25 January 2008

Mak Tak Izinkan Kau Pakai Tudung!


Rakan aku ni bekerja sebagai seorang guru. Dia menyewa bilik di sebuah kampung. Sekolah pun sekolah kampung. Bilik dia ditingkat atas. Ruang bawah dimiliki oleh tuan punya rumah. Punya keluarga. Dengan anak yang masih bersekolah menengah.

Rakan aku ini, baru saja menyewa di situ, dan tidak pernah berjumpa lagi dengan semua ahli keluarga tuan rumah, kecuali tuan rumah. Isterinya mengusahakan gerai makan. Katanya menjual cucur udang dan beberapa jenis kuih yang lain. Anak-anaknya semua dah besar, ada yang sudah bekerja, ada yang melanjutkan pelajaran, kecuali seorang yang masih bersekolah menengah di situ.

Ketika rakan aku masuk rumah, isteri dan anaknya bercuti di kampung. Bila buka sekolah baru mereka balik. Itu pun masih tak sempat bertemu muka.

Tapi pada satu hari itu, rakan aku berkata, adalah hari yang paling dia tidak akan dapat lupakan. Hari itu ada rasa marah, geram dan malu yang teramat. Ketika dia bersiap hendak ke sekolah sebelah paginya, dia terdengar suara lemak merdu anaknya memprotes. Makin lama makin kuat. Pada mulanya, dia tak mahu ambil tahu. Tapi lama kelamaan, apabila terdengar butir perbualan anak beranak itu, dia terdesak untuk mendengar.

Anak : Kenapa saya tak pergi macam ni mak? Apa salahnya?

Mak : Tak boleh nak, engkau memang tak boleh ke sekolah macam ni.

Anak : Kawan-kawan sekolah saya ramai yang dah berubah mak.

Mak : Kawan-kawan engkau yang mana satu ni?

Anak : Kawan-kawan sayalah……

Mak : Cakaplah! Mak nak tahu kawan-kawan kau yang mana satu yang engkau maksudkan tu?

Si anak diam seketika.

Anak : Apa salahnya saya pakai baju kurung mak? Apa salahnya saya pakai tudung?

Si emak hilang sabar, lantas meninggikan suara.

Mak : Engkau mak tak izinkan kau pakai baju kurung ke sekolah. Pakai tudung pun mak tak izinkan!

Anak : Kenapa mak?! Kawan-kawan saya dah ramai yang berubah, pakai tudung.

Mak : Mereka tu nak pakai tudung, mak tak peduli! Tapi engkau mak tak benarkan kau pakai tudung! Faham tak!

Rakan aku yang mendengar kata-kata emak itu, terus rasa terbakar. Emak jenis apa yang tak benarkan anaknya berbuat baik. Pakai tudung pulak tu. Selepas itu, rakan aku terus mendengar anaknya menangis merayu-rayu. Emaknya tetap dengan pendirian, tidak membenarkan anaknya memakai tudung!

Hilang sabar, rakan aku turun ke bawah, niatnya nak membetulkan keadaan. Dia tidak peduli apa kata tuan rumah nanti. Dia tidak peduli jika dia terpaksa pindah. Kerana ini perlu diperbetulkan.

Dia ketuk pintu. Kuat-kuat.

Rakan : Makcik! Makcik! Assalamualaikum! Saya ada benda nak cakap ni makcik!

Isteri tuan rumah itu pun datang, buka pintu. Cuba untuk senyum, mungkin marah masih berbekas. Tapi rakan aku hilang sabar. Nampak saja muka isteri tuan rumah, terus dia bersuara dengan lantang.

Rakan : Makcik ni mak jenis apa ha? Anak sendiri nak pakai tudung makcik tak benarkan? Apa salah dia nak menutup aurat? Dia pun dah besar, memang patut pakai tudung! Makcik suka nak tayangkan kecantikan anak makcik tu? Orang macam makcik inilah yang merosakkan anak sendiri! Buat dia orang terjerumus ke gejala sosial, lepaskan salahkan guru-guru.

Muka makcik tu dah berubah, dah tak manis. Dia terus masuk ke dalam, tanpa berkata apa-apa.

Rakan : Makcik nak ke mana tu? Saya belum habis cakap lagi ni!

Makcik itu datang balik, membawa anaknya yang sedang menangis. Ketika itulah muka rakan aku jadi pucat lesi!

Rakan : Ini anak makcik ke?

Makcik : Ya, ini anak makcik! Nama dia Mohd Shahrin. Tapi dia lebih suka orang panggil dia Edora.

Dan aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu, kerana aku dah ketawa terbahak-bahak, terguling-guling.

16 comments:

Anonymous said...

herm!! tu ler psl..tau nak serkup masuk jerk...kan dah termalu sendiri..dah agak dh ending dier..kihkihkih!!!

Anonymous said...

edora..
len kali kalau awk nk pakai baju kurung, awk pkai la baju kurung tu sajer.. pastu awak pkai jeans. baju kurung tu awk tuck in..

awk jgn nangis2 lg tau..

jinggo said...

ahhahaah.....
macam tu bagi pakai tudong saji sudah la.....
pon ok jugak....
jangan bagi pakai baju kurung...
bagi pakai karong ikan.....

blackpurple @ jowopinter said...

Cheh!

Auw! Auw! Auw!

Anonymous said...

first time dpt email ttg cite ni mmg ketawa besar hahaha.

tp utk kaum adam x payah la nk meramaikan lagi kaum hawa y dah sedia ada ni.

artisticklytouch said...

ish...ni dendam hutang ka???

mak tak campur...

Ku Keng said...

Dia nak pinjam baju mak dia ke? Dan sopan pula, kerana nak bertudung!

Butaseni@Wan Raja said...

hahahahahahaha gara-gara tidak dobenarkan memakai tudung,akhirnya si Edora menjadi pondan yang sosial hahahahahha
(jawapan kepada soalan puteri cahaya)

Super Nia Hana said...

mmg patut kecepuk kepala edora tu!!
haiyoo..bikin hati wa panasss lhooo

tegezoot said...

semua kawan2 dia dh berubah??? hahahahhaa!!! haram jadah betui!

Pegawai Khalwat said...

Puteri Cahaya
Ya ya.....

Rena
Hang penah pakai baju kurung tuck in dengan jeans ka Rena?

Jinggo
Tudung saji? Itu jaguh di air gemuruh!

BP
Ha ha.... aum....

Halogamora
Ya.... memang cerita dah lama. Saja diberi nafas baru.

Art
Dok aih.... aku tau hang tak pakai tudung punya Art. Member hang yg tu pun tak pakai kot. Dia bukan jenis muslinyah.

Keng
Depa punya istilah adalah muslinyah.

Butaseni
ya ya... yang taste kat hang.....

Hana
Kecepuk kepala? Tendang bontot la, hang terer bab tu.

Tegezoot
Hang tak berubah? Oh... hang bukan kawan dia.

Super Nia Hana said...

ahahahhaha...okeh

**hana tgh polish skill tendangan padu maut

Raja Azrul said...

kisah komedi yang cukup sinis..

hehehe

Anonymous said...

lawati http://www.teaterkedah.blogspot.com untuk mencari jawapan

m i n e r a l . . . said...

hehehe tu arr curi dgrr lg, tak siasat...
edora arrr... ermmmm

Nedzork said...

pondan pakai baju kurung