24 November 2008

Kad Pengenalan

Apa yang aku nak sebutkan ni mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Aku mungkin dapat komen pelbagai tapi aku tak kisah. Aku suka kalau orang berfikir.

Kita semua tahu dalam kad pengenalan kita, ada dinyatakan agama Islam. Kalau agama lain, aku tak pasti pulak. Mungkin salah satu sebabnya kalau ditangkap makan siang hari waktu bulan puasa, kad pengenalan itu sebagai buktinya. Atau lebih ekstrem lagi kalau ditangkap waktu tengah pesta maksiat. Dan yang pastinya, agama Islam di dalam kad pengenalan itu tak boleh lagi ditukar ke agama lain kalau di negara ini (kes Lina Joy aku tak mahu bincangkan di sini, kerana polemiknya panjang). Tapi kalau agama lain, bila seorang saudara baru memeluk Islam, maka boleh diletakkan ke agama Islam ke kad pengenalan mereka.

Persoalannya di sini.

Mengapa bangsa tidak diletakkan di dalam kad pengenalan?

Sebab setahu aku, bangsa ni tak boleh ditukar-tukar. Kalau kau Melayu, Melayulah kau sampai mati. Kalau kau suku Temiang, maka Temianglah kau sampai mati. Tapi mungkin masalah akan timbul bila berlaku perkahwinan campur. Melayu kahwin Cina, macam mana nak letak dalam kad pengenalan?

Melayu + Cina?

Takkan nak letak bumiputera atau bukan bumiputera?

Andai kata bapa kalian adalah anak hasil perkahwinan campur Melayu + India. Dan dalam kad pengenalan kalian tertera bangsa Melayu + India. Kalian pula berkahwin dengan Cina. Apa jadi dengan anak anda?

Melayu + India + Cina?

Mungkin itu agaknya sebab tidak diletakkan bangsa di dalam kad pengenalan.
Entahlah. Aku yang timbulkan persoalan, aku sendiri yang pening.

25 comments:

crunchyahcock said...

x perlu pening... nanti baca dlm entry aku yg mungkin akan buat kita terpikir 8x walau kebanyakan benda tu mmg betul...

p/s; bila hang pening, aku lagi pening sebab pikiaq hang yg buat aku pening sebab pikiaq hang yg pening ni...

orang kampung said...

satu pekara yg amat memalukan...aku baru check IC aku...memang tak de aahhh. hahahaha..tak sedar aku selama ni. Yelah lagi pun baru dapat IC kan...baru 13 tahun nih.

Maybe govt tak nak kita kita ada sifat assobiyah kot. Kena tulis ni jer " Muslim" "non Muslim"

anjang

jinggo said...

bangsa Malaysia......

artsoul said...

tk payah la pening,betoi la apa yg hang ckp tu...

aku campuran siam+melayu+bengali,takkan nk letak dlm ic shortform simebeng?
pelik bunyi nyeee...

Anak Antu Seni said...

dalam surat beranak dah ada detail.. bawak ja surat beranak boh dalam wallet.

Pegawai Khalwat said...

Ahcock
Ni komen ka promote entri?

Orangkampung
Hang tak buat Mykad lagi ka?

Jinggo
Tu warganegara, bukan bangsa.

Artsoul
Simebeng? Ha ha ha.....

Anak Antu Seni
Hang seluar poket luas takpa la.

@xiM said...

terus aku jadik pening..ishh..

artisticklytouch said...

aku rasa aku ada komen semalam..aku dah lupa aku komen apa..bunyinya lebih kurang begini..

macam mana kalau jenis yang suka bertukar-tukar agama tuh? yelah yang katanya mencari tuhan yang sebenar...selang dua tiga tahun, tukar IC baru ahaks...kalau yang takde agama pulak...letak "I dont believe in GOD" bleh ke?

letak bangsa pun tak sesuai macam hang kata melainkan, pada yang kategori rojak tuh, letak je "lain-lain" haha macam dalam borang masa kita isi kat sekolah dulu. Basically kan ke ikut bapanya...kalau bapa melayu, melayulah ko...alah yang campur perancislah, mongolialah, namibia tuh semua sikit-sikit je...nak sebut jugak ke...kekwat sangat!

tpai aku setuju dengan Jinggo...letak warganegara je or better still tak yah letak langsung

info2 ini semua kan ada dalam cip tuh...

jinggo said...

ha tu la hang dah lupa......
tun dr mahathir pernah berkata.....
"kita di sini bukan lagi bangsa melayu, bukan lagi bangsa cina, bukan lagi bangsa india dan sebagainya. kita sekarang adalah bangsa malaysia.......
satu bangsa yang akan terus maju kehadapan".........

bukan bangsa melayu tau.....
tapi bangsa malaysia......

Leenoh said...

Berkenaan kad pengenalan ni saya tak fikir mengenai agama atau bangsa, cuma saya masih hairan kenapa orang yang tukan kad ini yang terawal, tidak dicatat di atas kad pengenalan baru itu perkataan " My Kad " tetapi bagi yang buat kemudian ada pula.

