16 June 2008

Watak Gemuk, Watak Kurus

Masih aku ingat beberapa hari yang lepas, aku berbual dengan seorang artis (pelukis) Malaysia yang tersohor dan dari generasi perintis iaitu Syed Bakar Syed Salim. Kata beliau, di dalam opera Barat, ada signifikan watak yang ketara antara yang kurus dan yang agak berisi.

Watak yang kurus selalu digambarkan sebagai orang jahat dan begitulah sebaliknya. Jika bertopeng pun, mestilah topeng yang kurus dan kuyu sebagai lambang kejahatan.

Aku tidak pasti kenapa boleh jadi begitu. Mungkin pada zaman permulaan opera pada kurun ke-16 hinggalah zaman kebangkitannya pada kurun ke-19, tahap sosioekonomi yang tidak seimbang menyebabkan golongan bangsawan ini menganggap si miskin yang kurus dan tidak cukup makan sebagai jahat kerana selalu mencuri makanan mereka.

Ini cuma telahan aku. Mungkin juga tidak tepat.

14 comments:

Bunga Rampai said...

Sukar memberi komen. Kena baca sejarah opera barat ni ;)

Terima kasih menjentik rasa ingin tahu saya.

Salam :)

crunchyahcock said...

aku rasa mungkin benar, kerana hingga sekarang pun masing-masing menuduh diri baik dan yg lain itu jahat... yg bangsawan dahulu menuduh yg miskin mencuri makanan dan yang miskin menuduh yg kaya mencuri hasil... vice-versa x begitu??

Anonymous said...

ish.. yer ker? ader plak mcm tu.. yerk? herm...??!!

Sir Mute Key Chicks said...

tak.memang yang kurus jahat.haha.

sebab?aku agak berisi.haha

Anonymous said...

opera barat mempunyai perbezaan dan mungkin mempunyai cara tersendiri...mgkn tersirat dan tersurat...

Pegawai Khalwat said...

BR
Memang saya suka lagu tu.

Ahcock
Fuhh..... hebat hang.

Puteri Cahaya
Jangan dok mengiakan saja. Pikir.

Semut
Kira hang orang kaya la.

Artlover
Humm.....

blackpurple @ jowopinter said...

Badan aku sedang-sedang saja.

He he he!

Butaseni@Wan Raja said...

mana mungkin telahan hang tak tepat,darah hang darah seni :D

ps: bangsawan pun sama jugak

Unknown said...

so kalau macm aku ni... hang nk bg watak ape? aku ni kurus pun x brapa nk kurus nk kata gemuk pun x brapa nk gemuk. habaq sket kat ceq.

Sastri said...

errr... kalau camtu, saya akan memegang watak baik la dalam opera tu sebab badan berisi... keskeskes...

artisticklytouch said...

barat itu...mereka jahil..pabila menonton seni persembahan di Bali baru mereka kata mereka ketemu yang asli...

mereka pelopor copy & paste kemudian copywright

kita kemudiannya mengagungkan mereka

adie said...

aku rasa ada kelogikan disitu.orang gemuk cukup makan.cukup makan maknanya ade duit.ade duit banyak bantu orang.orang yg dibantu kata dia baik.so,orang gemuk=orang baik.

Pegawai Khalwat said...

BP
Tak mau mengaku lagi tu.

Butaseni
Awat kalau darah jenis A, dia mesti dapat gred A sepanjang hidup dia ka?

Halogamora
Watak sat baik, sat jahat. ha ha...

Sastri
Oooo... jadi kena musuh ngan BP la. Dia sedang-sedang aja.

Art
Sebab depa tak dak agong. Kita dah ada agong.

AL-BIMA SAKTI said...

selalunya yg jahat tu tangkas/agresif. sebab itulah diberikan kepada yg kurus. yg gemuk kurang tangkas. tak sesuai jadi jahat. sesuai jadi tukang masak. {pandangan akulah..}