25 February 2009

Ulasan Yang Terpulas - Filem Talentime


Aku sangat jarang membuat ulasan filem. Kerana filem bukanlah bidang aku. Aku menonton filem kerana aku suka menonton filem. Aku suka semua jenis filem asalkan tidak terlalu memperbodohkan penonton atau terlalu membosankan.

Dan aku antara manusia yang beruntung kerana telah menonton filem Talentime oleh Yasmin Ahmad di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia semalam. Inilah filem buah tangan terbaru beliau. 2 jam masa aku tidak terbuang sia-sia dan aku yakinkan pada kalian dan Yasmin, yang aku akan menonton sekali lagi filem ini bila keluar di pawagam 26 Mac ini.

(Awas : Mungkin ada spoiler di dalam entri di bawah).

Yasmin adalah Yasmin.

Talentime penuh dengan identiti Yasmin seperti mana sebelum-sebelum ini. Dari Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin (Muallaf aku tak tengok lagi), Yasmin bercerita tentang isu masyarakat Malaysia. Melayu, Cina, India. Selain daripada P.Ramlee dan Mamat Khalid, Yasminlah antara pengarah yang memperjuangkan cerita pelbagai bangsa di dalam filem-filem beliau.

Yasmin bijak bermain dengan emosi dan ketawa penonton. Tetapi mungkin perlu aku katakana, kebanyakan komedi yang beliau terapkan (walaupun memang aku sangat suka dengan komedi yang tidak slapstik ini), mungkin tidak dapat diterima audien yang biasa menonton filem Razak Mohaideen atau Senario.

Latar budaya yang Yasmin paparkan juga masih taboo yang belum sedia ditonton oleh kebanyakan masyarakat. Walaupun itulah realiti yang semakin terjadi pada ketika ini, seperti biasa budaya masyarakat kita yang pemalu lebih suka menyorokkan yang buruk itu, dan memaparkan budaya khayal seperti memakai gincu dan maskara di dalam rumah. Namun aku tetap suka dengan keikhlasan Yasmin (mungkin beliau membawa pengalaman hidup beliau) dalam memperkatakan sesuatu.

Lagu-lagu di dalam filem ini juga amat menyentuh dan menyegarkan. Tetapi, mungkin agak berat sebelah kerana lagu yang gembira dan mendayu dengan lirik yang puitis seolah sengaja diselarikan dengan jalan cerita. Memanglah sepatutnya begitu. Tapi sebagai acara talentime, aku tertunggu juga kalau-kalau ada mat black metal, hip hop atau grunge cuba membuat audition (agaknya pihak sekolah tak benarkan kot).

Walaupun Yasmin bermain dengan realiti, tetapi adakalanya mungkin sengaja ditimbulkan adegan yang agak antireal. Mungkin untuk audien mencari hubungkait dengan alam realiti (adegan bayi dan buih). Dan juga bagaimana grand piano yang berat nak mampus tu boleh berada di atas pentas yang pada mulanya kosong, pastinya dalam masa yang singkat kerana pertandingan itu berlangsung satu malam saja.

Tengoklah sendiri. Aku rekomen dengan kuat untuk kalian tengok. Tapi nilailajh sendiri kerana citarasa kita berbeza. Tapi kalau mahu menonton untuk hiburan, Talentime masih berbaloi ditonton. Filem ini juga bukan untuk bangsa Melayu saja, kerana dihasilkan 20 peratus dalam bahasa Tamil dan sedikit bahasa Cina.

Datang jangan tak datang! Mulalah menabung untuk membeli tiket!

17 comments:

DeeN said...

Owh, best yer?
Isk, dah lama tak tgk muvie neh. Huhuk!!

Anonymous said...

i love the song,the plot..
saya pun tgk jugak semalam.=)
nak tgk lagi 26mac nih..hehe

Aloy Paradoks said...

gua pun benggang tak dpt tgok mualaf...
gua lagi benggang bile tengok senario episode 1, mcm haram...
gu tak tau mane letak penilaian org yang gelak dlm panggung tu...

tapi takpe aku faham..setiap org berbeza corak pemikirannya.

jinggo said...

cerita dan masa......

best.... aku suka.....
hihihiii....

Pegawai Khalwat said...

Deen
Ya best. Lama?

Anony
Indeed

Aloy
Anggaplah Senario Episod 1 macam Star Wars Episode 1 - Phantom Menace.

Ya, pemikiran dan penerimaan orang berbeza.

Jinggo
Hang suka semua.

artisticklytouch said...

weh, mana buleh hang tengok dulu...LKA tak ulas ka?

kerisLekuk7 said...

Jinggo memang cam tu,LKA sibuk buat skrip drama,Aku pun tak tengok filem tu,badan tak sihat..

Melody M. said...

Bila kau tulis (Awas : Mungkin ada spoiler di dalam entri di bawah), terus aku scroll down page kau. Tunggu aku habis tengok filem ni dulu, baru aku baca balik. Hehe. Apapun, aku selalu rasa filem YA lain daripada yang lain. :)

26 Mac baru keluar? Lambat lagi..Huhu..

Anonymous said...

jangan nak sama kan yasmin dengan p.ramlee, ok?

p.ramlee lain, yasmin lain.

tak sama, beza yang besar.


-p.ramlee fan club

Pegawai Khalwat said...

Art
LKA tak ada blog.

Kerislekuk7
Tak sihat bancuh simen.

Melody
Ha, lepas tengok nanti baca balik.

Anony lagi
Tak ada manusia yang sama dalam dunia ni. Yasmin memang tak sama dengan P.Ramlee. Tapi dalam sesetengah hal mereka ada persamaan. Yasmin buat cerita dengan pelakon pelbagai bangsa, sama seperti P.Ramlee dan Mamat Khalid.

Itulah persamaannya. Takkan yang tu pun tak boleh dibuat perbandingan persamaan?

Cob Nobbler said...

cerita dia memang best beb..
tapi aku tak tergamak nak spoilkan lagi citer tu..
x best la..

lagu i go memang sedih,lagu pasal mak die mati tu..

hahaha!

Anak Antu Seni said...

cerita apa tu ?

DeeN said...

Er .. maksud aku bukan muvie yg hang citerkan tuh. Tp muvie2 yg lain. Dok asyik tgk drama jer. Ekekeee!!

Butaseni@Wan Raja said...

alaaa tak dan,baru abih main bola masa tu.

Aloy Paradoks said...

apahal budak anony tu emosi semacam... gunakan otak dan berfikir cakap kat die. fikir lurus je tau..mcm bendul..

Pegawai Khalwat said...

Nami
kata tak mau spoil tapi cerita jugak pasal mak dia mati.

Anak Antu Seni
Certa Malaysia.

Deen
Oh... lagu tu ka.

Butaseni
Akai. Aku dah habaq awai kat hang. Sedangkan LKA pun bole sampai on time.

Aloy
Ntahlah bro.

Melody M. said...

Alamak...Tak pasal-pasal aku dah tahu pasal ada orang akan mati dalam cerita ni. Bukan main lagi aku skip baca entri ni untuk elakkan spoiler. Huhu.