03 July 2006

Ibukota Cinta

Kolong-kolong kota yang aku lihat itu maksudnya sama dengan pinar pijar dek terik matahari terpacak atas kepala.

Kelabu, berpeluh, berpinau.

Biar langkahnya bukan satu dua pekan, bukan satu dua pura, tapi insan mahu jua melangkah mencari dosa.

Yang tergantung, tercalit di celah papan dan dinding batu bata pasir dan merah marah darah.

Muntah.

Atas muntah, bawah muntah.

Marilah biar ditokak jika kalian tidak percaya. Tengok siapa yang lebih kuat gediknya. Setidak-tidaknya slot-slot neraka sudah ada pemastautin tanpa PR. Isi nama saja, tak perlu deposit.

Kalian mau jadi ahli?

12 comments:

gitartong said...

saya berpinar dan berpeluh2 memahamkan entry ini

gitartong said...

saya berpinar dan berpeluh2 memahamkan entry ini

bunga rampai said...

Ahli seumur hidup?

(Sebenarnya tak paham isi kandungan)

Salam.

cuaca said...

muntah!

Masih cuba memahami N3 ni.

.:HalogamoRa:. said...

PK: byk yg tersirat...baca entry nih terasa cam baca skrip teater plak

pasal jd ahli tu...no comment.

Lime Fizz Pentalite said...

ermm..susah menguasai
pk..pk..terlalu kelabu...terus kelam namun jauh d satu sudut terdetik memang sah...kau..sah..

Orochi said...

sukar sekali untuk memahami..

Op said...

aku pass. hehe

blackpurple said...

Aku dapat menangkap maksud yang tersurat tapi belum lagi yang tersirat...

tuan tanah said...

di sini juga, pagi-pagi, selalu ada muntah di tepi-tepi kedai.

dihambur si pemabuk.

Pegawai Khalwat said...

gitar,bunga rampai,cuaca,halogamora,lime,orochi,bp,op,tuan tanah

Maaf tak dapat komen panjang. Sibuk dengan kursus di luar kawasan. Minggu depan baru kembali.

Tak paham maksud aku?

Tak apa, yang penting interpretasi kalian.

esis said...

muntah atas? muntah bawah?? uwek uwek. lelaki cam tu gak ker?