14 July 2006

Tradisi Yang Berterusan


Pertemuan secara peribadi dengan Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang atau Gabenor Tanjung di kediaman beliau Sri Mutiara pada hari itu, telah meloloskan cahaya paradigma yang baru bagi aku.

Seringkali aku melihat Tanjung ni sebagai tanah sekangkang kera yang dikuasai oleh kaum bukan Bumiputera. Tidak kiralah dari sudut keilmuan mahupun ekonomi. Pasti bukan kaum Melayu yang akan menguasainya.

Ternyata telahan aku itu agak tersasar. Menurut beliau, Tanjung ini ibarat sebuah kolam kecil. Tak banyak yang boleh dibuat. Jadi ramai yang memilih kolam yang lebih besar, misalnya ibukota. Maka berlakulah kebanjiran tenaga pakar yang turut membawa bersama mereka potensi nyalaan ekonomi dan tapak janaan ilmu.

Ada betulnya kerana kebanyakan tokoh korporat Melayu di luar Tanjung sebenarnya berasal; sama ada dilahirkan atau keluarganya berasal di sini.

Dan sejak zaman sebelum merdeka, Tanjung telah pun menjadi pusat ilmu, tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat. Penang Free School yang ditubuhkan pada 1816 merupakan institusi persekolahan formal yang tertua di Asia Tenggara. Sekolah-sekolah agama seperti Al-Mashoor, Al-Irsyad adalah berorientasikan pendidikan tidak formal pondok seperti Pondok Al-Masriyah Bukit Mertajam, Pondok Tok Sheikh Acheh Permatang Janggus dan Pondok Manail al-Ulum Penanti.

Membuktikan dengan jelas tradisi ilmu telah lama bertapak di Tanjung dan di jiwa penduduk asalnya. Cuma nama-nama besar tidak ramai yang tinggal di Tanjung kecuali beberapa kerat seperti Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dan beberapa yang lain.

Penguasaan kaum yang bukan Melayu sebenarnya suatu tinggalan, sejak zaman penjajah Inggeris. Kalau bukan kerana pengaruh keras Ghee Hin dan Hai San dulu, pasti setidak-tidaknya lebih dari separuh kuasa ekonomi Tanjung adalah milik orang Melayu.

Jangan salahkan sejarah, kerana sejarah tidak pernah silap.

Tradisi kebanjiran keluar ini akan terus berlangsung, sama seperti mana-mana negeri lain yang bersaiz kecil. Dan aku tak perlu malu atau sesal.

Maka hari itu aku telah belajar sesuatu;

Jangan pandang apa yang kita ada,
pandanglah apa yang telah kita adakan.


19 comments:

Orochi said...

Biasa la.. Yang kecil tu selalu diperkecil-kecil dan direndah-rendahkan.. Sedangkan yang besar tu pun asalnya dari yang kecil gak..

bunga rampai said...

Silap kita yang tidak begitu ambil peduli tentang sejarah, walhal sejarah mampu mengajar kita memperbaiki diri.

Pandang apa yang kita tiada,
fikir bagaimana mengadakan yang tiada itu.

Salam.

AyuaXuraimi said...

erk hye.. aku tak baca.. tak sempat.. :D

just nak inform.. aku adalah xayuart..

dan menukar blog url ke http://bukanahlisihir.blogspot.com

jemput ye..!

Sayuti said...

saya belajar sesuatu juga dari entri kali ini. terima kasih.

Pegawai Khalwat said...

Orochi
Ada yang dari kecil lagi dia dah besar, eh.... dari kecil jugak!

Bungarampai
Ramai malas berfikir. Disuap lebih seronok.

xayu
Laa... nak kena tukaq link pulak.

Sayuti
Sama-sama. Baru hari ni hang belajaq dari entri aku? Ishhh.... daif betul blog aku ni.

ron97 said...

yang tiada tu, usahakanlah kasi adakan dengan apa yang dah ada ni

kalau ko pernah pergi kediaman TYT,
mesti kenal dengan en. bashir kan?

cuaca said...

jgn kita perkotak-katik kan yg kecil...ada kalanyer yg kecil lebih berkualiti dari yg besar...

Pegawai Khalwat said...

Ron
Sori bang, aku tak kenal. Bodyguard dia aku kenal la.

Cuaca
Kotak kecil yang katik.

gitartong said...

hang skandal apa dengan dato' tu? haha!

esis said...

aku suka yang kecil-kecil
dan
aku suka yang besar pada yang kecil

sinaganaga said...

Tanjung? Aaaa, belacan tanjung aku tahulah. Ha ha.

Pegawai Khalwat said...

Gitar
Dato' mana pulak? Ada misai ka?

Esis
Maksudnya hang suka sederhana la?

Naga
Belacan? Jangan buat main, ada orang bergaduh pasal belacan tau.

dugongsenyum said...

Tajung? Tanjung Karang aku tau lah ekekeke

.:HalogamoRa:. said...

TAnjung katong, airnya biiiruuuu....kat tanjong hang ayang nya bighu ka?

Pegawai Khalwat said...

Dugong
Kat Tanjung ni banyak jugak batu karang.

Halogamora
Ayaq biru? Kah kah kah.....

blackpurple said...

Betul la tu tuan....juga adakan yang tiada seadanya dengan apa yang kita ada... jangan mengada-ada sudah la....

Ku Keng said...

Pelbagai ilmu Tuan. Zaman saya dulu Han Chiang mengembangkan ideologi komunisma!

Pegawai Khalwat said...

BP
Seronok tengok orang mengada-ngada.

Tuan Keng
Zaman dulu? Zaman sekarang pun!

lime fizz pentalite said...

dulu lain sekarang lain bang..

zaman anak2 kita plak lagi lain..

menyedari sejarah diri sebenarnya baik untuk mental