01 November 2005

Purbawara Asli atau Purbawara Kontemporari

Ketika aku ini aku berada disebuah warung internet yang maha lembap. Dengan komputer yang berongkah-rongkah dan papan kekunci yang asyik tersangkut, aku menulis kembali dalam keadaan yang tidak begitu gembira. Ya... tidak begitu gembira kerana ini adalah kali kedua aku menulis setelah draf yang pertama tak sempat diselamatkan, hilang depan mata aku. Sabar.... sabar.... cuba ingat balik apa yang telah aku tulis panjang berjela tadi.

Aku nak bercakap tentang projek-projek terbaru aku untuk tahun 2006. Aku telah diamanahkan untuk mengendalikan 3 projek, 'Kerusi' oleh Hatta Azad Khan, 'Penantian' oleh Abdul Talib Hassan dan satu projek mini ala-Apokaliptik. Tapi yang syoknya, pada satu pagi ketika program Jom Sahur dengan Lucifer, Hiblis Pendek, PT 2005 dan Budak Master, aku telah dikejutkan dengan satu idea, sebuah pementasan purbawara.

Purbawara yang aku maksudkan ini bukanlah purbawara biasa, tapi purbawara ala-ala filem Melayu dan Indonesia zaman 70an dan 80an seperti Jaka Sembung, Pendekar Mata Satu, Pertarungan Iblis Merah, Saur Sepuh, Nyi Blorong dan sebagainya.

Tapi ketika aku mula merancangan untuk menulis skrip yang tak bertajuk ini, aku telah dikekang oleh satu persoalan; purbawara yang bagaimana? Aku bersetuju kalau nak dipentaskan satu-satu karya purbawara itu, perlulah dikekalkan jiwa purbanya. Dari segi setnya, kostumnya, lenggok bahasanya perlu bercirikan purbawara. Tapi dari pemerhatian aku yang ilmu kulit bawang ini, sesebuah karya purbawara ini kebanyakannya mempunyai lebih dari satu latar. Latar rumahlah, latar istanalah, latar halamanlah dan macam-macam lagilah.

Bagi aku dan produksi di bawah kumpulan aku, ini adalah satu bencana. Mana nak dicekau duit nak buat set realisme/purbawara? Dan takkan pula nak buat set realisme ala kadar saja? Takkan nak buat pokok pisang pakai polisterine, baik aku buat teater untuk tadika!

Jadi aku telah menghasilkan satu istilah baru, purbawara kontemporari (boleh gitu?) di mana purbawaranya tidaklah terlalu asli, tapi tidak pula terlalu moden hingga hilang jati diri purbawara itu. Kalau boleh aku nak buat skrip dan karya guna satu latar. Kalau guna banyak latar pun, aku akan guna kaedah set yang flip over, roll over, slide over dan apa-apa saja kaedah yang dirasakan sesuai. Bahasa yang digunakan tidak terlalu berbunga-bunga, simple tapi bombastik. Aku nak maksimumkan penggunaan efek yang ekstravaganza, pencahayaan dan bunyi-bunyian yang ohh la la, kostum yang ranggi (berganung kepada kasta). Pendek kata, lari dari nahu purbawara, tapi masih mengekalkan jiwanya. Boleh?

Aku telah bersuara..... giliran kalian pula.......

5 comments:

ah_zan said...

Brilliant concept..keep up the good works bro..sempoi i might said..ayat jgn simple..selitkan ayat indon..wah wah wah pak usop..sempoi bangat..hehe..

ann nurbaya hassan said...

adakah ia seperti sama tapi tak serupa?
but then....apa salahnya kalau mencuba kan?teater ni pun mcm eksperimen gak!!!!cuba sana....cuba sini....it's a good try, i guess.....go....go...abg chorpe!!!!!

Pegawai Khalwat said...

Well ah_zan....

Nanti bila aku dah buat hang mai la tengok. Aku kena control jugak sebab takut aku termasuk ke anti realism.

And for u Ann, kalau sempat, adalah role untuk ann dalam tu. Kalau tak sempat....

Keep roling' rolin' rolin'!

artisticklytouch said...

hek eleh... sudahlah purbawara kontemporari ko dengar macam anti-realist jer... buat anti-realist jer... long live anti-realist!!! muahahahhaa
aku suka Pembalasan si Pitong (dia ke yang lempaq topi bendang pastuh kena leher orang tuh, orang tuh mati pastuh topi bendang dia tuh patah balik kat dia..?)

alah latar senang jer kedai kopi macam awal n mira harituh hehehehe save cost...

Pegawai Khalwat said...

Ish.... tak dak la aku nak buat anti realist. Kalo aku buat cerita macam tu senang, bole la cite aku jadi macam Lord Of The Ring campur Chronicle Of Narnia campur Final Fantasy.

Itu mudah beb. Tapi sebab aku nak ada feel purbawara tapi tak terlalu terikut dengan purbawara yang susah.

Kang Azman kata aku murtad purbawara pulak.

Anyway, aku dalam proses merangka skrip. Tungguu.....