19 September 2006

Hantu Sebagai Pelaris

Tidak lama lau aku akan berpindah bilik buat ke sekian kalinya. Kali ini kembali berseorangan dan yang lebih menyedihkan tanpa talian hayat internet. Maka terbantutlah usaha aku buat sementara untuk mencari bahan-bahan untuk kajian aku tentang produksi teater yang efisien di samping kuranglah peluang aku untuk menyalahgunakan harta pejabat untuk tujuan lain seperti memblog.

Itupun sementara saja. Bila dah masuk talian hayat, maka aku akan kembali.

Tapi bukan itu yang aku ingin ceritakan, apa yang aku ingin bawakan ialah pengaruh mistik di dalam orang Melayu yang sangat mendalam. Maju macam mana pun orang Melayu, kalau bab mistik ni memang tiada bangsa lain yang boleh tanding.

Dulu heboh pontianak Sg. Nibong, dekat dengan stesen minyak Shell. Hingga kaya sekejap tokey stesen tu jual air mineral saja. Kini heboh pula muka manusia di pelepah pinang, bukan satu, dua pokok pula tu; di Kepala Batas. Maka berduyun-duyunlah manusia yang kebanyakannya Melayu ke situ. Hingga ramai yang ambil kesempatan berniaga, jadi macam mini ekspo.

Satu perkara yang bagusnya, inilah lubang rezeki untuk peniaga Melayu mencari untung cepat. Satu hari jualan ada yang mencecah hingga ratusan ringgit. Dan membuktikan lagi sifat oportunis Melayu yang berniaga ikut musim. Macam bulan puasa dan musim perayaan, maka ramailah yang berniaga makanan dan mercun.

Aku percaya, lain kali aku nak buat teater, aku nak hebohkan pokok depan auditorium di mana persembahan akan dijalankan tu ada langsuir bertenggek. Agaknya ramai yang akan datang, dan dalam ramai-ramai tu mungkin ada yang tergerak nak menonton teater aku.

Tak pun aku katakana saja ada hantu yang berlakon teater aku; sahabat-sahabat aku pun ramai yang standing dengan hantu dah. Aku dan sahabat lain pun boleh ambil kesempatan berniaga jenglot. Khabarnya di Indonesia ada kilang yang mengeluarkan jenglot, kalau pesan secara pukal mungkin lebih murah.

Nak join venture? Maksud aku berniaga, bukan jadi hantu.

20 comments:

Lan Rambai said...

kalau nak share 50/50 berapa kosnya hahaha

bunga rampai said...

Hehehe kelakarnya ... nanti hantu-hantu yang jadi penonton!

Jenglot tu apa ya?

Puan Ainon Mohd. said...

Idea bagus!

cuaca said...

peluang nak joint berlakon boleh? hehehehe.....

artisticklytouch said...

aku ingin menjadi hantu dalam teatermu..
aku ingin menjadi hantu di atas pentasmu (nyanyi macam lagu dealova)

Harituh ada dah hantu berlakon tapi tidak di war-war kan ha ha

blackpurple said...

Nanti bertambah sibuk la pakar DNA di USM tu....

hehehe

Pegawai Khalwat said...

Lan
Seekor Jenglot import dalam RM900. Campur kos penghantaran, hang kira la berapa nak kena share.

BR
Tak kisahla kalau hantu nak menonton, tapi kalau pementasan berbayar, kena bayar la.

Puan Ainon
Terima kasih!

Cuaca
Huhu.... jadi penghalau hantu atau jadi hantu sendiri?

Art
Hari tu? Aku rasa tiap-tiap kali show ada hantu.

BP
Takpa.... dekat sikit.

Anonymous said...

hantu berlakon teater? pontianak harum sundal malam 3 la plak..

.:HalogamoRa:. said...

diakhir cerita buat wa tersengih sorang sorang. memang org melayu selalu di momok kan dgn cerita hantu dulu musim hantu kom kom nak gi toilet pun takut....skang x dah. itu duluuuuuuuuuuuu.

13may said...

jgn biarkan pentas teater anda diselubungi misteri......eieieiiii....

Pegawai Khalwat said...

Orochi
Huhu... dulu sebelum pontianak harum sundal malam dah ada pontianak gua musang dan toyol.

"Bachok.... mari Bachok......"

Halogamora
Hantu kom kom? Lama tak dengar nama hantu tu. Kalau tak salah dia sedara dengan hantu pocong dan hantu bungkus. Semuanya berbalut.

13may
Cuba hang letakkan bunyi ungka, trade mark Naga.

"Ooowaappp ooowapppp"

bunga rampai said...

Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak untuk En. Peg sekeluarga. Selamat berpuasa.

p/s InsyaAllah, hantu-hantu tak kan muncul dalam bulan baik ini.

Anonymous said...

nak citer pasai antu ni baik mintak nasehat 'cerdik panday' dalam Seekers tu. Silap2 kang dia buat press conference bambu kita balik.

gitartong said...

ermm.. jangan lupa untuk di video dan di gambarkan. mungkin laku untuk dijual..

Pegawai Khalwat said...

BR
Hantu bertopeng manusia masih lagi ramai.

OB
Ha ha.... takpa.... dia pun minta bantuan pakar DNA jugak.

Gitar
Ahah.... gamabr aku jual satu 50 sen. Boleh laku rasanya.

Ku Keng said...

Tuan,

Bukan nak komen pasal hantu atau topeng, hanya nak ucapkan selamat segala-galanya dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini.

sinaganaga said...

Dude,
Kau tak terfikir ke nak VCDkan teater2 kau tu?

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng
Selamat jua ke atas kamu.

Naga
Udah dibuat, tapi tak laku. Standard lebih dari VCD pirate.

lime fizz pentalite said...

hantu...knapa bila tgh2 mlm dok sorang2 bila sebut atau crita hantu jer mesti serrraamm bulu tengkok tp klu sbt malaikat ka, nama tuhan ka..rasa cam tak da pa..mmm

renung tenung menung

lime fizz pentalite said...

hantu...knapa bila tgh2 mlm dok sorang2 bila sebut atau crita hantu jer mesti serrraamm bulu tengkok tp klu sbt malaikat ka, nama tuhan ka..rasa cam tak da pa..mmm

renung tenung menung