15 November 2006

Hot Dog


Waktu aku kecik-kecik dulu, pernah bertanya pada orang, dari mana asal nama burger dan hot dog. Maka jawabnya,

"Orang yang mula-mula mencipta burger tu nama dia Mr. Burger, dan yang mula-mula mencipta Hot Dog tu nama dia Mr. Hot Dog"

Ohh...... Lagu tu rupanya. Selepas berpuluh tahun, aku menonton CSI dan Grissom memberikan satu info yang amat bermakna pada aku. Aku terjemahkan.

"Awak tahu, hot dog pada asalnya tidak dipanggil hot dog kerana ia cuma sosej biasa. Tapi pada 1901 di New York Polo Ground, penjual sosej menjeritkan They're red hot! Get your dachshund sausages while they're red hot ketika menjual sosejnya. Tad Dourgan, kartunis sukan New York Journal menyedari situasi itu dan segera melukis kartun mengenainya. Tapi dia tidak tahu bagaimana mengeja dachshund jadi dia terus saja menulisnya sebagai hot dog. Dan nama itu popular hingga kini."

Pendek kata, jangan mudah percaya kata orang, selidik kebenarannya dan tontonlah CSI.

14 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

1901 itu dulu mati-mati aku ingat Mat Salleh punya, rupanya orang kita punya... bangga juga rasanya....

Coney Dog dgn ekstra cheese.....pergh....

Pa'chik said...

Hot dogs were frequently known as frankfurters or franks, but the name "hot dog" became popular by the 1890s. In the 1830s, it was widely rumored that the dogs that roamed urban streets were regularly rounded up (by "dog wagons") and made into sausages; by the 1840s, the term "dog sandwich" was used. The 1860s popular song "Der Deitcher's Dog" (written by Septimus Winner and known by the lyrics "Where oh where has my little dog gone?") contained:

Und sausage is goot: Baloney, of course,
Oh! where, oh! where can he be?
Dey makes ‘em mit dog, und dey makes ‘em mit horse:
I guess dey makes ‘em mit he.
===================================

ni saya dapat kat wikipedia.

Bunga Rampai said...

Satu info menarik.
Saya suka BigMac!

p/s: Ada persembahan teater arahan En.PK bulan Disember? Saya akan ke utara bulan depan.

Anonymous said...

ya. saya suka. CSI. patut saran pada polis utk tonton sama.

Pegawai Khalwat said...

BP,
1901 sedap ka? Takut tengok harga dia.

pa'chik,
Entahlah... tak tahu yang mana satu betul.

BR,
Yang saya punya tak ada. Kawan punya mungkin ada.

Psss... habaq la bila dah sampai.

Gitar,
Polis tonton sama rasanya. Tapi harga satu barang forensik tu silap gaya RMK-10 baru mampu beli.

Unknown said...

csi mmg fav channel. tp tang gambaq tu buat wa terliur je

Anonymous said...

owh.. tuan pegawai suka menonton csi sambil makan hot dog?

Pegawai Khalwat said...

Halogamora
Aku tau... hang kan minat CSI Catherine Willow atau CSI Dusquine, tak pun Detective Bonasera.

Orochi
Suka menonton CSI... ya.
Suka makan hot dog.... ya.
Suka keduanya serentak... mungkin tidak.

Anonymous said...

Favorite aku tu Art CSI...biarpun bini aku dah tido aku tetap akan melekat kat depan TV sampai jam 12.00

Anonymous said...

belilah barangan buatan malaysia.
gerak gerak gerak khas....gerak gerak khassss....

Anonymous said...

info hotdoug tu tul ls sbb aku penah baca gak. csi tu agak2 ko la berape persen ye menyamai situasi nyata cirme investigation di us? aku rasa cuma 40% jer..

Pegawai Khalwat said...

Cuaca
Bini hang tak marah ka? Kang dia buat biopsi kat hang baru tau.

Lembam
Baik aku tengok G.S.I (Gempur Sindiket Intelek)

Orang Biasa
Berapa? Ntah... propaganda depa ni memang hebat.

Rie said...

anjing panas tu halal ker tidak??

csi wow best..

Pegawai Khalwat said...

Esis
Nak jawab ke tak soalan ni? Err....