15 November 2005

Pucuk Rebung Orang Melayu


Pagi tadi di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, aku sempat mengikuti siri ceramah oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, tentang Perlambangan di dalam Budaya Melayu. Dan oleh kerana beliau merupakan pakar di dalam bidang seni halus dan tekstil, maka ceramah beliau banyak berkisar tentang perlambangan yang wujud pada pakaian orang Melayu seperti baju Melayu dan kain batik sarung.


Dan ceramah ini meyakinkan aku bahawa orang Melayu ini sememangnya kaya dengan seni. Lihat saja metafora yang dibuat melalui corak-corak pada kain batik sarung. Pernah tengok kain batik sarung? Kalian tahu tak, pada kain batik sarung tu, ada kepala kain, ada badan kain, ada sulur, ada tali air, ada pengapit dan ada beberapa ada lagi yang aku tak boleh nak ingat.


Pada kepala kain tu, yang tajam-tajam macam mata gergaji tu sebenarnya merupakan motif pucuk rebung. Pucuk rebung kalian tahu? Anak buluh le tu. Jadi ironinya, merupakan lambang kehidupan. Kalau pucuk tu menghala ke atas; melambangkan lelaki, kalau ke bawah; melambangkan perempuan. Kalau pucuk tu bertemu atas dan bawah? Hummm.... boleh.......


Aku tak naklah nak bercerita panjang tentang apa yang dah diceritakan oleh Dr. Najib. Tapi aku nak kisahkan di sini betapa istimewanya orang Melayu. Dalam kita memperkatakan tentang budaya orang Melayu, sebenarnya dalam budaya dan adat itu sendiri ada seni. Dalam kehidupan orang Melayu itu ada seni. Seni berpakaian misalnya. Kalian masih memakai kain batik sarung (bagi perempuan sahaja).


Kalian sedar tak, bagi perempuan yang memakai kain batik sarung dengan kepalanya ke tepi, melambangkan bahawa dia masih belum berpunya; boleh dikirai, dikokok, dan di kepung! Kalau dia sudah berpunya, maka kepala kain itu akan berada di belakang (atau depan, maaf aku tak ingat. Tapi semestinya bukan di tepi). Begitu juga perihalnya bagi kaum lelaki yang memakai kain pelikat. Pemakaian begini merupakan satu seni visual dan seni bahasa. Seorang lelaki tidak perlu lagi pergi bertanya "Awak solo lagi? Dah kahwin ke belum?" atau apa sahaja bentuk soalan yang sama waktu dengannya.


Begitu juga dengan peranan tepak sirih dan sirih pinang. Dalam adat melawat rumah Melayu dahulu, sebelum memulakan perbualan isu utama, sirih pinang menjadi pembuka bicara. Tapi sekarang? Mujurlah masih ada kopi 'o' atau teh yang dijamu.


Memanglah, aku pun sedar. Bukan semua adat tdahulu yang sesuai dibawa ke era kini. Pemakanan sirih yang melampau misalnya boleh menyebabkan kanser mulut. Proses asimilasi hasil gari globalisasi telah banyak merubah dunia Melayu. Tapi sekaranglah masanya kita perlu sedar dan kembali glokal.


Melayu bukan bangsa yang lemah!


Melayu bukan bangsa yang melayu!


Tapi kenapa Melayu mudah melatah bila dikritik?


Orang seni berjiwa sensitif, tapi bukan mudah melatah!


Sudahlah..... aku dah lari dari apa yang aku nak perkatakan. Nantilah kalian dengar lagi dari aku.

2 comments:

artisticklytouch said...

kalau pakai kain paras atas lutut tuh maknanya nak pergi berak jadi jangan la tanya "oi, p berak ka?"

kalau pakai kain batik tengah2 malam tuh maknanya tengah berse***** jadi jangan le tanya "Oi, kenapa kau pakai kain batik?"

corak berketang kat kain tuh maksudnya 'Hish, jijik! Pergi basuhlah!!!'

huzz - suka abg2 pakai kain pelikat .... motifff????? muahahhahahaha

Orang Melayu memang kaya dengan seni tapi kebanyakkannya tidak tahu cara terbaik untuk menghargai seni apatah lagi mengaplikasikannya dalam kehidupan harian atau utilise it for their own sake and fortune.

Berbanding kaum cina dan sesetengah kaum di Barat, mereka lebih menghargai seni yang ada pada budaya mereka dan menggunakan sepenuhnya kehebatan seni mereka itu untuk kepentingan bangsa mereka.

Kita lihat bagaimana bangsa Cina mengpopularkan seni Kung Fu dan bangsa Melayu mengpopularkan Silat.

Kita lihat bagaimana kaum Cina mengguna pakai kemahiran mereka dalam seni hias dalaman hingga muncul konsep oriental tapi adakah konsep Melayu dalam tata hias dalaman? Ada, tapi dikenali sebagai Nusantara - dengan headboard kerawang, tikar mengkuang - yang ini boleh dibanggakan.

Kita lihat bagaimana naskah-naskah teater klasik India mempengaruhi pemikiran dan pementasan para penggiat di Barat tetapi kita di sini mentertawakan Mak yong, Mek Mulong, Main Petri, dsb.

Persoalannya ialah bukan ke mana arah tuju kesenian dan kebudayaan kita tetapi siapa yang mahu memandu kesenian dan kebudayaan kita?

Kenapa susah sangat nak kita menghargai apa yang kita ada?

Selagi bidang seni ini dilihat sebagai larha, sesat dan natijahnya neraka, selagi itu kita tidak akan mampu menghargai seni yang kita ada lantas Melayu kita hanya disekitar kita.

Kidd said...

Yes.. Seni itu halus.

Yes.. Seni itu memerlukan si pemerhati untuk mentafsirkan maksud seni yang cuba disampaikan.

Yes.. Seni itu abstrak dan berlainan tafsiran bagi berlainan individu

Yes.. Seni perlu dibangunkan dan diberi pendedahan agar dapat dinikmati oleh setiap generasi.

Akan tetapi..

Sains lebih diagungkan daripada seni.

Kalau anak kita masuk kelas sains, nama anak akan dicanang satu kampung. Kalau anak amik aliran seni, disindir-sindir kononnya takde masa depan.

Akan tetapi..

Bila bangsa lain ke bulan, kita masih lagi terkinjakinja depan tv tengok akademi fantasia.

Bila bangsa lain promote fesyen baru, kita masih lagi cuba meniru stail Siti Nurhaliza.

Pendek kata.. seni itu mengajar mengenali identiti kita sebagai satu bangsa yang penuh dengan bahasa halus dan berbudi pekerti.

Teruskan..