06 January 2006

12


Jangan pula kalian terkasima, mengatakan 12 ini adalah doppelganger kepada siri hit Fox, 24; lakonan hebat Kiefer Sutherland. 12 tidak ada kena mengena langsung dengan ahli keluarga Sutherland, si cantik manis Elisha Cuthbert mahupun stesen televisyen Fox. Yang ada kena mengena cumalah dari segi bahasa, kerana ia merupakan pementasan teater dalam bahasa Inggeris; yang aku bintangi, ulang suara; aku bintangi..ngi…ngi…ngi…(bunyi reverb), arahan…. Siapa lagi kalau bukan orang yang Englishnya lebih cair menitik dari aku; Art a.k.a. Sentuhanseni.

What can I say? My first English play! (Keempat kalau nak dikira sekali semua pementasan untuk kelas aku sewaktu aku masih kurang ajar…maksud aku kurang belajar… masih belajar. Alah… cerita Jungle Book, Three Musketeer, dan The Negotiator) Ketika English aku masih ngok ngek ngok ngek, aku memberanikan diri melakukan teater Inggeris.

Cerita yang mengandungi enam buah cerita pendek ini dipetik oleh Art untuk mewarnai gelanggang The Actors Studio Greenhall. Cerita atas katil, dalam pesawat terbang, atas katil, atas katil, atas katil dan atas katil. Cerita aku? Semestinya atas katil. Kalau tak atas, ditepi atau keliling katil. Tak mungkin di bawah katil.

Ada cerita perempuan gila, masalah suami isteri, kisah cinta, lesbian dan macam-macam lagi. Aku memang teruja (buat kesekian kalinya), kerana baru aku sedari yang English aku macam hampa gas. Kalau nak dibandingkan dengan rakan lakon aku; bagi langit dengan bumi, jauh panggang dari api. Tapi baguslah untuk self improvement aku.

Dan untuk pengetahuan kalian jugak, 12 ini akan menggantikan Percaturan yang telah dicatur oleh Art suatu ketika dulu. Percaturan tak menjadi nampaknya. Nak tahu sebabnya, tanyalah tuan punya Percaturan.

Bagi yang mana dekat-dekat tu (yang jauh pun kalau nak datang apa salahnya), datanglah tengok nanti pada 21 dan 22 Januari 2006 di The Actors Studio Greenhall. Harga tiket belum ditetapkan lagi. Aku maklumkan awal-awal pada kalian bukan apa, nak suruh kumpul duit untuk datang tengok. Sokonglah teater Malaysia.

Kalau bukan kita, siapa lagi………..

2 comments:

Anonymous said...

patahkan satu kaki!(break a leg)

tak sabar nak tunggu... mesti best..

kipaspayahmati

Pegawai Khalwat said...

ha.... best tak best... kena tanya pengarah..... ini madani punya produksi...

aku ulang... madani... bukan mani... MA...DA...NI.....

ha ha ha.... pakat mai sini... pulau pinang menanti, batu feringghi padang kota, naik beca pusing komtar (pinjam lagu boria Pesta Pulau Pinang)