Aku suka membeli buku dan membaca buku. Tapi itu sekarang, dulu waktu muda remaja belia, malas nak mampus! Yang kerap aku baca ialah komik kepahlawanan Hong Kong seperti Pedang Setiawan, Raja Rimba, Alam Perwira, Teman Pendekar Helang Sakti dan beberapa lagi tajuk yang aku dah tak ingat. Kalau buku tebal-tebal ni, malas nak mampus walau aku tahu aku suka membaca.
Sekarang ni dah suka, mungkin kerana aku mampu untuk membeli buku yang berharga RM50.00 ke bawah sekali beli. Tapi malangnya, sekarang aku lebih suka membeli kerana masa untuk membaca itu tak ada. Kalau di pejabat, terasa rugi nak membaca buku kerana banyak masa yang aku boleh gunakan untuk selesaikan kerja yang berlonggok.
Hasilnya, banyak buku yang aku beli tak terbaca. Jadi hiasan saja. Kalau sesiapa di antara kalian yang ada tips untuk terus rajin membaca, hulur-hulurkanlah. Aku bukan jenis naik kapal terbang yang ada masa baca dalam pesawat. Atau naik kereta berjalan jauh berjam-jam. Kalau ada pun, aku sendiri yang perlu bawa kereta tu.
Tolong, hulurkanlah bantuan.
17 comments:
upah tukang baca y professional ...time drive ada org bacakan, tgh makan ada org baca kan, hahaha
bagi pinjam kat org.....
Halogamora
Tang idea tu menarik dah. Tang upah tu kena angkat tangan.
Jinggo
Aku rasa baik bagi sewa. Deposit dulu sebelum bagi.
hang beli buku apa? mai sini nak baca
saya sokong jinggo!
meh bg pnjm kat saya...hehehe
deposit bleh pulang blk kan?
Art
Hang lagi dekat dengan Kino, nak suruh aku bagi kat hang. Aku pun order kat hang.
Misa Amane
Tak dak pasai. Beli sendiri!
time nak tido suruh bini baca bagi dengar..settle kes !
Saya jadikan habit membaca selepas jam 10 malam. Dapat baca 1 jam pun jadilah. Kalau tak buat habit begini, sampai bila-bila pun tak akan ada masa untuk membaca. Tapi kadang tu buku yang membaca saya .. hehehe ..
Beli buku jadi perhiasan saja pun tak apa (saya juga begitu) - itu perhiasan yang berilmu ;)
Salam :)
Anak Antu Seni
Suruh bini baca buku? Macam tak menjadi saja.
Bunga Rampai
Salam BR. Saya akan cuba. Susah nak mendisiplinkan diri macam tu. Tapi akan cuba. Meja bacaan dah beli tapi penuh dengan barangan lain.
ala en usop, sehari klu dpt 15 min membaca skit2 lama2 abis jugak
cheh!
kedekut...nk pinjm pun x bagi :(
Deanna
15 minit tu baca saja boleh lah. Bukan masuk ke otak. Ingat baca surat khabar ka?
Ceh kedekut, nak beli sendiri pun tak mau.
klu aku, aku akan baca buku sebelum tido. memula akan terasa mengantuk. teruskan baca setiap hari dan ulang dari mukasurat pertama. sampai kita dapat folo apa yang buku tu tulis.
bila dah folo, insya-Allah rasa mengantuk tu dah tak ada. sebab seronok membaca. bawa buku ke jamban juga satu tips yang baik. baca dalam jamban.
bila keluar, bawa satu buku yang simple dan mudah faham. selak bila ada terluang.
Vitamin
Itu aku setuju. Memang kalau kita dah boleh follow buku tu, tak akan mengantuk. Tapi satu masalah tabiat aku ni, aku akan stick pada satu buku sampai habis, baru baca buku baru. Kalau buku tu menarik, cepatlah habis. Kalau tidak, haram...
hang antar ja semua kat library, sedekah membawa berkat
kalau amek dengan hang, aku tak payah beli.
takpe... take ur time
Ah_Zan
Tak mau.
Art
A ah... hang pun nak buat perangai LKA.
Vitamin
Dok take-take dah ni.
Post a Comment