(Foto ihsan Goh Chu Hiang)
Hari itu aku duduk termenung seorang diri. Di gigi air, pinggir pantai yang dah tak macam pantai. Udara nyaman, mujur air pasang. Ada satu pasang gadis, datang singgah. Nampak macam orang luar, bukan orang Tanjung. Cari apa gamaknya.
Gadis I : Bang, boleh tolong ambil gambar.
Aku pun dengan patuh menurut.
Gadis II : Kasi nampak jambatan Pulau Pinang ye bang.
Dan aku pun snap beberapa keping. Kamera digital, nak risau apa.
Gadis II : Terima kasih bang.
Gadis I : Bang, nak tanya skit boleh?
Aku : Pun boleh.
Gadis I : Di Penang ni, pantai mana yang boleh mandi dengan bestnya.
Amboi, tadi Pulau Pinang la Penang pulak.
Aku : Best dalam erti kata macam mana tu?
Gadis I : Yelah.... Semua pantai yang kami singgah, air semuanya keruh. Tak macam Langkawi, Pangkor, Tioman, Perhentian.
Nak air jernih pi Sipadan la cek oi. Takpun mandi kat hotel.
Aku : Kalau nak cari pantai yang air jernih macam tu di sini, memang tak adalah. Sini semuanya air keruh. Tapi taklah kotor.
Gadis II : Tak bestlah bang. Kalau pulau air pantainya patut bersih, jernih.
Tersirap juga darah aku. Nak kena beri pedoman ni.
Aku : Sedari berdua ni kenal tak Francis Light?
Gadis II : Kenal, orang yang membuka Pulau Pinang kan?
Aku : Tahu bila Pulau Pinang dibuka?
Gadis I : Emmm...... 1912?
Aku : 17 Julai 1786. Sejak dari tu, kapal-kapal dari seluruh dunia singgah ke perairan Pulau Pinang ni. Dari kapal layar, ke kapal wap, ke kapal diesel, ke kapal nuklear. 220 tahun perairan pulau ni tercemar, sedari berdua nak cari pantai yang bersih dan jernih?
Gadis I : Emmmmm...... kalau pantai yang ada privacy, abang tau tak di mana?
Privacy pulak? Depa ni nak mandi bogel ka?
Aku : Privacy macam mana?
Gadis I : Yang tak ramai orang, atau tak ada orang langsung. Lecehlah orang ramai-ramai ni.
Aku : Ada..... Monkey Beach, Teluk Duyung. Tapi cuma boleh sampai dengan trekking atau dengan bot.
Gadis I : Abang bawa kami boleh tak? Kami bayarlah.....
Ahh.... Sudah...... lain pulak jadinya nanti.
14 comments:
takpe la.. jadi pemandu pelancong sambilan.. haha..
He he he. Boleh jadi Part time tourist guide ni..
Sempat ambik no telefon & alamat tak?
depa mmg nak tanya soalan tu kat hang awal2 lagi tp dia punya kaleih...amik gambaq la, tanya pantai la...last2 suruh hang guide depa
x pa la PK, BLEH wat side income naaaa....hehe
mereka tu pakai tudung ke?
kot rasa susah kot mandi kat pantai bertutup segala.
(bersangka baik)
:)
Orochi,
Sambilan pun kena ada lesen bang. Buat jadi tak ketahuan....
BP,
Tak.... malah aku tak terima offer tu.
Halogamora,
Side Income boleh menjurus kepada side effect oo....
Sleepless,
Betoi kata hang. Privacy sangat tu tak la, tapi tempat yang aku kata tu memang tak ramai orang.
Tokey Panggung,
Video sapa aku nak gagau?
Tuan Tanah,
Pakai yang macam tak pakai, dan aku rasa depa ni tak kisah kalau nak bukak tudung bila-bila masa (bersangka jahat).
Andrina,
Lohh... kok lu bikin advertensi di blog gue.
Salam.
Apa yang dimenungkan di gigi air?
:)
wau..
kau dibayar untuk membawa dua orang wanita ke tempat sunyi.
hmm.
takpa, rezki,
walaupun sebenarnya aku langsung tak percaya ngan hang. hahaha
hang akan menyesal kalau tak bawak diorang! haha!
Bunga rampai,
Aku berhenti sebab tayar aku gelong.
Ron,
Tak percaya? Aku tau hang jeles.
Ha ha!
Gitar,
Menyesal? Entahlah... memang aku tak bawak pun.
kamu terlalu kacak aku rasa. huh
kamu terlalu kacak aku rasa. huh
dude,
depa dok hint ko ajak 'wanna have gum together-together' tuh, dude!
ha ha.
baru baca tajuk dah rasa nak gelak.
Hahaha.. (gelak sikit je.. tak baik gelak banyak).
p/s. mandi pantai tak best. Menyelam yang best, cakap kat gadis-gadis tu.
Esis,
Kacak? Tak mungkin.
Mengujakan? Mungkin.
Esis,
Err.... nak kena ulang ka?
Naga,
Aku tak buat benda mungkar macam tu bro.
Ha ha
Kunci,
Menyelam kat Tanjung? Huh.... nak nampak apa?
Post a Comment