29 January 2008

Iklaneka : Cumbuan Dosa Semalam




Apa yang uniknya tentang pementasan ini, ialah aku bukan sutradaranya. Ha ha! Alangkah girangnya rasa hati. Bebanan tanggugjawab kepada keluarga dan juga bebanan tugas memaksa aku memilih mana satu yang lebih utama.

Tapi aku tetap membantu sebagai Pengurus Produksi. Maka segala kerja artistik, aku serahkan kepada Butaseni yang dibantu oleh Jinggo dan juga rakan-rakan lain seperti Tegezoot, Dong dan ramai lagi.

Naskhah teater ini sememangnya mencabar lakonan pelakon-pelakon baru. Aku buat begitu kerana ramai nafas baru di dalam pementasan kali ini. Ada empat kisah yang berbeza, dengan satu maksud yang sama, iaitu manusia yang lupa pada Tuhan.

Ada kisah lesbian tegar, ada kisah sebumbung mengandung tanpa nikah, ada kisah tak mengaku anak mati, ada kisah panas baran tak sedar diri. Intipati dalam semua kisah ni, adalah mereka yang lupa pada Tuhan, dan kisah ini semuanya kisah kehidupan yang aku kutip, yang aku cerminkan dari kisah benar.

Menggunakan format lakonan realisme dan set suggestion (bajet tak cukup!), aku yakin naskhah garapan Butaseni, pengarah baru orang lama ini, pastikan akan menyentuh hati orang yang menontonnya.

Jadi pastikan temujanji anda dengan kami,
1, 2 dan 3 Februari 2008 ini,
di Auditoirum P.Ramlee, Pulau Pinang.
Masuk Percuma
Sebuah Produksi Bakawalee Penang

19 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

oooo girang rasa hati hang ya?!
first mengarah,pelakon ramai...mampuih!!nasib baik kebanyakkan student USM,jadi aku bolehlah ajaq macam student-student aku jugak,nasib baik jugak depa jenis dengar cakap.kalau semua pelakon macam burung tukang tu,alamat aku mintak resign hahahaha

Unknown said...

aaalaaaa.. kt penang lak.. :(

pjoe said...

bila nak bawak mai KL lagi?
moga sukses!

Super Nia Hana said...

8.30mlm???
aiyoo..sah sah watashi takleh pegi

en peg khalwattt
tolong hantar kt email watashiiiiii
nama penuh dan add

Anonymous said...

hmm..
sampaikan salam untuk ahli-ahli teater ini..juga salam pada air laut serta jambatan pulau pinang..

Anonymous said...

penang lagiii..

Anonymous said...

pukul brapa?siang ka malam..

crunchyahcock said...

aku akan mai bawak budak trening .....lagi.

m i n e r a l . . . said...

aiyakkkk...
mai la KL lagik heheeheh...
pasti butaseni tercabar sedikit kewibawaannya, tp sure dia boleh punya yihaaaaaaaa...

oops bro, sapa buat poster tu, greattttttttttt.

Bunga Rampai said...

Salam,

Selamat berproduksi!

Tak bawa ke KL?

Poster-poster sangat menarik, saya suka. Pasti cerita juga menarik.

Moga pementasan berjalan lancar. Saya tunggu ulasan terpulas :-)

resdongs said...

tapi apasal dewa terulung tak mengarah kali ni ha? ana musykil la..

resdongs said...

tapi apasal dewa terulung tak mengarah kali ni ha? ana musykil la..

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Butaseni yang aku kenai never say no!

Ninadewe
Kat sini yang mampu.

Pjoe
Bila ada duit.

Hana
Takpa, nanti kami turun utara jangan lupa turun lak. E-mail kang saya kasi.

Rena
Air laut suruh Jinggo kirim salam, sebab dia selalu turun ke laut.

Halogamora
Duit lagi.....

Anony
Tu kat entri ada.

Ahcock
Bawai ramai2.

Mineral
Dia memang boleh, tapi suka kata tak boleh.

BR
Kami akan sampai, sejurus kewangan mengizinkan.

Resdongs
Sapa tu dewa tu? Aku tak kenai. Awat dia sorang sajaka boleh mengarah teater kat Tanjung ni?

Butaseni@Wan Raja said...

live for nothing,die for something!!

Anonymous said...

bro..kasi email bro...lagi satu bila abes final ni...mintak sgt2 nak belakon ngan abg usop..bleh?-azrul-

Super Nia Hana said...

mana???
takde ponnn

Penjejak Badai said...

aii..cikgu ayat RAMBO tuh

tumpanglalu said...

wow poster yg ckup indah!

shandye. said...

askum...
saya ada pergi menonton...
tapi hanya bersendiri...
pada hari kedua dan ketiga...
jarang dapat menonton teater sebagus ini di pulau pinang.

(mungkin kerana kebanyakan produksi tertumpu di kl?)

teruskan usaha yang cemerlang ini.

kalau ada lagi pementasan di penang sudi2lah promote... insyaAllah kalau ada kelapangan saya akan hadir.