2 & 3 Disember lepas, aku di Aswara mengikuti Seminar Penulisan Dramatik. Malam 3 ada Malam Puisi Warisan, dan Pak Putu Wijaya, tokoh teater, filim, sinetron terkenal Indonesia turut hadir menyampaikan monolognya. Maka aku pun petik dan adaptasi dalam bahasa aku. Kisah seorang juragan dan burung tekukurnya.
Juragan : Hai burungku yang setia. Oleh kerana telah berpuluh-puluh tahun kau setia kepada aku, maka hari ini aku bebaskan kau.
Juragan itu membuka pintu sangkar burungnya itu.
Juragan : Bebaslah kau, terbanglah kau ke langit tinggi.
Burung itu, takut untuk keluar.
Juragan : Ayuh....... Apa yang kau takutkan. Kemerdekaan terbentang luas untukmu.
Burung Tekukur : Tidak tuan, aku tidak akan keluar. Aku sudah terlalu lama hidup di dalam sangkar ini. Kalau aku keluar aku akan mati. Siapa yang akan beri aku makan. Tambahan pula kucing banyak di luar. Senapang patah juga ada.
Juragan : Brengset! Berani kau tidak mahu mendengar kata-kata ku! Aku tidak pernah memberikan kemerdekaan kepada sesiapa lagi sebelum ini. Dan bila aku memberinya pada kau, kau membantah.
Burung Tekukur : Tidak tuan, aku tidak berani membantah. Namun begitu aku juga tidak berani keluar. Tolonglah tuan, jangan paksa aku keluar. Tolonglah.........
Juragan itu berang. Dia memukul dan menendang apa sahaja benda yang ada di sekelilingnya untuk menunjukkan kemarahannya.
Juragan : Keluar kau, keluar kataku. Aku tuan kau, kau perlu ikut arahan aku. Keluar!!
Burung itu jadi semakin takut dan serba tak kena. Tiba-tiba dia mengepakkan sayapnya, lalu terbang dengan laju. Tapi bukan keluar, tapi ke atas. Burung itu berlanggar dengan bumbung sangkar lalu jatuh.
Senyap.
Juragan tergamam. Dia melihat burungnya kaku. Burung-burung tekukur yang lain yang ada di situ lalu semuanya berbunyi sayu, seolah-olah meratapi kematian rakan mereka.
Juragan : Ya Tuhan, Engkau telah memberikan satu pengajaran padaku. Bahawa tidak bisa memberikan kemerdekaan kepada orang yang tidak tahu menghargainya.
Lalu Juragan itu segera membukakan semua pintu sangkar burung-burung tekukurnya yang lain. Jumlahnya begitu banyak.
Juragan : Terbanglah, terbanglah ke udara. Bebaslah kalian, kerana aku tidak mahu kalian menjadi seperti sahabat kalian ini.
Lantas semua burung-burung itu pun terbang bebas ke udara.
Semua sekali, termasuk burung tekukur yang tadi senyap......... pura-pura mati.
Burung Tekukur : Ingatlah orang tua, kemerdekaan tiada makna tanpa perjuangan.

12 comments:
Macam cerita Shawshank Redemption;
Brook Hatlen mengamuk masa dia dibebaskan dengan parol, ye la, dah 40 tahun dalam jel, masa masuk umo muda, keluar dah tua, member pun dah banyak mati. Last-last, Hatlen bunuh diri.
sesetengah burung masih perlukan tongkat.
kemerdekaan bukan sekadar mampu terbang bebas,
tetapi bebas mendarat
kalau benar benar mengerti dan menghargai kebebasan....walau patah sayap terbang jua.
hehe.sungguh hebat perjuangan burung yang mula-mula itu.adakah sangkar burungnya yang lain itu juga dibukanya?
a'ah.
masa saya mula-mula baca pun saya teringatkan the shawshank redemption. :)
wow! falsafah!
Terbang bebas tapi pasti ada batasan....
persoalan tentang kemerdekaan dan pengertian. menarik.
p/s: ya ya. shawshank redemption. betul2
Burung-burung yang lain itu jangan pula nanti sampai ditangkap dan disangkar juragan untuk kali kedua...
Pa'Chik, Tuan Tanah, Sayuti
Itu dipanggil institusinationalised. Aku pun tengok cerita tu.
Mula-mula mendengar cerita memang itu yang aku rasa. Tapi bila tiba bahagian kedua, aku rasa lain mesejnya.
Penyubiru
Sesetengah saja. Sesetengah lagi tak.
Ron
Setuju!
Halogamora
Ada yang lebih suka berehati di sarang jika sayap patah.
Semut
Juragan itu yang membukanya kerana tertipu dengan burung yang berjasa.
Gitar
Aku cuma memetik saja.
Cuaca
Dunia tanpa sempadan, tapi masih ada batasan.
BP
Rasanya kalau dapat ditangkap, tak akan disangkarkan lagi. Tapi digulaikan.
Releven kepada masyarakat hari ini. Merdeka yang sebenarnya adalah untuk mereka yang benar2 memahami, menghayati dan menghargai apa itu merdeka!
*Burung jua perlu merdeka. Tak elok bela (kurung) burung. Burung sinonim kepada kebebasan. Hidupnya bukan hanya terkurung dlm sangkar, tetapi terbang bebas di angkasa.
Post a Comment