24 February 2008

Zon Selesa

Tajuk ini aku yakin memberikan banyak konotasi kepada kalian. Daripada perihal kerjaya, gaya hidup, mahupun peribadi. Tapi seperti biasa aku akan mengecilkan skop tajuk ini kepada perihal seni teater sahaja.

Kita bercakap tentang lakonan dahulu.

Zon selesa, pada aku adalah satu tahap di mana para pelakon (atau pemain mengikut gelaran sesetengah pihak) berada selesa dengan apa yang mereka lakukan. Maknanya, pelakon ini tidak ada masalah jika diberi watak yang berada di dalam zon selesa ini.

Misalnya seorang pelakon memang kita tahu sangat selesa dengan watak air mata. Jadi sekiranya diberikan watak yang perlu bermain dengan air mata, maka pelakon berkenaan akan berasa selesa. Lakonan pelakon itu juga akan lebih berkesan dan mudah menarik perhatian audien. Begitu juga sekiranya seorang pelakon itu menyenangi watak pembengis. Maka sekiranya pelakon itu membawakan watak yang sedemikian, lakonannya akan lebih berkesan.

Dalam bahasa mudahnya, aku melabelkan mereka stereotaip.

Jangan salah anggap, aku bukan anti-stereotaip. Tidak ada salah langsung menjadi stereotaip asalkan lakonannya berkesan. Tapi secara personalnya, aku rasa tidak cukup dan tidak puas menjadi stereotaip. Aku lebih suka pelakon yang versatile dan berkesan lakonannya. Pelakon yang mampu membawa pelbagai bebanan watak dan meninggalkan kesan kepada audien.

Itulah yang aku katakan zon selesa. Pelakon yang versatile akan suka untuk keluar dari zon selesanya. Tetapi kerap kali pelakon sebegini akan ditenggelami oleh pelakon stereotaip yang sering kali mengasah keberkesanan lakonannya berulang kali melalui bentuk watak yang sama.

Fenomena ini jugalah yang menjadi kelemahan utama kepada mereka kerana setiap kali pertandingan diadakan, dengan panel penilai yang berubah-ubah, maka pelakon yang versatile akan terpaksa bekerja keras untuk mengatasi pelakon yang stereotaip. Dan kerap kali sudah tentunya, penilai yang baru pertama kali melihat lakonan pelakon yang ada ini, akan memberikan kemenangan kepada pelakon yang lakonannya lebih berkesan. Mungkin keadaan ini akan berbeza sekiranya penilai yang membuat penilaian merupakan orang yang sama saban kali. Kerana mereka akan dapat melihat perkembangan kualiti lakonan pelakon yang versatile ini.

Keadaan yang sama juga berlaku ke atas ahli produksi yang lain. Aku secara personal yang pernah bertindak sebagai pengarah dan penulis, juga mahu keluar dari zon selesa aku.

Tapi malangnya aku sendiri belum nampak apa zon selesa bagi aku. Inilah kelemahannya bila menjadi mata, kerana tidak dapat melihat diri sendiri. Aku cuba jadi mata burung, tapi kerap mata aku dicekup tempurung. Harapnya satu masa ada orang lain akan dapat mengesan zon selesa aku agar aku dapat keluar darinya.

11 comments:

Penjejak Badai said...

Gua rasa betul gak tuh...memang org yang mcm ni selalu sgt dipuji tetapi oleh org yang berbeza...sebab kebanyakkan pertama kali melihat...kalau dah banyak kali lihat naik meluat pon ada.kadang2 sampai kita dah tau mcm mana dia nak begerak,bercakap dan sbgnya..huh...kalau pandangan sbg pengarah memang susah la nak ubah pelakon cam ni...tapi kena cuba gak la...x banyak pon sket ja la..topic ni gua pon ada terasa gak sebab pelakon gua ada masalah cam ni...Paham2 je la..(gua punya lakonan cam mana?)

Anonymous said...

Herm.. susah jg.. tp yg penting.. pu3 cuba utk memegang pelbagai watak.. bkn utk mngejar, tp nak belajar & minat.. (",)

Butaseni@Wan Raja said...

:) (sambil tutup mulut)
hihihihi

Super Nia Hana said...

alamaaaattttttt!!!!

hisss hisss hisss
watashi dalam keadaan tak selesa skang ni

aahhaah

pjoe said...

Zon selesa. Comfort zone.
Bahaya. Kerana itu membataskan kemampuan kita.

Dilema orang melayu juga tu.

Raja Azrul said...

Mmg stuju, terlalu ramai yang mengejar zon selesa sekarang nie..

Mereka sebenarnya perlu dibimbing oleh mereka yang berpengalaman..

Selaku pengarah, kita perlu ajar dan beri kepercayaan agar mereka dapat lari dari zon selesa..

Tapi bagi pelakon, jangan bergantung pd pengarah saja..cubalah cari ilmu sendiri, insyallah..anda boleh jadi versatile!!

artisticklytouch said...

apa zon yang paling best?

zon selesa hang ialah:
pengarahan - suggestion, surreal, anti-realist
zon tak selesa - realist gegila macam sayang sri tanjung or jangan bunuh sam

penulisan - realist yang 8 lapis
zon tak selesa - berani BBRG la!!!

tulah..zon selesa tuh...dapat kat dia ja..he he tak boring ka? tak rasa ka diri tu tak berkembang?

zon yang paling best ialah zon bebas cukai!!!

Pegawai Khalwat said...

Penjejak Badai
Lu punya lakonan pun masih zom selesa.

Puteri Cahaya
Jangan cuba, buat saja.

Butaseni
Awat hang?

Hana
Tak selesa jangan tendang punggun orang pulak.

Pjoe
Dah jadi darah daging.

Raja Azrul
Berapa ramai pelakon yang sanggup macam tu?

Art
Oi, aku dah buat realist la dalam Waktu Sesudah Itu. Cuma tak gegila sebab tak ada bajet nak buat set gegila.

Bab penulisan, ya.... nanti aku buat macam BBRG. Tapi kalau penulisan realis, CDS pun dah kira realis dan tak berlapis pun. Direct je.

Sapa tak berkembang?

jinggo said...

eeerrrmmmm....
selesaa???

- G O R O - said...

Dah macam AF plak.

"kluar dari zon selesa"

blackpurple @ jowopinter said...

Orang malas nak keluar dari 'zon selesa [padahal belum seselesa manapun] sebab orang jarang mahu berubah.

Itu pendapat akulah.

:)