31 July 2006

Kuale Ganu-Pekan-KL

Bulan ni aku agak sibuk. Dah sempat menonton dua pementasan. Satu; Sayang Sri Tanjung, sebuah teater Melayu, dua; Blind Date, sebuah teater Inggeris yang dibuat oleh Melayu. Tapi nantilah aku review, kerana aku nak menceritakan pengalaman aku berpenat lelah tour tiga buah negeri dalam masa tiga hari tiga malam (itu tak termasuk negeri yang aku lalui untuk sampai ke tempat berkenaan).

Aku ke Kuala Terengganu, Pekan dan Kuala Lumpur. Di mana tiap satu lokasi itu memakan masa lebih dari 4 jam untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Menginap di bajet hotel memang menjimatkan. Memang perlu jimat kerana minyak kenderaan yang perlu lebih diutamakan.

Seronok di Kuala Terengganu melihat masih ramai orang Melayu yang setia kepada budaya dan adab orang Melayu. Sedap menjamah nasi dagang ikan aya (dulu aku tak selera, sekarang bertambah pinggan). Rasa aman di Pekan yang serba lengkap tapi tidak sesak. Terkilan juga kerana tidak sempat merasa murtabak Mengkasar di Pekan yang katanya sangat enak. Kuala Lumpur? Ibu kota marah merah darah pun aku boleh sesat, mengingatkan aku kepada lagu Kembara.

Pemandangan indah memang tak terkata. Tapi oleh kerana bukan aku yang memandu dan kami pun ada jadual masa yang perlu dipenuhi, maka kebanyakan gambar yang aku pukul adalah ketika di atas kenderaan. Banyak yang tak sempat dirakam, keindahan pantai sepanjang Terengganu ke Pahang, keunikan Gua Tempurung, dan lain-lain lagi.

Nak merakam gelagat manusia pun, kad memori yang aku ada agak terhad dan keutamaan perlu lebih kepada tugasan hakiki. Akhirnya, kalian lihatlah sendiri gambar yang aku kepilkan ini.


Senja di Lebuhraya Utara-Selatan



Terowong Tol Karak

Hujan lebat di Lebuhraya Utara Selatan


Terowong Changkat Jering



Jet di Pekan






8 comments:

sinaganaga said...

Apsal tak beritahu nak mai KL? Laaaa....

.:HalogamoRa:. said...

awat la cek x habaq kat kami nak mai KL.

w/pun gambaq x byk tp menarik. ni atas mission apa round 3 hari 3 mlm ni?

cuaca said...

entah nyer...pasai apa lah tak contact2 nk turun....

gitartong said...

aku tunggu kut ada gambaq orang yang kat dalam keta.. tapi tak dak. frust sungguh aku!

Pegawai Khalwat said...

Naga
Mai atas urusan rasmi, boleh habaq saja la.

Halogamora
(ulang balik ayat naga).

Aku sedang mendapatkan koleksi kain-kain Melayu.

Cuaca
(Pun ulang balik ayat kat Naga)

Gitar
Gambaq orang dalam kereta ada, tapi bukan gambaq aku.

blackpurple said...

Pemandangan itu kalau di pandang dengan mata nampak biasa..tapi dari imej fotografi nampak indah...cantik...berseni....

Pegawai Khalwat said...

BP
Beauty is in the eye of beholder.

bunga rampai said...

Cantik dan berseni. Saya suka.
Salam.