27 February 2007

Tak Mainlah Keriss! Kuk kik, kuk kik!

Satu ketika (aku memang suka mula dengan ayat ni), aku dan beberapa orang rakan-rakan sedang lepak minum-minum di sebuah kedai makanan Siam. Tidak begitu ramai pelanggan mereka pada ketika itu. Tapi apa yang menarik perhatian aku adalah di satu meja ada empat orang gadis ala-ala minah rempit duduk lepak minum-minum. Mereka datang dengan dua buah skuter yang cap apa aku tak kenal.

Dan tidak jauh dari situ, ada beberapa orang lelaki ala-ala mat rempit sedang duduk bersembang. Tidak lama kemudian datang lagi beberapa orang rakan mereka dengan dua buah motosikal Kriss dan Honda.

Kuk kik, kuk kik, kuk kik gelak gadis-gadis ini.

Menarik perhatian ramai melihat mereka. Tidak tahulah sama ada tertarik atau meluat. Tidak lama kemudian, berlakulah percubaan mengorat oleh salah seorang lelaki dari meja yang aku sebutkan tadi.

Tiba-tiba saja terdengar suara nyaring salah seorang gadis itu. Bukan menjerit, tapi dengan nada yang mempunyai niat untuk memalukan.

"Brader, kalau takat naik Kriss, tak payah try la. Koman-koman ada 125Z baru kami layan!" kata gadis itu, dengan penuh emosi menghina.

Aku tengok muka lelaki itu dah jadi lain. Tapi dia sabar dan cepat bertenang. Dia pun berlalu.
Kuk kik, kuk kik, kuk kik gelak gadis-gadis itu.

"Pakai Kriss ada hati nak tackle!" kata salah seorang dari gadis itu lagi.

Kuk kik, kuk kik, kuk kik!

Aku memang rasa tercabar dan terhina juga. Mungkin kerana aku lelaki, tapi lebih kerana sikap mereka yang memalukan bangsa.

Maka, lelaki yang datang dengan Kriss itu pun beredar. Tinggallah beberapa orang lagi, termasuk lelaki yang dihina tadi. Lalu dia memanggil pelayan.

Dikeluarkannya not seratus, "Kak, kira sekali meja ni dengan meja tu, belen akak simpan."

Gadis-gadis itu terus ketawa. Mungkin mereka rasa lelaki ini mahu menunjuk-nunjuk, lalu sanggup menghabiskan seminggu gajinya.

Kuk kik, kuk kik, kuk kik.

"Terima kasih ya bang. Bawa Kriss tu elok-elok!" kuk kik, kuk kik, kuk kik.

Tapi tiba-tiba ketawa mereka terhenti. Senyap. Terpinga.

Lelaki yang dihina itu mengeluarkan kunci BMWnya, menghidupkan enjin 3 series dengan rim 19 inci. Seorang lagi dengan Perdana V6, juga rim 19 inci dan seorang lagi dengan Satria Neo.

Sebelum BMW itu beredar, lelaki itu sempat menurunkan tingkap dan berkata, "sama-sama!"

13 comments:

Sayuti said...

kik kik kuk kuk.

materialistik sungguh.

tuan tanah said...

Aduhai perempuan, kenapalah nak memalukan kaum sendiri?

(geleng-geleng kepala)

blackpurple @ jowopinter said...

Gadis urban yang lupa diri...

Mereka tak tengok lagi 'keris' yang sebenarnya...

Pegawai Khalwat said...

Sayuti
Zaman la, biasa la.

Psss... brader, kenal ka brader Roslee Mansor?

Tuan Tanah
Depa tak sengaja kot (bersangka baik).

BP
Huhu.... lucah betoi hang.

Anonymous said...

boleh jadi teledrama baru hang ni. haha!

Bunga Rampai said...

Aduh, dapat bayangkan situasi itu. Perempuan-perempuan itu amat memalukan. Entah mana hilangnya adab dan sopan. *mengeluh*
Salam.

artisticklytouch said...

pertama:
tuh rambut lia ka rambut kak yus? ha ha

kedua:
PHUKET dalam kenangan ha ha kisah sembang2 gegar dunia di larut malam

Pegawai Khalwat said...

Gitar
Bole tu bole. Sapa nak sponsor BMW rim 19 kat aku?

BR
Entahlah..... tapi bukan semua lagu tu.

Art
1. Rambut Lia la. Rambut kak yus dah pendek.

2. Haha... tula, sapa suh hang pindah sana. La aku kena berbalik kepada LKA dah. Haha.

Psss... tahun ni dia buat Bisikan Mustika versi baru. Mungkin tak mau ingat kenangan lama dengan hang dan pompuan tu. Haha...

Unknown said...

kesian, melepas minah rempit tu.. hoho...

Pegawai Khalwat said...

Orochi
Hoho.....

artisticklytouch said...

takde benda lain ke boleh buat, asik ulang tayang ja

DeeN said...

Kebiadapan di bawah norma-norma kemanusiaan. Kesudahannya mata terbelalak menyaksikan kemeruduman materialistik di tayar 3 series. Mulut ternganga hanya mampu menyedut gumpalan asap dari aspal kontang.

Pergh! ko paham? hehehe

Pegawai Khalwat said...

Art
Dia remake, macam Hollywood selalu buat. Cthnya King Kong, Poseidon bla bla bla.

Nuraddeen
Asap? Kereta enjin bagus, mana ada asap.