Waktu aku belajar dulu, ada dua nasi lemak yang mebuatkan aku terkenang hingga ke hari ini.
Satu, nasi lemak yang dijual dari bilik ke bilik pada awalnya. Tapi lama-lama lepas tu kami kena pergi ke bilik orang yang menjualnya, sebab sedap sangat. Dah tu pulak, tuan yang menjual tak ada, dia cuma letak bekas tupperware duit. Ambik nasi lemak, bayar sendiri. Nak tukar duit kecik, tukar sendiri. Mencuri, tanggung sendiri akhirat nanti. Tapi lama kelamaan, dah tak berniaga. Tak pasti apakah kerana over demand atau rugi teruk sebab tak ramai yang bayar.
Dua, nasi lemak Kg. Darat. Sebenarnya tempat tu bukannya nama Kg. Darat pun, tapi Changkat Setoi. Oleh kerana ada papan tanda Kg. Darat, maka dikenali dengan nama Kg. Darat. Nasi lemak itu dijual sebelum subuh hingga awal pagi lebih kurang pukul 8.00 pagi sahaja. Selepas itu biasanya, nasi lemak itu akan habis. Jadi bagi peminat nasi lemak yang lazat yang tegar ni, ada yang sanggup bersengkang mata hingga pukul 5 pagi untuk pergi ke lokasi berkenaan yang jaraknya lebih kurang 15 minit. Biasanya aku akan pesan saja dari ekstremis ini. Sampai pagi tu, aku makanlah, dah mereka semua tidurlah.
Sekarang ni, susah nak jumpa nasi lemak yang enak. Kali terakhir aku jumpa, nasi lemak daun pisang yang memang lazat. Tapi selang beberapa tahun, walaupun pembungkusannya sama, tetapi rasanya tak sama.
Sama ada aku semakin cerewet, atau nasi lemak sekarang dah tak sedap.
9 comments:
mungkin kau dah tak suka nasi lemak kot.
lemak dia dah tak mencukupi untuk hang kot..
nasi lemak kat Beach Street sedap, dulu rm1, lepas tu rm1.20 sekarang dah rm1.50...tp sedap pnye pasal tiap kali beli mesti 2 bungkus!
Patung Cendana
Rasanya aku suka makanan yang sedap, tak semestinya nasi lemak.
Aloy
Bukan pada lemak saja. Tapi kuahnya perlu lazat jugak.
Misa Amane
Ya, situ memang sedap. Tapi sesekali pergi beli oklah. Jauh nun kat town ooo...
watashi wat nasi lemak lg sedap!
eh...ni bkn rancangan masak2 ekk?
ahahahaha
liverpool puin sedap jugak apa??
Maila NASI LEMAK ANTARABANGSA kat Kg Baru
dlu dan skrg tak sama rasanya kan...
p/s; teringat persekolahanku hiduo dgn duit jualan nasi lemak yihaaaaaa.
dah dah la tu makan nasi lemak, jaga kesihatan sikit
Post a Comment