23 November 2005

Bulan Di Syurga


"Cantik bulan tu," Nurul tak henti merenung.

"Secantik insan yang menuturkan pujian itu," Has cuba menduga.

"Tapi sayang bulan tak kekal lama," seperti kesal.

Has mengerutkan dahi,"Tidak ada yang kekal di dunia ni."

"Mengapa mesti sementara?"

Has tidak menjawab. Mungkin dia terperangkap dengan soalan itu. Namun selepas berfikir sejenak,"Mengapa tidak?"

"Mengapa tidak??"

"Tak elok menjawab soalan dengan persoalan."

"Tak elok juga menjawab soalan dengan jawapan yang subjektif."

"Bulan bukan matematik."

"Bulan juga bukan lukisan!"

"Bulan itu lukisan alam!"

"Ah... sukar berbicara dengan orang seni. Tidak ada yang jelas bagi kamu," Nurul mendengus keras. Ada sedikit nada kekecewaaan.

Has tidak berkata apa-apa,"Memang cantik bulan tu"

"Bulan tidak akan tampak cantik jika bukan malam dan bintang menemaninya"

"Benar. Tapi ada ketika bulan akan dilindungi awan."

"Bukan salah awan."

"Salah angin?"

"Menyalahkan angin sama seperti menyalahkan Penciptanya!" bentakan Nurul mendiamkan lagi kotak suara Has.

Bayu malam yang berhembus mendirikan roma halus masing-masing.
Has berdiri dengan pelipatnya yang sedikit lenguh, "Bulan itu milik syurga."


"Bukankah milik Amerika?" Nurul sedikit senyum.

"Sudah saya katakan, bulan bukan matematik, bukan geografi, bukan sejarah."

"Tapi matematik, geografi dan sejarahlah yang mengkaji bulan, bukan lukisan alam."

"Kenapa kau mesti begini?"

"Kenapa tidak?"

Masing-masing terdiam, "Cantik bulan tu."

"Bulan di syurga."

"Syurga kita di mana," tanya Nurul.

"Pejamkan matamu," lantas Nurul memejamkan matanya.

Dan......

7 comments:

artisticklytouch said...

kah kah kah kah kah kah

hmmmm....boleh....

watak2 yang menarik...

dalam...dalam....

Pegawai Khalwat said...

Aku rasa tak semua paham apa yang aku tulis ni. Nampak je realis tapi surreal ni.

Cinta Surreal.... hummmm sedap jugak buat tajuk tu.

artisticklytouch said...

ha ok gak tuh tapi kena masuk line nih....

"Kitakan dah pegang-pegang tetek," kata Has kepada Nurul.

muahahahhahahahha gelak jahat

Pegawai Khalwat said...

Itu fetish sangat.

Yeah.. yeah... yeah...

Anonymous said...

man.....
hehhehe....
u can do better than tis....
i can get this a lot from sum sleazy bookshoop in town...section malay novel mushy-mushy...

do it better ok!

Me

Pegawai Khalwat said...

This is not that mushy-mushy type man.

This is philosophical entries.

Read between the lines.

tokey_panggung said...

macam kenal dan pernah dengar je dialog tuuuuu......
tapi dimana ye.......