27 November 2006

Kuasa Bahasa.... Kita?

Setiap kali aku membeli barang atau berurusan dengan bank, aku pastikan aku akan baca dengan teliti terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bukan apa, takut nanti terkena. Sebab klausa dalam undang-undang ni kalau tak difahami dengan betul, kita juga yang terkena.

Ada sesetengah terma dan syarat ditulis dwi-bahasa; Inggeris dan Melayu. Aku baca kedua-duanya sekali. Tapi yang ingin aku bicarakan di sini adalah rasa kekesalan kerana di dalam kita melaung-laungkan pendaulatan bahasa Melayu, bahasa Inggeris juga yang lebih diutamakan.

Tak jelas?

Maksud aku, akan ada terma yang berbunyi lebih kurang begini:

"Sekiranya ada perbezaan maksud di antara terma dan syarat di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, maka maksud di dalam bahasa Inggeris akan mengatasi bahasa Melayu dan akan diguna pakai."

Maka tidak mustahillah ada pihak yang akan teraniaya dek kes ini.

Persoalannya, selain daripada istilah di dalam Science dan Mathematic yang takutnya tidak seragam, orang tidak faham dan mengelirukan; adakah bahasa Melayu begitu lemah hingga jika ada perbezaan maksud, maka tidak boleh digunapakai?

Garulah kepala yang tidak gatal.

Dan mulalah berfikir.

13 comments:

Anonymous said...

Cuaca said....
Strategi untuk mengelirukan pihak2 berkenaan.

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah dia. Sebab itu agaknya Precinct, Parcel dan Boulevard itu digunapakai di Putrajaya...!!!!

Pa'chik said...

memangnya baik dipahamkan yang omputih tu. pasal yang bm slalunya terjemahan dia word by word, jadik ada khilaf.

Buku bisnes law yang budak itm pakai (vohrah punya), yang warna merah tu diharamkan oleh pensyarah aku dulu. Pasal terjemahan tak lengkap, abih tu. Nak kata apa.

Mungkin kena cakap ngan Rais ni.

Pegawai Khalwat said...

Cuaca
Strategi? Entahlah....

BP
Huhu.... hang memang pantang dari dulu lagi dengan precint, parcel dan boulevard.

Pa'chik
Aku paham maksud hang. Persoalannya la ni kita yang tak hasilkan orang yang bijakpandai dalam satu-satu bidang tu, hingga dia boleh buat terjemahan yang paling hampir. Jangan harap kat penterjemah sebab dia bukan dalam bidang tu.

Sir Mute Key Chicks said...

erm.susah ker nak buat?senang jer.boikot terus bahasa tuh.kan senang.buat macam jepun.agungkan bahasa sendiri.barulah orang kita semua ada semangat kenegaraan sket.

Unknown said...

bro! setahu aku la...bahasa melayu mmg kurang ada bahasa yg terdiri dgn sendirinye. kebykan ayat dtg dr bahasa lain.

Pegawai Khalwat said...

Semut
Nippon boikot sebab depa pernah kalah dengan puak yang pakai bahasa tu. Kita ni yang pernah mengalahkan depa, macam mana pulak?

Halogamora
Kalau dari pengetahuan aku, memang betul macam hang kata sis. Tapi budaya ilmu tu yang menyebabkan kita kekurangan kosa kata.

Sayuti said...

untuk memperkasakan bahasa, kena perkasakan diri. untuk perkasakan diri, kena ada ilmu.

kita perlu jadi pemimpin dalam ilmu dan teknologi, atau dalam sektor perdagangan dan ekonomi seperti yang berlaku pada zaman kegemilangan melayu melaka. baru boleh kita letak bahasa kita di tempat teratas.

patriotisme bukan terletak pada bahasa saja.

perkataan kita yang dipinjam bahasa orang lain ialah 'amok'. maka, dari situ boleh kita nilai di mana kita.

Anonymous said...

Bahasa lambang keperibadian bangsa.

Sistem pendidikan kita terlalu goyah (baca: terlalu dipolitikkan).

Saya sering garu kepala dan berfikir tentang ini, mujur rambut masih lebat...

Salam.

Pegawai Khalwat said...

Sayuti
Ya.. betul! Aku setuju dengan hang. Hang memang boleh baca intipati entri aku.

Yang penting adalah budaya ilmu yang mengangkat bahasa kita. Jepun ada budaya kerja yang diguna pakai seluruh dunia; Kaizen & 5S contohnya. Kenapa tak diterjemah ke bahasa lain.

BR
Sistem pendidikan? Panjang cerita kalau mahu bercerita.

Anonymous said...

jadi, belajarlah sains dan matematik untuk menguasai bahasa inggeris..

Pegawai Khalwat said...

Orochi
Ohh... wrong! Science & Mathematics

Pakteh said...

Nak tak nak, kita kena belajar banyak bahasa dan ikut rentak mereka.