli (bagi menyokong karya hang). haha!

Pegawai Khalwat said...

Gitar,
Ada, dalam proses. Tengah mencari penterjemah sari kata.

semut said...

cerita apa pulak yang bakal ditayangkan nanti.aku kepingin hendak pergi, tapi masih bermasalah dengan kenderaan.

.:HalogamoRa:. said...

wah laris hang na...