Baru-baru ini aku sempat hadir menonton beberapa buah pementasan di Pekan Teater UUM 2008 yang saban tahun dianjurkan tanpa jemu. Ada 5 buah dewan penginapan (dulu dikenali dengan nama kolej kediaman. Tak tahu sebab apa diubah istilahnya) yang mengambil bahagian daripada 12 buah dewan penginapan (betul ka 12); Kachi 1, Proton, Mas. Petronas dan Tradewinds.
Aku sempat menonton 3 pementasan sahaja. Mujur rezeki aku baik kerana ketiga pementasan yang aku tonton mendapat 3 tempat utama di dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada Mas yang menjadi Johan serta merangkul pelakon lelaki, wanita dan pengarah terbaik serta kepada tuan rumah atau penganjur Tradewinds yang mendapat tempat ke-3 serta merangkul pelakon pembantu lelaki dan wanita terbaik.
Dan setinggi tahniah juga kepada Petronas, yang mendapat tempat kedua, walau tidak merangkul sebarang anugerah individu. Ini membuktikan kekuatan persembahan secara keseluruhan kalian. Terima kasih juga kerana mementaskan karya aku Nefertiti tanpa jemu.
Sayang sekali aku tidak membawa bersama kamera SLR kerana kamera digital kompak yang sedia ada tidak mencukupi untuk menghasilkan imej yang terbaik. Apa-apa pun tahniah kepada semua. Aku bangga kalian buat pementasan bukan semata-mata kerana ingin menang tetapi kerana semangat berpasukan dan bersaing dengan cara yang positif.
Aku harap ada di antara kalian ini akan menjadi aktivitis teater yang terus menggerakkan industri teater tempatan. Di sinilah kalian bermula, dan aku pasti bukan di sini kalian akan berakhir.
Tahniah sekali lagi. Aku nantikan 2009 pula.
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
07 April 2008
Sekitar Pekan Teater UUM 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
gambaq tak dak?
kalau ada apa2 berita pasal teater maklumkanlah pada aku..ok?
tak kira dimana kita bermula, yang penting dimana kita berakhir.
anjang.( yang wan big bro jadi juri ka masa tu?)
Butaseni
Tak dak sebab aku tak bawak SLR.
Raja Azrul
Pasti. Tapi yang ni aku pun tau last minit.
Orang Kampung
Aku harap kita tak berakhir. Kalau kita berakhir pun legasi kita tak berakhir.
Psss.. ya, yann big bro jadi juri, pastu lena atas kerusi masa viva. Ha ha ha....
hahaha...
yang tu lawak....
lena atas kerusi masa viva........
salam... nefertiti? berminat nak tau adakah karya tu ceritanya sama seperti cerita asal puteri mesir tu ek... :D
hahahhahahahahhahaha....nak gelak besaq la tu. Tidoq ka...waktu viva. sian budak budak tu.
Jinggo
Sebab tu dia tak boleh bagi kerusi.
Sastri
Ceritanya tak sama Sastri. Tapi nasib watak-watak permaisuri dalam cerita tu sama dengan Nefertiti.
Orang Kampung
Uihh... budak-budak tu kalau boleh tinggal nak angkat tangan atas bawah atas bawah saja kat depa.
sastri, watak-watak puteri ittew semua mati dengan sadis sekali. paling sadis tercekik pisang ha ha
"pisang...pisang...pisang!!"
"owh...kamu ketawakan aku ye...nanti kamu......"
ha ha
Chop! Email mai satu skrip. Best punya!!! Aku nak run dengan KUBAS bulan Disember ni. Bleh x? Kalau boleh, email aku ialah......jeng jeng jeng! doone_tzm@yahoo.com atau aikew_kepalabesi@yahoo.com atau saiful@heritage.gov.my
Post a Comment