26 December 2007

Bukan Pepatah Kita?

Malang tiada berbau, mujur tiada berbunyi.

Bila keranda diusung, barulah air mata bercucuran.

Ini adalah dua pepatah yang paling kerap aku jumpa di dalam komik-komik Cina alih bahasa seperti Pedang Setiawan, Raja Rimba, Dewata Raya dan sebagainya.

Persoalannya, wujudkan pepatah ini di dalam bahasa kita?

10 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

aku pernah baca Raja Rimba si Pin punya.
aku terkejut bila hero dia mendapat 'Wahyu Syaitan".hahahahaha
lari akhidah budak budak baca komik tu.

artisticklytouch said...

itu pepatah cina la...kan komik tuh dialih bahasa...

'Kau tentu sudah bosan dengan hidup'

setelah dialaih bahasa..

'Hang nak mampoih!!??'

Bunga Rampai said...

Malang tiada berbau. Bukankah ini pepatah Melayu?

Bila keranda diusung, barulah air mata bercucuran. Saya pernah mambaca pepatah ini dalam sebuah tulisan BM, lama dulu. Tapi tak tahuu sama ada ianya pepatah Melayu atau Cina.

Terima kasih entri ini. Terdetik pula rasa hati untuk meneliti lebih jauh asal-usul pepatah Melayu.

sinaganaga said...

Wo?

blackpurple @ jowopinter said...

Kadang-kadang lawak pun ada baca pepatah2 dalam tu. Pepatah Cina barangkali. :D

Qaseh Bidadari said...

bile keranda dusung tu mama belum pernah dgr..

Ku Keng said...

bezanya malang dan mujur. Yang pertama ada beraroma. Kedua pula berirama. Mungkin kerana malang itu ada perkaitan dengan isi keranda. Aromanya munkin dari kapur barus atau dari mayat yang repuk.

tegezoot said...

Itu semua keja translator yg buat pandai!

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Budak saja baca? Bapak budak?

Art
Ha ha... kalo bahasa Ganu?

BR
Dah selidik bagitau kami hasilnya ye?

Naga
Uwop uwoopp!

BP
Itulah sangkaan aku.

Mama Ranggie
Sentiasa ada kali pertama untuk segalanya.

Keng
Barangkali begitu juga Tuan Keng.

Tegezoot
Dia kejar deadline. Kalau dia rujuk pihak berwajib, ntah bila tahun komik boleh keluar.

Anonymous said...

ada lagi yang agak popular dalam komek " setinggi tingi pucuk tinggi lagi awan itu" hahahhahahahaha suka atiiiii jer . Aku pun bleh buat " sedalam dalam sungai, dalam lagi laut itu" ......hahahahahah memang banyak pepatah dalam komik yang tak pernah kita jumpa.