14 April 2008

Silang Watak

Aku harus mengaku yang aku agak jarang menonton rancangan tivi teresterial. Rancangan siaran tivi berbayar pun banyak juga yang tidak aku tonton. Tapi sekala aku tercongok juga di depan tivi, menonton episod seperti CSI, House atau sebagainya yang pada aku menyegarkan berbanding rancangan tivi lain.

Apa yang ingin aku bangkitkan di sini, adalah kerja-kerja silang watak bagi rancangan tivi di bawah penerbit yang sama. CSI : Vegas, CSI : Miami, CSI : New York dan Without A Trace adalah di bawah penerbit eksekutif yang sama iaitu Jerry Bruckheimer. Apa yang menariknya, watak Mac Taylor di dalam CSI : New York dalam beberapa episod diwujudkan di dalam CSI : Miami, begitu juga sebaliknya. Dan terbaru watak Jack Malone di dalam Without A Trace diwujudkan pula di dalam CSI : Vegas.

Silang watak ini secara tidak langsung menimbulkan rasa keterujaan para penonton terutama yang secara aktif mengikuti siri ini. Kerana setiap watak yang diwujudkan itu sudah dikenali sifat dan perangainya, jadi penonton teruja melihat apa yang akan terjadi bila watak itu ditemukan dengan watak utama dalam siri yang lain.

Sayangnya, perkara silang watak di Malaysia ini mungkin cuma terjadi di dalam majalah komik Ujang, yang pernah aku ikuti beberapa ketika dahulu. Watak yang dihasilkan oleh kartunis lain wujud di dalam kolum kartunis lain. Perkara sebegini mungkin (aku katakana mungkin kerana aku juga tidak mengikuti secara tetap beberapa drama bersiri tempatan yang punya penerbit yang sama) tidak berlaku di dalam drama tempatan kita.

Misalnya Gerak Khas, Sembilu Kasih dan Pasrah yang dihasilkan oleh penerbit yang sama. Rasanya penonton pasti akan teruja jika sesekali watak utama Gerak Khas muncul di dalam Sembilu Kasih dengan plot yang tertentu begitu juga sebaliknya.

Begitu juga dengan Dunia Anita dan Puteri. Pastinya ramai yang teruja jika sekali sekala watak ini bertemu di dalam mana-mana episod khas (tidak semestinya episod raya sahaja).

Janganlah pula kalian menuduh aku seorang yang berkiblatkan Hollywood. Aku cuma melontarkan rasa sebagai penonton yang mahu industri seni kita makin kreatif. Dan sekiranya apa yang aku suarakan ini telah pun dilakukan oleh para produser tivi kita, aku turut memohon maaf kerana aku juga bukan penonton tivi yang tegar.

Pokok pangkalnya. Apakah kalian bersetuju dengan apa yang aku bangkitkan ini?

13 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

hmmm ntah,semua crita tu aku tak tengok.baik melayu baik omputeh.hindustann jauh sekalilah.aku cuma tengok berita bola saja kalau TV.

jinggo said...

aku pon kurang jugak tengok tv....
tapi idea tu memang menarik.......
apa kata kalau di buat atas pentas pulak....

Super Nia Hana said...

watashi layan semua CSI,
gerak khas?
walaupun cubaan utk memperkasakan bahasa melayu,nampak tak natural
**bagus untk pelajar

anita,puteri tu..
watashi tak reti nk layan arrr....
kdg2 terlalu fantasi
sekadar nk habis masa ok.
kalo nk follow...eheheeheheh
watahsi lebih suka astro channel 707.702 dan 703

bluewkkkk

Anonymous said...

bagus jugak tu kalau ada... eh hang pun minat CSI? hehe

m i n e r a l . . . said...

sy tak suka sgt tgk tv, melainkan menonton rancangan di tv jejejejeje.

sokong bro.. ptt kena kreatif skit penerbit dan pengarah tu.

@xiM said...

csi = rancangan kegemaran aku tuh..!!

memang best bila tengok silang watak tu berlaku..

mmm maybe its malaysian habit to copy something from hollywood,but its ok,as long as terwujudnya karya yang bagus...

peace..!!

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Patut kurang imaginasi.

Jinggo
Tak boleh. Sebab watak yang ada tidak dijenamakan lagi. Dok orang tu jugak pegang dua tiga watak.

Hana
Hang memang sehati sejiwa dengan aku la.

Halogamora
Uihh... mesti. Walau aku tau cerita tu pemohong kuat disamping propaganda yang melampau, tapi layan.....

Mineral
Harapnya generasi bari pengarah dan penerbit ni ada idea baru.

Axim
Nak kata copy tak adil jugak. Mungkin sesiapa saja di dalam dunia ni punya idea yang sama contohnya silang watak tapi tidak direalisasikan saja.

Misalnya, mungkin di Yugoslavia, dah dibuat silang watak ni lama sebelum CSI. Tapi memandangkan CSI itu Hollywood dan worldwide, maka ia lebih dikenali.

blackpurple @ jowopinter said...

Ha'ah. Pernah juga aku terfikir tentang itu.

Maalahnya, aku sekarang sudah terlalu jarang [baca ; tak sempat]menonton tivi, apatah lagi filem.

Mak Su said...

bagus gak tu kalau sarjan misai muncul kat pasrah ker plaks, kan.

jinggo said...

AIK....
Pegawai Khalwat ngan hana sehati sejiwa....
hahah....

gaban kan ada.....
hahahah.....

artisticklytouch said...

hang memang berkiblatkan hollywood

ha ha

izman said...

csi semua aku musti layan terutama csi:miami. House pon x penah miss. without a trace kureng sket la..

crita melayu aku kureng sgt. biasanya wife aku layan. then, aku ada masa ngan blog dan internet atau layan DVD jer.

silang watak? aku x pasti. yg pasti aku mmg x suka org talam dua muke.

Angah said...

silang watak best juga tapi camen nak silang watak dalam pasrah sembilu ngan apa lagi satu tu kalau pelakonnya orang yang sama?