Aku adalah antara anak-anak yang dibesarkan di dalam zaman komik Cina yang dialih bahasa. Tetapi aku tidaklah terlalu menggila-gilakan komik itu hingga semua karya Tony Wong aku beli, tapi aku mengaku aku masih beli Pedang Setiawan atau Tian Sha karya Ma Wing Shing hinggalah beberapa tahun lepas, bila aku betul-betul sibuk dengan kerjaya.
Antara komik yang aku kumpul hingga tamat adalah Wira-Wira Keinderaan dan Teman Pendekar Helang Sakti karya Tony Wong, diambil ceritanya dari novelis tersohor China, Jin Yong. Aku juga mengumpul komik Pedang Setiawan dan Raja Rimba oleh Ma Wing Shing, tapi dah tak terkumpul kerana episodnya belum tamat hingga kini.
Di sinilah aku melihat bagaimana komik bukan sekadar satu industri, tapi juga sebagai medium pengembang budaya kepada masyarakat luar. Aku rasa aku lebih mengetahui Art of War Sun Tzu daripada Hikayat Abdullah Munshi. Aku rasa aku lebih tahu Hikmat Kebal Loceng Emas Shaolin daripada pecahan buah di dalam Silat Sendeng.
Dan aku rasa aku bukan bercakap bagi pihak aku seorang. Ramai lagi insan yang mengikuti perkembangan komik ini yang mungkin akan bersetuju dengan aku. Mungkin semua itu hanya fiksyen, tapi penerapan realiti budaya itu sebenarnya amat berkesan, terutama kepada generasi muda.
Sayangnya kita tidak ada industri komik yang sebegitu.
Dulu aku masih ingat lagi, ada usaha menerbitkan komik yang harganya 50 sen senaskhah dan memaparkan kisah kepahlawanan Melayu. Walaupun tidak seberapa, tapi usaha itu pada aku sangat baik. Tapi malangnya telah berkubur.
Kartunis Zoy, antara kartunis yang aku kagumi kerana menghasilkan kisah kepahlawanan Melayu di dalam Berita Minggu, setiap minggu. Walaupun mungkin sekadar fiksyen, tapi masih lagi bercerminkan dunia yang nyata. Watak Lang Kuik Si Kuda Hitam dengan ilmu Apungan Dewa dan Macan Semarang dengan ilmu Sapu Angin memukau aku.
Karya sebeginilah yang harus diangkat, dan kartunis baru juga harus mencuba. Tapi ke mana mereka?
Kalau yang ada pun, identiti kartunis muda ini banyak dipengaruhi komik Jepun dan Hong Kong. Maksud aku kartunis yang lahir selepas era Rejabhad, Dato' Latt, Ujang, Gayour dan ramai lagi.
Tidak kisahlah. Persetankan dahulu bab identiti itu. Yang penting produknya itu. Kiranya ada produk komik tempatan yang setaraf dengan komik alih bahasa ini, aku yakin ramai anak muda yang akan berminat mendekati dunia persilatan Melayu.
Dan kiranya komik ini dapat dibawa ke pasaran antarabangsa dan dialih bahasa pula, nah bukankah kita dapat mempromosikan budaya kita? Apakah cukup sekadar mengharapkan kerajaan dan korporat membawa penari menari di luar negara katanya mempromosikan budaya, dan sesetengah filem kita yang mungkin entah apa-apa di mana-mana festival filem dunia, memaparkan budaya kita masa kini yang makin parah.
Budaya tradisi?
Kita ada jalan, tapi jalan itu mungkin tidak cepat mendatangkan untung. Maka ke kuburlah juga jalan itu.
Sudahlah, tak usah berangan menggapai langit antarabangsa. Cukuplah kiranya karya-karya sebegini dapat membangkitkan kembali semangat budaya kita di kalangan generasi muda. Bukannya Jurus Pedang Tanpa Nama Kegeraman Tidak Terhingga, atau Hikmat Bom Asap Ninja atau Jurus Tendangan Tanpa Bayang.

19 comments:
aku x bantah apa yg hang kata tu tentang pengetahuan seni pertahankan diri cina dgn melayu. memang sekarang ni kita ada kartunis yg x kurang hebatnya. tapi yg kurang adalah pengetahuan tentang silat warisan kita.
apa art kata pasai aku wei????
betul2.
identiti kartunis sekarang ini banyak dipengaruhi komik Jepun dan Hong Kong...
p/s: saya baca manga naruto je sekarang ni...
ya aku jugak meluat tengok kartun jepun,mata besar.itu sebenarnya adalah mata idaman depa,depa kan sepet gila.dari zaman kapten future sampailah ke future macam tu.
baiklah aku nak sahut cabaran hang.aku nak buat komik hikayat pahlawan-pahlawan melayu.tegezoot akan jagi subject matter aku.
