26 July 2008

Budaya Ilmu Dalam Teater di Tanjung

Apa yang aku nak cakapkan ni, adalah fenomena yang berlaku di dalam lingkaran dunia teater yang menjadi habitat aku sekarang. Teater Melayu di Tanjung. Keadaannya mungkin sama dan mungkin juga berbeza kalau dengan teater Inggeris atau Cina di sini.

Satu perkara yang ingin sangat aku terapkan ialah budaya ilmu di dalam teater itu sendiri. Sejak mula aku berkecimpung di dalam teater di Tanjung ni, aku sedih kerana melihat para audien yang cuma hadir menonton teater sebagai satu hiburan. Belum lagi mencapai tahap industri, audien dan anggap teater ini macam Broadway atau Westend, datang untuk seronok. Tapi kalau sanggup membayar, tak apalah juga. Ini tidak, mahukan yang percuma juga.

Kerana kesedihan aku itu, aku dan rakan-rakan yang lain cuba terapkan satu budaya kepada para audien percuma ini, iaitu budaya ilmu. Masih baru, tetapi aku rasa sedikit sebanyak impaknya dah ada. Setiap kali lepas persembahan, kami akan adakan sesi viva atau soal jawab dengan audien. Sekurangnya, audien boleh bertanya atau memberikan komen masing-masing terhadap pementasan yang mereka tonton.

Pada mulanya memang kekok. Audien sendiri tidak tahu nak bertanya apa. Tetapi, bila makin kerap diadakan, maka audien pun semakin bijak. Nak pula jika teater yang dipersembahkan itu berbentuk perlambangan. Memang banyak soalan yang perlu dijawab. Tidak kurang juga jika teater yang dipersembahkan dalam bentuk realisme, pun audien tetap mahu bertanya. Harapan aku, selepas ini makin banyak soalan yang akan ditanya dan soalan pula makin bernas dan matang.

Tetapi dalam masa yang sama, aku berasa terkilan juga. Dalam kami berusaha untuk memberikan budaya ilmu kepada audien, tetapi di dalam kelompok kami sendiri, budaya ilmu itu sangatlah kurang. Lupakan siri seminar, wacana teater, mahupun dialog dengan tokoh teater kerana semua itu kalau tidak banyak pun, pasti akan memakan sedikit perbelanjaan, suatu perkara yang perlu kami perhatikan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian latar belakang pendidikan, mentaliti dan sebagainya, perkara-perkara sebegini akan jadi pilihan aku yang kedua (tapi aku kini dalam proses mengadakan wacana teater yang pertama. Insyaallah).

Aku cuma mengharapkan, agar budaya ilmu ini dapat diteruskan walau sekadar sembang-sembang di kedai kopi atau duduk bincang-bincang sebelum latihan bermula. Tidaklah masa itu habis dengan gosip, kutukan dan sebagainya. Walaupun ada sembang perihal teater, ia terhad kepada hal produksi dan nasib teater di sini.

Hummm…..

Nampaknya aku terpaksa tarik balik kata-kata aku. Jangan risau, aku tak buat kenyataan bersumpah.

Aku rasa dah sampai masa sidang ilmu bagi penggiat seni teater di Tanjung ini diadakan secara serius. Biarlah tidak mahal, tetapi serius. Mungkin boleh dimulakan dengan sesi dialog sesama aktivis, membincangkan topik tertentu. Misalnya Teater Realisme dengan Teater Anti-Realisme, mana yang lebih baik. Bila dah ada bajet, barulah boleh dibuat seminar atau kolokium atau memanggil tokoh-tokoh teater yang ada. Entahlah pendekatan aku ini boleh diterima atau tidak oleh aktivis di sini.

Aku suka ambil pendekatan. Buat saja!

Kalau kalian ada pendapat, suarakanlah. Aku sangat hargai.

26 comments:

Amiene Rev said...

Hayakallah,

Idea perbincangan seperti ini akan menjadikan aktivitis teater lebih professional.

zubin said...

setuju dengan perbincangan. kan di usm ada intelektual spt dr.kipli dan dr.hadi, juga ada Janet pillai, mungkin juga grup perlu terbuka untuk menonton teater orang lain juga, banyak boleh belajar. satu lagi perbincangan tentang sesebuah bentuk tidak semestinya yang perlu lebih baik, tetapi keberadaan setiap satunya! KL juga perlu begitu, tetapi semua asyik syok sendiri dan nak jadi diva dalam kelompok sendiri!

artisticklytouch said...

he he macam rindukan think tank yang dulu je lalalalala

kita pencipta dasar, mereka pelaksana dasar...mana mungkin serupa

Pegawai Khalwat said...

Amiene Rev
Betul tuan. Tapi dengan aktivis yang pelbagai latar belakang, usaha ini amat mencabar. Ada sesetengahnya merasakan kalau nak diiktiraf pro, perlulah ada ganjarannya.

Zubin
Betul Dr. Saya pun memang selalu berhubung dengan mereka. Tapi seperti yang saya kata, kepelbagaian latar belakang merupakan kekangan yang sangat mencabar. Saya tengah cuba pecahkan kekangan itu.

Art
Ya bang. Otak aku dah makin berkarat, tak boleh nak menjana idea yang kritis dah.

Aku tak mau selamanya jadi pencipta dasar. Aku mau depa semua pun turut bangun. Apa hang nak depa semua (termasuk aku) kekal di takuk asal macam abg pengarah hang tu? (ala yang masa Ahmad Yatim panggil hang Marlon Brando Penang!)

Sir Mute Key Chicks said...

Argh!!!!
sori.lepas tensen jap

Rajuna said...

selalu main teater kat mana Wat?
aku nak tengok gak
asik muzik berdesing je bosan.

