13 September 2006

Babi Sebelah Boleh Makan

Aku terlibat dengan perbincangan yang serius tempoh hari, antara beberapa orang rakan dan juga seorang sahabat yang berkelulusan Al-Azhar, Mesir.

Al-Azhar : Anta tau tak. Babi tu cuma sebelah boleh makan.

Sabahat : Hoh..... Mu jange dok buak lawok weh. Babi mana leh make.

Al-Azhar : Betul! anta tak percaya anta boleh semak kitab.

Maka berlakulah perang mulut tentang kitab, sunnah, ijtihad ulamak, mazha-mazhab dan sebagainya. Aku tak arif bab itu, maka aku dengar sebagai ilmu.

Sahabat : Mu ghoyak molek weh.... belah mano bole make? Kiri? Kane? Depe? Belake?

Al-Azhar : Sebelah kafir.

Tersembur sirap bandung aku.

10 comments:

gitartong said...

haha! aku pernah dengar ini, tapi lupa di mana..

Lan Rambai said...

maksudnya.. kapir yg dok sebelah babi tu ek?

esis said...

hahaha terjebak aku tadi

ko ni biar betull hahahaha

sinaganaga said...

Ha ha. Celanat luh!

Pegawai Khalwat said...

Gitar
ha ha... satu contoh stereotaip yang berjaya.

Lan
Dak, babi yang dok sebelah kapir. Huhu...

Esis
Betul ke tak... aku biar je....

Naga
ha.. ha... celanat lu jua....

blackpurple said...

Huh..... tapi memang genius jawapan itu... hehehe

Ku Keng said...

ini komen terlewat.

Di Jakarta dulu-dulu. Aku bertanya waiter. "Itu babi ke?"
"Tak pak," jawabnya, "itu anak khinzir."

Pegawai Khalwat said...

BP
Aku rasa dia pun berdakwah cara hikmah macam Tuan Keng. Dia nak mengajak polemik ilmiah.

Keng
Anak Khinzir dengan bapak Khinzir ada beza ke pak?

Selain dari saizlah.

bunga rampai said...

Kadang tu bahaya betul baca blog sambil minum ... ni ha, dah tersembur air teh tarik ... hahaha, hish gelak lagi....

Salam.

Pegawai Khalwat said...

BR
Sembur kat orang, jangan sembur kat monitor.