Agaknya mereka ini buat kerja terlalu kemaskini sehingga terlajak.

sekarang saya pun tak tahu apa yang terkandungan di dalamnya, sama ada terdapat cip atau tidak saya pun tidak tahu yang pasti saya masih guna kad ATM lagi.
Sepatutnya pihak berkenaan berilah menjelasan, bukankah sekarang zaman IT boleh sampaikan penjelasan melalui maya.

Wallahu aklam.

DeeN said...

Teknologi canggih tak semestinya semua pon turut ke depan. Masih ada kekurangan. Isu MyKad neh memang banyak polemik. Pasal bangsa mungkin dah cacamerba. Abis sangat letak bangsa ikut keturunan sebelah bapa lah kot. Isk, aku pon penin gak. Haha

Ku Keng said...

Kalau yang boleh ditukar dimasukkan, maka kita syorkan juga maklumat 'Parti' yang diikuti.

PuTeRi CaHaYa said...

toing...agak pening...

Butaseni@Wan Raja said...

kalau letak bangsa susah nanti ada saja yang pandai pandai nak spesifikasi ikut suka hati.
contoh melmak,yahudi islam hahahaha

Sastri said...

kalau kena buh bangsa tu, sas pun tak tau sas nyer camana... sedangkan depa kat sini, kalau isi borang, depa buh sas bawah kategori lain-lain tau... haish... sas plak kena p perbetuikan balik...

Pegawai Khalwat said...

Axim
hang pun pening?

Art
Cip bole pakai ke? Anak ayam bunyi cip cip cip bole pakai la.

Jinggo
Nanti aku bagi buku Rustam Sani, hang baca.

Leenoh
Itulah masalahnya.

Deen
Ha, itu satu cara. Tapi kena ibu yang hyper, jenuh.

Ku Keng
Yeah, kasi banyak sikit kerja jabatan pendaftaran.

Puteri Cahaya
Pening jugak?

Butaseni
Melmak? Ha ha ha... yang tu lawak.

Sastri
Lain-lain? Haru tu.

The Island of NAMOYAKI, said...

salam,

hakakakakaka, korang ni memang BEST la..
dalam hidup saya, perkara yg paling rugi adalah apabila TAK DAPAT nak meluangkan masa dengan korang dalam semua acara, contohnya macam acara ini lah...

ayat-ayat PK yg ter-paling BEST dan membuat aku ketawa adalah:
PK: "Entahlah. Aku yang timbulkan persoalan, aku sendiri yang pening."

hehehehehehe...
orang kelantan kate' 'benggong mu', hakakaaka..

kalau orang penang kata 'benggong' lain pulak bunyi nya,

kalau orang 'bali' kata: "aduh, aku binggung'
hekekekekekeke...

OK.. OK..
meh kita cuba, try, test bagi 'settel'...

"kewarganegaraan BOLEH bertukar, dan ditukar"
tetapi,
"Bangsa", adakah boleh ditukar?

amacam?

huhuhuhu....
zr

Rapala Jingga said...

aku tak tau. aku belum ada mykad. sepanjang aku hidup dah 3 kali ada perubahan kad pengenalan. Alasan tetap sama peningkatan mutu. mykad dikatakan boleh mengatasi masalah pemalsuan. tapi my kad sekarang nipun ada masalah tu juga. dan, lepas satu, satu lagi masalah tentang mykad ni timbul. lepas tu buat yang baru lagi. aku cuma nak tahu syarikat mana yang dapat tender untuk cetak mykad ni?
p/s : aku bawa pasport saja.

Penjejak Badai said...

buat cam mana x bukan bidang kuasa kita

BudAk hijAu said...

aku bce pown penin...hek3..
xpew2..kita suma rakyat malaysia..
malaysia boleh!!eceh~

Anonymous said...

mungkin sebab tu ramai yang lupa mereka tu Melayu..

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Aku nak juga leak bangsa Melayu-Jawa, kalau boleh.

Pegawai Khalwat said...

Zul
Yeah... itu betul.

Namron
Passport penuh cop p seberang sana apa.

Penjejak Badai
Kalau hang dapat markah D, adakah hang nak kata macam tu jugak kat pemeriksa?

Budak Hijau
Sorang lagi pening.

Rena
Yeah....

BP
Nanti bole la kot.

Bunga Rampai said...

Mengapa bangsa tidak diletakkan di dalam kad pengenalan?

Itu soalan yang hebat!

Bagi soalan ni kepada MP, minta beliau bawa ke Parlimen. Dengaq apa depa kata!

Salam :)

khalid al-walid said...

rasanya x dpt nk selesai la bab ni sb lagi baru teknologi yang ada,...lg banyak r&d yang puak2 ni (geng2 cilok i/c)wat...sb kita x dpt nk kawal semuanya...