25 May 2009

Palestin, Perak, Penanti

Hari itu, semua orang sibuk pasal Palestin dan Gaza.

Sana-sini orang menyebut tentang Palestin. Konsert Amal Palestin, Pameran Amal Palestin, baca puisi Palestin, tunjuk perasaan Palestin; pendek kata, kalau orang tu tak sebut pasal Palestin, seolah dia seorang warga yang tidak prihatin penderitaan manusia seagama, atau setidaknya penderitaan manusia.

Hari ini?

Orang lebih memperkatakan tentang situasi di Perak dan Penanti berbanding Palestin.

Aku sedih kerana inilah sifat kebanyakan dari kita yang suka bermusim. Tambahan lagi kalau dicucuh oleh acuman media, barulah mereka sedar.

Krisis di Palestin masih sama. Cuma mungkin tidak memuncak. Tapi tahap keprihatinan kita tidak sama, malah semakin menurun. Cuba semak, siapa yang masih kekal memboikot barangan produk US dan Yahudi? Kalau ada pun dah makin berkurang.

Yang paling aku kesali, bila ada sesetengah pengusaha Bumiputera yang mengambil kesempatan kempen boikot ini untuk melariskan jualan mereka. 'jangan beli barang US dan Yahudi, belilah barang kami produk Muslim'. Pada aku, kalau produk mereka bagus, tak perlulah promosi sampai begitu.

Kerana aku tengok kebanyakan produk kosmetik dan kecantikan Bumiputera tidak pula perlu memohon orang lain memboikot produk kosmetik atau kecantikan US.

Mujurlah juga parti politik tidak menghasilkan produk sendiri untuk menampung sumber kewangan. Manalah tahu nanti akan ada kopi Tuan Guru PAS 3 in 1, set perawatan muka PKR, atau ayam organik Barisan Nasional.

Dan muncul pula Konsert Amal Penanti, Puisi Amal Kerajaan Perak dan sebagainya.

Orang kita ni, datanglah Portugis, Belanda dan Inggeris menjajah sekali lagi pun, rasanya tak akan berubah.

6 comments:

tegezoot said...

ahli falsafah amerika george santayana pernah berkata; " those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistake over and over again"

dialog 'aku bukan parewa'.

artisticklytouch said...

mula aku baca komen yang kat atas ni aku kata "wah, kagum!!" tapi bila dah habis baca aku kata "ceh!" haha anyway betoi apa George Santayana tuh kata...

oh, jangan lupa nanti di Masjid Batu Kampung Pertama ada show Menunggu Khabar dari Tuhan karya Dinsman ittew dan lakonan Sabri Yunus ittew...hang tau kan di mana letaknya Masjid Batu ittew....

Anonymous said...

mungkin Tuan Pegawai minat untuk cerita tentang "Islamophilia" satu masa nanti..
Asal ada nama Islam atau Halal je kemungkinan besar laku..
Saya pernah dengar paintball halal..Kereta Islamik..Islamik sebab kereta tu ada compartment nak letak Quran yang istimewa..
Nanti saya nak buat motosikal halal dan baju halal pulak lah kot...

m i n e r a l . . . said...

hehehe tu tak heran utk aku diKL nie kot...
tapi lagi heran..(kalau ade kesempatan nnt aku ambik gambar bukti)..bila ade kedai pub or bar buh sign "muslim allowed, no pork" wakakakakka... rasa cam nk bom jer pub tu....
lepas tu ade cafe buh sign "free pork" konon2 dah 100% halal la kot. citttporahhh.

Bunga Rampai said...

;-)

Salam.

abu musarrif bin abu bakar said...

sya,dah x isap marlboro,skang isap rokok saat ja..hidup Palestin!