06 May 2009

Minum Pakai Piring

Kalau dulu-dulu, di kedai kopi di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil, senario minum kopi atau teh mengunakan piring adalah biasa. Pak lebai, apek, appa, semuanya akan menuangkan air dari cawan ke piring. Tujuannya supaya air itu cepat sejuk.

Sekarang ni, anak-anak muda sekarang jangan haraplah nak minum macam tu. Nak dapat tengok orang minum macam tu pun mungkin dah susah. Maklumlah sekarang dah senang nak buat kopi atau teh suam. Paling tidak pun letak aircond (ais keliling cawan dalam piring) untuk mensuamkan air tu.

Nak pula sekarang ni, tak banyak tempat yang menjamu kopi teh pakai cawan. Biasanya gelas dan ada juga menggunakan mug. Pakai hilanglah budaya minum pakai piring.

Bayangkan di Coffee Bean atau Starbuck atau kopitiam eksklusif seperti Oldtown, ada orang minum dari piring macam tu. Barulah orang asing nampak dan kata inilah keunikan budaya negara kita.

10 comments:

aloy_paradoks said...

betul la bro..gua baru teringat.. gua suke entry yang mcm ni...syabas bro.. nti lepak Kopitiam gua minum pakai piring..nostalgia dan budaya itu penting,,

artisticklytouch said...

wah, nanti dipanggil saucer drinker instead of social drinker hehe

minum dalam piring macam budak2...tak dewasa ar kalau tak tahan panas hehehe

abuyusof said...

banyak restoran skrg masak air tak panas.. pas tu secawan teh nak cas 1.50.. nak bukak kopitiam.. tapi tak ikut kopitiam dulu2..

Bunga Rampai said...

Saya dapati di kampung-kampung masih ada yang minum pakai piring(di rumah) - walau guna mug, mug itu tetap berpiring.

Menarik sebenarnya memerhati cara seseorang minum pakai piring - ia menggambarkan karektor orang itu :)

Salam :)

Pegawai Khalwat said...

Aloy Aha, gua nanti apa komen orang kalau lu minum macam tu.

Art Pigirah, kalau panas hang minta ekon pulak. Takpun tunggu sejuk macam LKA.

Abuyusof Sekarang semua orang nak cepat. Tak minum ambil masa macam orang dulu-dulu.

Bunga Rampai Di kampung mungkin masih ada. Di bandar kalau ada pun tak ramai. Tapi anak-anak muda pastinya susah nak jumpa yang minum macam tu.

Psss.. karakter yang bagaimana?

pandagumuk. said...

dulu pg2 nak g skolah msti minum milo dlm piring.wuhu.

Sengal Ubi said...

dulu aku pun suka minum guna piring. sebab air tu panas. jadi aku tuang atas piring dan tiup, lepas dah sejuk hirup. itu pun mak bapak aku ajar. tapi tu dulu. aku tengok sekarang orang dah tak buat benda tu, terutama dekat bandar. tapi bila pegawai khalwat buat entri ni, aku teringat kenangan masa kecik dulu.

seronok kan?

ahmadfadli said...

minumdari piring ni bukan kucingkah?

Pegawai Khalwat said...

PandagumukMilo minuman orang kaya, meskipun minum dari piring.

SengalubiHang antara generasi baru yang masih tau benda ni. Tahniah!

AhmadfadliTu kucing yang tuan dia miskin tapi belagak kaya, bagi pakai piring. Kalau kucing kaya, ada bekas dia siap-siap.

Bunga Rampai said...

Psss ... kata oranglah, tapi ada benarnya ...

Kalau sekali hirup tanpa henti, maknanya orang tu jenis tak sabar.

Kalau hirup ada bunyi, tanda orang tu kurang hormat orang lain.

:-)