"Hikayat Sang Pemburu @&%$*" hihihi
Pelaq punya butaseni!
Kita buat sendiri la! dikalangan kitakan ramai kartunis2 berbakat, ang tulih story kami lukih utk ang! Sikit2 lama jadi satu buku, boleh jual!
Kaya! kaya! kaya!!!
Neraka Petualang pun ok jugak.
Ahcock
Sapa kartunis yg hebat tu?
Sayuti
Aku lebih suka tengok kartun kat tivi kalau untuk naruto.
Butaseni
Sahut kat mulut saja tak guna la....
Tegezoot
Pasai pa aku jugak kena tulih story? Awat LKA tak bole? Awat Acan tak reti buat cerita baguih?
pegawai!!!!! wei art kata apa kat aku wei???
Itulah. Sekarang susah nak cari komik kepahlawanan yang betul2 berjiwa Melayu. Tengok kartun Zoy di BM itulah baru seminggu sekali dapat tengok.
Seingat2 aku, dulu, masa aku budak2, ada banyak komik2 pendekar Melayu di pasaran. Dulu-dululah. Masa 80an.
Ahcock
Wei!
BP
Ya, zaman 80an dulu, aku masih ingat komik-komik tu.
citarasa kita sama, sy kumpul raja rimba... tp tak larat lagi bila harga naik sampai rm3.50, lps tu rasa nyamfah sbb tak habis2 cam citer sembilu lak... heheheh
tp syoknya tgk grafik dan jln cerita... terasa cam diri sendiri ade power cam raja rimba tu heheh tinggi tul imaginasi,
tp skrg lbh relistik skit... lps berjaya dpt komik initial-D version b.melayu dr no 1 - 16...
lps tu takde lg translation or kedai tak jual lagi,
kesibukan buatkan lupa pada komik seketika, tp tak lps pandang pada katun d suratkabar tempatan...
dulu biasa baca komik tikam... beli sekali dgn makanan ringan rm50sen dpt komik... seronok baca, tp lupas dah komik jenis tu...
kumpul karya aie 'aku dan sesuatu' juga separuh jln kerana pengkarya hadapi masalah, ntah d mana silapnya... peminat menuggu, tp hasil terbaru lom ade...
kartun komersial perlu, utk pupuk minat, tp kartun/komik yg serius macam yg diterbitkan oleh jepun dan hongkong kena mula bertapak di malaysia, dgn cerita dan identiti sendriri... kan bagus :)
dgr2 citer nnti ade katun animasi pendekar... hope berjaya..
encik pegawai khalwat, apakah kata-kata yang diluahkan oleh en. art tantang saya?????
ni akoq,art kata hang gay!!hah nak tau sangat!
LKA dgn Acan tak bulih tulih sebab depa mamak bukan melayu! kalau nak tulih jugak kena tukaq dari komik kepahlawan melayu ke komik kepahlawan mamak.
saya menjawab soalan anda?
Mineral
Hang sezaman la dengan aku. Raja Rimba aku makin meluat sebab makin lama kuasa depa dah makin merapu. Hingga tak terbatas.
Aku lebih suka watak komik Jepun, hebat macam mana pun mesti ada kelemahan.
Ahcock
Terdesak?
Butaseni
Ha ha ha....
Tegezoot
Ha ha... depa bukan tulis pasai depa, pasai Melayu, kira boleh la.
Lain la kalau depa tulih Acan jadi hero, yang tu aku tak tau nak kata.
Salam,
Alangkah baiknya tulisan sebernas ini dapat disampaikan kepada pihak-pihak yang ada kaitan dengan industri komik tempatan (termasuk juga KEKWA) untuk membuka fikiran mereka yang agak sempit itu.
Komik juga saya kira satu saluran yang boleh dijadikan bahan dakwah agama yang sangat berkesan.
p/s Cumbuan Dosa Semalam - menariknya judul! Tentang apa?
ahcock:
haah, aku kata hang Gay!
he he
aku kumpul Dewata Raya. Setelah membaca komik itu sehingga siri terakhir, aku percaya, akulah jelmaan Harimau Hitam di kehidupan barunya. Kini telah 258% otakku diterokai.
Sesapa tau mana nak dapat koleksi seme kartun Zoy yg disiarkan diakhbar.... aku peminat setia kartun dia....dulu setiap minggu aku gunting dan gamkan kat buku.... tapi sayang hancur + hilang akibat banjir... sekrg sekadar baca dlm akhbar je ler...
klau zoy baca rintihan kat sini harap2lah boleh dibukukan semua karya beliau sejak akhbar utusan lagi..insyaallah aku akan beli..
salam bro.. bolehkah bro tolong scan kan teman pendekar helang sakti yg jilid last tu.. kawe kempunan mau bace..
Tropozoite1
Entah2 dah dimakan anai2.
Post a Comment