20 June 2006

Lega

Agak lama juga tidak mengemaskini blog kerna sibuk dengan Neraka Petualang. Semua sudah selamat. Semua sudah selesai dan aku puas hati dan tak puas hati.

Puas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pelakon dan tenaga produksi. Walaupun ini bukan teater arahan aku seperti mana kebiasaan aku yang suka bermain dengan mantik, semiotik, metafora dan cahaya, tapi aku tetap puas hati. Seperti aku katakan, Neraka Petualang lebih kepada satu katarsis.

Tapi aku tak puas hati kerana aku masih tidak dapat memenuhkan tiga per empat panggung walaupun masuknya percuma. Aku sendiri tak tahu di mana silapnya. Sudah dipasang banner, sudah diiklan dalam suratkhabar dan radio swasta (bukan iklan, cuma makluman percuma), sudah dibuat jemputan (jemputan dibuat oleh orang lain), tapi orang masih tidak ramai.

Mungkin juga aku tidak begitu agresif memasarkan Neraka Petualang ini. Banner tidak cukup, tiada poster dan flyer. Tapi begitulah bila buat produksi miskin. Segala benda kena jimat, segala benda kena kedekut. Duit mahu pakai juga untuk set, props dan makan minum.

Membebel pun tak guna. Lepas ni aku akan buat lagi teater.

Kalau kalian mahu lihat imejan sewaktu pementasan, nanti aku uploadkan foto dan sedikit rakaman sewaktu show.

6 comments:

Pandang Dengar Diam said...

TAHNIAH!!!

Anonymous said...

penonton kurang tak pe,
jangat semangat kau yang berkurang,
teruskan..
satu hari nanti,
aku pasti kau akan bertemu kepuasan yang kau cari

Anonymous said...

Aku nampak kau bijak bermain dengan cahaya.

Aku yang tak pernah berkesempatan menonton teater.

Kita manusia, kita sering di dalam dilemma. Antara kepuasan mereka dan kepuasan hati kita.

Tapi, tiada manusia yang sempurna kerana ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan kita sempurna.

Pegawai Khalwat said...

Cuaca
Terima kasih!

Bukancicak
Suatu hari yang terpaksa aku menunggu.

d'arkampo
Cahaya itu biasa saja, cuma pada kamera nampak cantik.

Asal kena pada ruang dan masa.

Unknown said...

congrats PK!

next time cuba la buat di KL, ramai kengkawan bleh dtg. wa pun peminat teater gak nih..

Bunga Rampai said...

Salam.

TAHNIAH!

Jangan sekali-kali berputus asa. Sabar. Kentalkan semangat, teruskan usaha.