11 November 2005

Kerusi - Teruja!

Aku sememangnya teruja untuk mementaskan skrip Kerusi. Bukannya aku tak pernah mementaskan skrip orang, tapi mengenali Hatta Azad Khan dengan karya-karyanya yang sarcasm suatu masa dulu, menceringkan bulu roma aku laksana anak kucing baru pertama kali disergah bapak anjing.

Itulah yang memusarkan lubuk fikiran aku pada ketika ini selain daripada skrip purbawara kontemporari yang masih di dalam proses awal. Pusaran itu aku pasti makin lama makin kuat, ibarat pasir jerlus; semakin kuat aku meronta, semakin cepat aku tenggelam ke dalamnya, dan jika aku tidak meronta, aku tetap akan tenggelam.

Jujur aku katakan aku tak ingat bagaimana kisahnya Kerusi itu. Aku pernah baca sekali seingat aku, tapi aku tak ingat. Yang aku ingat ingat Srigala sebab, terlintas di fikiran aku filem Kanta Serigala. Dan yang paling aku ingat ialah Kerusi ini pernah dipentaskan oleh Dr. Zainal Latif (sekarang mungkin sudah ada Prof atau Prof. Madya di UPSI) beberapa tahun dahulu.

Sayangnya aku tak berpeluang mengikuti produksi berkenaan. Untungnya, aku akan dapat menghasilkan pementasan dengan frame aku sendiri yang segar dan tegar.

Mungkin kalian akan mengatakan aku ini ketinggalan zaman. Ya... aku mengaku aku ini ketinggalan zaman. Memang aku naif dan daif. Sebab itulah aku merobek segala rasa hati aku di blog ini, agar aku boleh mendapat komen, pendapat, kritikan, hinaan, celaan, kutukan, pujian dan segala yang sewaktu dengannya. Moga dengan semua itu aku akan menjadi lebih kuat dalam mengharungi dunia seni yang tak keruan ini.

Nantilah, tak banyak yang boleh aku ceritakan tentang Kerusi. Setelah aku dah mula buat research dan dan mula buat casting, aku akan kongsi pendapat aku dengan kalian. Aku pasti, apa yang aku nak tak mungkin akan tercapai seratus peratus, tapi..... dengan sedikit kompromi, aku yakin aku boleh berpuas hati.

Tak tahulah bagaimana pula dengan kalian.

7 comments:

artisticklytouch said...

first and foremost...

Srisegala la bukan Srigala and citer nih tak ada kena mengena dengan kanta serigala atau American Werewolf hatta American Werewolf in London.

wah, respek la kepala otak ko buleh pikir dua tiga production dalam satu masa... aku jangan harap ler...

weh, aku maleh ler nak wat percaturan, tak ada idea... nk buat satu pementasan inggeris yang simple, kat UPM dulu kami selalu buat... nanti bincang

Pegawai Khalwat said...

dua tiga production pun makan 6 - 7 bulan, bole la. Kalau semua pakej dalam 3 bulan, mampuih jugak.

Yang tak jadi pasai pa? Idea kita ribut otak la (brainstorm). Meh la bincang bila hang free. Ajak la Think Tank bincang sekali.

Aku mana tau pasai skrip tu. Hang bagi la aku satu kopi.

artisticklytouch said...

skrip apa kerusi? takdak. Wazi kata dia ada nanti aku mail kat dia suh bagi kat hang.

Anonymous said...

apapun moga2 success endaknya..

fairygal_sugarcane said...

idup chorpe...

Pegawai Khalwat said...

Entahlah, skrip pun tak nampak lagi. Silap gaya aku buat Kursi Marzuki Ali.

artisticklytouch said...

Aku dah bagitau Wazi malam tadi tapi hang tau la Wazi connection 1515... bkn jalur lebar