26 May 2009

Makan Di Kantin Sekolah

Zaman aku sekolah rendah, mak selalu bagi pada aku (pakai duit arwah ayah) 3 kupang bersamaan 30 sen. Maka bolehlah aku beli nasik lemak sebungkus 20 sen dan ais manis ataupun sirap 10 sen.

Bila waktu sebelum rehat, makcik kantin akan datang ketuk bilik darjah tanya cikgu nak makan apa. Biasanya akan ada menu khas selain nasi seperti laksa, bihun sup, mee goreng dan sebagainya, yang dimasak oleh makcik kantin. Dan kalau aku lalu depan bilik guru, bolehlah lihat guru-guru menjamah makanan yang dikira mewah bagi aku. Sepinggan mungkin seringgit.

Kawan aku yang bawa seringgit sehari boleh diklasifikasin sebagai anak orang kaya. Memang pun, dia anak tokey kedai.

Bila aku sekolah menengah, aku belanja RM 1.50 sehari di kantin (pada zaman aku senior, zaman junior menu aku tak menentu). Mamak dan mami yang jual nasi tu dah cam aku, jadi selalunya aku tak beratur beli nasi. Terus pergi kepada mami, dia akan hulurkan nasi tomato, telur goreng mata kerbau, sayur ubi atau kacang buncis, kuah campur dan kuah manis. Kadang-kadang aku tambah daging kalau ada duit lebih. Bengkek saja budak-budak lain yang beratur. Nasi RM 1.20, air 30 sen.

Keluarga aku bukan orang berada. Tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku ada duit poket untuk makan waktu rehat. Ada sesetengah sahabat aku yang terpaksa mengikat perut. Mereka cuma makan bila balik ke rumah atau ke asrama.

Sebab itulah sesusah mana pun hidup aku, aku tetap bersyukur. Kerana aku tahu ada orang lebih susah dari aku.

22 comments:

Sayuti said...

betul. syukur itu kunci bahagia...

Bunga Rampai said...

Tersentuh dengan entri ini.
Alhamdulillah.

Salam :)

Aloy Paradoks said...

lu buat gua sedih la bro

jinggo said...

aku rasa macam tersedar sesuatu lepas baca entry ni.....
bersyukur kerana kita masih boleh makan....

Sengal Ubi said...

Aku sependapat dengan ayat Pegawai Khalwat yang akhir itu.

Mungkin juga aku sendiri dah betah hidup susah.

Sastri said...

bila bersyukur, apa yang sikit, terasa nikmatnya... masa sekolah rendah, sas jarang ada duit belanja... selalu ayah bekalkan jer... masa sekolah menengah, duit belanja cuma rm1.00... itu pun sas jarang belanja sebab ayah bekalkan juga... biasanya bekal roti sapu mentega, atau sanwic telur dibuatnya sendiri... macamana la tak jadik daddy's girl... keskeskes...

Anak Antu Seni said...

mamak ! nasi boh daging telur kacau satu kuah manis lebih.. wokey ! teringat mamak nasi kandar sek free school

abu musarrif bin abu bakar said...

mamak free scool pengotok,ak besa tngok dia kencing x basuh woo,najis berat 2,aih

Penjejak Badai said...

ada yang masa mkan ada duit,tapi x mau bayar!!

Pegawai Khalwat said...

Sayuti - Betul itu.

BR - Yarhamkallah.

Aloy - Gua dah berjaya mempermainkan perasaan lu.

Jinggo - Ya, itu termasuklah coleslaw buatan sendiri.

Sengal Ubi - Tapi jangan lupa diri bila senang.

Sastri - Syukur ada daddy yang macam tu.

Anak Antu Seni - Ha... yang tulah!

Abu Musarif - Hang ni ada apa-apa ka? Mamak tu kencing pun hang pi tengok ni. Pelik ni, musykil ni......

Penjejak Badai - Duit tu dia nak kumpul bawak masuk kubur.

Anonymous said...

Kalau ikut Law of Attraction, apabila kita syukur, kita akan magnifykan getaran yang telah menarik benda-benda baik yang telah datang kepada kita..
..Macam Tuan Pegawai syukur hidup senang dan selesa, pasti lepas ni hidup tuan lebih senang dan selesa..
..saya bersyukur hidup saya ada perempuan-perempuan bijak dan cantik.. :-)

artisticklytouch said...

aku terganggu dengan komen KC di atas...hahahaha

ingatkan sekolah aku je ada makanan cikgu, sekolah hang pun ada gak no...

masa sekolah menengah ada chee cheong fun aka yong tau fu... murah je tp lepas kes ada babi dalam fishball, kedai tuh terus tutup...

tegezoot said...

aku plak dapat layanan istimewa beli apa pun dapat half price dari makcik kantin sebab anak pompuan dia syok kat aku kih3!!!

Anak Antu Seni said...

aku x da pun maknya kantin mai tanya nak makan apa ? x pa aku line clear boleh blah sekolah..

Pegawai Khalwat said...

Ahmadfadli - Biasanya yang dikejar itulah yang tak dapat jadi teman hidup.

Art - macam mana dia cam babi dalam fishball tu? Bukankah sepatutnya nama jadi pigball?

Tegezoot - Tapi hang pi menikah orang lain. Hang kejam!

Anak Antu Seni - Hang takpa la anak antu. Cikgu Latip pun takut.

abu musarrif bin abu bakar said...

cikgu latip xda dah,kat pfs..wuwuwu

Aloy Paradoks said...

lu ingat gua awek ke lu nak main main kan perasaan gua.

tegezoot said...

bukan kejam... dah takda jodoh.

Claire said...

:D sb tu org ckp, jgn sesekali cuba membandingkan hidup sendiri dgn org lain...let alone to judge them...cos we have no idea how they life may be. ;)

sy pun bersyukur dikelilingi2 jejaka2 yg menarik. ;)

Nor Azan said...

mat cop!
mami kuah manis taruh atas!

Pegawai Khalwat said...

Abu musarif - Awat mati dah ka?

Aloy - Tak, lu jejaka kegilaan awek.

Tegezoot - Bukan hang selalu berusaha untuk jodoh?

Claire - That jejaka including me?

Azan - Ha, hang selalu makan mi goreng dengan ayaq mak nya tu, rasa lain la.

Claire said...

boleh je nak include. ;)