13 June 2006

Neraka Yang Tak Diterima Langit dan Bumi




Neraka Petualang.....

Dan aku rasa bersalah sebenarnya, kerana tidak memberikan yang terbaik kepada pasukan terbaik yang pernah aku kumpulkan. Banyak faktor yang mengekang jasad kreativiti aku, mengekang kuku pengurusan aku, mengekang dan mengekang hingga aku terkangkang macam kucing domestik baru lepas makan semangkuk Friskies.

Nawaitu pun banyak mempengaruhi corak pentadbiran dan pengarahan aku kali ini. Kombinasi produk segera + audien oriented + experimental case + ruang katarsis + duit ciput + orang bodoh; menyebabkan aku terpaksa mengorbankan sentuhan estetika dalam skala yang besar. Dan demi menjaga perhubungan jangka panjang juga, aku yang bodoh ini dengan mudah diperkotak-katikkan, hingga menyebabkan nawaitu aku mahu membina audien yang tahu menghargai teater melalui sokongan moral dan material, terbabas.

Aku berpegang kepada kata-kata Prof. Madya Dr. Samat Salleh, "Kita berteater untuk orang tengok, bukan untuk diri sendiri tengok." Begitulah bezanya teater dengan bidang seni yang lain. Kalau muzik kalian boleh layan sendirian, seni halus seperti catan, arca dan sebagainya pun boleh dibikin untuk diri sendiri, seni filem atau video, juga boleh dibikin untuk kepuasan diri. Tapi teater tidak. Kalian pernah tengok orang berlakon sendirian tanpa penonton? (kecualikan yang tidak waras).

Tapi begitulah keadaannya. Naskhah ini sendiri ringan dan mudah, walaupun aku 'makan dalam' sebenarnya. Biarlah orang megupas lapis demi lapis demi lapis. Tak larat nak kupas lapis-lapisnya, maka tengoklah lapis di atas lapis itu.

Cengkaman tanggungjawab sosial dan personal juga menyebabkan Neraka Petualang terawang-awang, tidak diterima oleh langit dan bumi. Nak puaskan hati audien, maka aku korbankan bahasa semiotik yang sinonim denga gaya pengarahan aku. Nak puaskan diri aku dan kawan-kawan, maka cerita ini jadi berlapis; semiotik dalam cerita, bukan nampak pada elemen visual.

Entahlah, rasanya lepas ni bila aku siapkan Khilaf Cro Magnon, benda yang sama akan berulang. Kita tengoklah langit atau bumi yang mahu menerimanya.

Bagi kalian yang ada masa, ada tenaga, ada duit, Maka datanglah menonton. Aku jamin kalian akan dapat dua perkara: i. kepuasan lakonan mantap dan aksi pertarungan yang hebat (jangan samakan dengan pertarungan Matrix mahupun Gerak Khas. Ini pentas teater), ii. provokasi minda bagi yang mahu memerah otak memikirkan apa yang tersurat dan tersirat, ada balik di sebalik, ada kenyataan di sebalik nyata.

Oh.... lupa...... Duit itu untuk tambang. Masuk percuma.

Percuma tu....
Ralat : Dalam teaser dinyatakan 16 & 17 JUn 2006. Tapi sudah berubah tarikh ke 17 & 18 Jun 2006 di Auditorium P.Ramlee, Pulau Pinang, 8.30 malam.

17 comments:

artisticklytouch said...

Alah boss rileklah.. percaturannya tidak berapa kena kali ini tapi aku yakin ada audience punya..

Bila Khilaf Cro Magnon?

Pada sesape yang mahu tahu isi tersirat tapi malas nak berfikir (kerana sibuk menganalisis perlawanan piala dunia), kontek aku

blackpurple @ jowopinter said...

Di mana lokasi persembahannya ni tuan?

Pandang Dengar Diam said...

dimana yer nk gi jugak blackpurple jgn lupa ajak cuaca sekali nanti.