PuTeRi CaHaYa said...

mantap ler klu mcm tu...ee, puteri cukup suka join benda macam tu.

Butaseni@Wan Raja said...

hmmmm teruskan usaha bernas ni.mesti dapat sambutan hangat

sinaganaga said...

bila nak perform kat MASKARA?

artsoul said...

exactly,sy setuju jika kita adakan discussion didlm produksi..waluapun dah jadi tradisi dikalangan kita,suke bergosip..perlu ada perubahan...ape-ape pun entry ni amat bagus..

tangan atas
tangan bawah

tangan atas
tangan bawah

tangan kiri
tangan kanan

atas
bawah

kiri
kanan

atas
bawah

kiri
kanan

atas
bawah

kiri
kanan

hahahahahahha....

artsoul said...

exactly,sy setuju jika kita adakan discussion didlm produksi..waluapun dah jadi tradisi dikalangan kita,suke bergosip..perlu ada perubahan...ape-ape pun entry ni amat bagus..

tangan atas
tangan bawah

tangan atas
tangan bawah

tangan kiri
tangan kanan

atas
bawah

kiri
kanan

atas
bawah

kiri
kanan

atas
bawah

kiri
kanan

hahahahahahha....

akirasuri said...

Suka melihat gaya hidup orang seni.. :)

Bunga Rampai said...

Salam,

Apa juga jenis ilmu yang baik dan disampaikan dalam bentuk apa sekali pun, sudah tentu memberi manfaat. Kegiatan seperti yang disarankan itu akan menganjak teater negara ini ke peringkat yang lebih berilmiah dan bermaruah, bukan sekadar hiburan tanpa makna.

Hal-hal latar belakang warga teater yang pelbagai itu hanyalah satu kekangan kecil. Penting ialah usaha untuk melaksanakannya dan terus kekal di dalamnya.

Buat saja Bro! arts for life kan? Saya sokong dari jauh melalui blog :)

tegezoot said...

ang kepala!
kami badan!
ang kepala!
kami badan!
ang kepala!
kami badan!
ang kepala!
kami badan!

ye yeh!!!

Pegawai Khalwat said...

Semut
Takpa, teater jugak tempat lepas tension.

Rajuna
Teater selalu kat Auditorium P.Ramlee, Penang. Kadang-kadang kami merantau ke Kedah dan Perlis.

Puteri Cahaya
Join saja tak beri input tak ada maknanya.

Butaseni
Ini usaha kita, bukan usaha bernas. Usaha bernas sepatutnya turunkan harga beras. Ha ha...

Naga
Bila pulak? Hang habaq mai.

Artsoul
Apa tu? Senamrobik ka?

Akirasuri
Suka saja?

BR
Kedatangan BR macam hari tu pun sokongan yang sangat kami hargai jugak. Kami buat teater kalau tak ada orang tengok, apa maknanyakan?

Tegezoot
Badan bahagian mana tuh?

Yeah yeah!!

Rajuna said...

kalau ke kota kuala lumpur atau menjajah selatan, khabar-khabarkanlah~!

OP Zaharin said...

jemput ke maskara, rumah pena sabtu ni jam 8:40. boleh open mic atau turut serta lepas raya nanti ;)

(http://sol-jah.blogspot.com)

m i n e r a l . . . said...

boleh mula dgn rm1 sekali entry...
manusia bila dpt percuma kurang nk hargai... bila kena bayar walau 50sen pun [masuk tandas] sure nk berak kaw kaw punya... nk bukak pili air sehabis mungkin... tp hrp tak jadi la lg vandalism....

teruskan bro..wa doakankan usaha murnimu berjaya... aminnn

Sastri said...

belum cuba belum tahu kan? saya setuju pendekatan yang dicadangkan tu...laksanakan saja untuk mengetahui reaksi seterusnya...

Pegawai Khalwat said...

Rajuna
Insyaallah.

Mineral
Akan dicoba.

Op
Kalau kami kat kay-ell, gerenti kami sampai dah.

Sastri
Ya, sokongan padu! Pasti akan laksana.

khalid al-walid said...

salam,...
k,...apa perancangan bro skrg?...bro bgtau ckit...kmi akan bantu yg mana mampu...

Raja Azrul said...

bro,

aku memang teringin nak tgk produksi teater ko. Ada masa memang aku nak bawak team aku jumpa korang, share idea dan skrip. Aku dah siapkan satu skrip teater dan dalam proses menyiapkannya. So kalau free, inform aku...e-mail : raja.azrul@gmail.com

thanks..!!

Pegawai Khalwat said...

Khalid
Hummm.... sat nak pikiaq.

Raja Azrul
Sama la. Kalo ada skrip sudi nak pas ni, pas la. Ada masa free pun bole datang, tapi cantik datang time show so ada banyak benda bole bincang. Kalau tak dapat time biasa pun ok.

Raja Azrul said...

semestinya time show..mesti aku nak tgk show korang sume macam mana..

hehehe..insyallah..ada kesempatan, aku akan datang!

Zahiril Adzim said...
This comment has been removed by the author.
Zahiril Adzim said...

memang itu masalah teater kita. kalau nak dihuraikan, panjang lebar susur galur dia, betul? Aku suka blog kamu kerana kamu membincangkan pasal teater, terutamanya.

Istana Budayalah tempat yang memberi pengaruh teater popular atau komersial pada audien. Kita nak buat macam mana? IB dah banyak reject org nak buat teater serius yg mengandungi pemikiran, jadi macam mana? Bukan nak salahkan sesiapa, tapi salah satu persoalan dalam kepala aku. Tu je.

Istana Budaya jugaklah yang mengajar kalau nak tengok teater tu, kena pakai formal. Hehe..

Izinkan aku link blog ini. Terima kasih.