Anonymous said...

kalau tidak silap saya, tarikhnya pada 16 dan 17 jun kan? jumaat dan sabtu ini? dah dekat sangat! duit dah tak dak. sayangnya.. mungkin saya akan terlepas show yang ini. takdak versi 'cd' ka? juai la..

saya mengingati tarikh itu kerana memang teringin hendak menonton sama.. tapi..

Romantis Selatan said...

Dan aku terus mencari,
Shout box dalam lukah penuh duri,
Untuk mengirim salam buat empunya diri.

Unknown said...

free? tapi tak dapat nak datang la.. tarikan piala dunia lebih kuat kat sini..

Pegawai Khalwat said...

Art
Khilaf Cro Magnon? Nanti-nantilah....

BP
Di Auditorium P.Ramlee, Pulau Pinang, 8.30 mlm, 17 & 18 Jun 06.

Cuaca
A'ah... datanglah.

Gitar
Wah... ingatan hang memang power. Tapi tarikh dah berubah atas sebab teknikal. CD akan ada, tapi kualiti tahap pirate jugalah, ada suara dan bayang penonton.

Romantis
Cari dan salamlah....

Orochimaru
Sini pun sama. Harapan pada yang tak minat bolalah....

Anonymous said...

kenapa minggu ni,
minggu ni aku sibuk kena kerja

ada tayangan tambahan?

Unknown said...

alahai, awat la hang buat jauh sgt dr KL?

aku pun peminat teater gak nih....jauh la nak pi. iskh, hang buat aku telan ayanq liuq je la...

Bunga Rampai said...

Bawa bertenang...
Moga pementasan berjalan lancar dan sukses.

Salam.

Anonymous said...

Salam kenalan,
Orang Theater rupanya.
Teruskan usaha-usaha kamu. Aku bangga dan suka dengan orang yang melibatkan diri dalam aktiviti kesenian ni.

Tak ramai orang yang berani untuk hidup dengan minat dan matlamat sebenar yang ujud di hati. Ramai yang memilih landasan yang ada jaminan.

Dulu masa sekolah, aku memang minat dengan bidang kesenian dan kesusteraan ni, tapi di tegah kononnya tak boleh cari makan.

Aku mengalah dan aku hanyut.. tapi ada masanya hati terasa nak kembali ke satu tempat di mana keinginan sebenar itu ujud.

Pegawai Khalwat said...

Ron
Aku tertakluk kepada Syarat Wajib Tayang.

Halogamora
Ish... hang tu kot yang jauh. Mai jalan-jalan penang habaq la no!

Bungarampai
Tarik nafas, lepaskan..... tarik nafas, lepaskan.....

BukanCicak
Arigato kerana singgah. Dulu memang yang ramai macam tu. Aku pun bukan lanjut pelajaran ke bidang tu. Ini hanyalah sisa-sisa minat yang aku ada.

tuan tanah said...

oh.

maaflah.

saya tidak dapat turut serta memberi sokongan.

Sayuti said...

saya seperti cik tuan tanah, tak dapat turun juga.

maaf.

Sir Mute Key Chicks said...

aku nak turun,tapi malam nih ada program.erm..bila la aku nak pi jumpa hang nih ek?aku ada bagi mesej ari tuh,tapi ang tak reply pon.awat?

Pegawai Khalwat said...

Tuan Tanah
Kalau hang mai, aku boleh buat kenduri pisang. Anyway, terima kasih.

Sayuti
Hang pun kalau mai, aku boleh kenduri pisang jugak.

Semut
Tak pa.... bila hang mesej? No hang tak naik pun?

Korakora said...

untuk masukkan program sastera, seni dan budaya ke dalam ruangan sana sini di kolum sastera berita harian yg disiarkan setiap sabtu,

sila hantarkan infro program anda kepada nazmi@bharian.com.my

ps - pastikan program anda akan berlangsung pada atau selepas sabtu itu.