17 August 2006

Darah Yang Mengalir - Ulasan Yang Terpulas

Minggu ni aku maha sibuk. Tak sempat nak letak pungkur atas kerusi. Senantiasa bergerak ke sana-sini. Tapi eloklah aku tunaikan janji aku memberi ulasan tentang Darah Yang Mengalir.

Mungkin tak ramai yang tahu siapa itu Mustapha Hussain. Beliau merupakan nasionalis Melayu sebelum UMNO lagi. Bersama-sama Ibrahim Yaakob (walau tidak sekepala) mereka menentang British. Bila Jepun datang, beliau diserap menjadi ahli Fifth Column atau Sayap Kelima, apa yang sesetengah orang mungkin kata tali barut Jepun.

Tapi kelebihan yang ada pada kedudukan beliau itulah digunakan untuk menyelamatkan orang Melayu, tidak kiralah askar Melayu yang dikurung Jepun, atau orang kampung yang diseksa Jepun. Lepas Jepun menyerah kalah, beliau ditangkap kerana dikatakan tali barut Jepun, tapi surat dari pegawai tinggi askar Melayu bersama petisyen 400 orang askar Melayu telah menyelamatkan beliau.

Maka kalau nak tahu cerita yang lebih jelas, carilah buku Mustapha Hussain, Kebangkitan Nasionalis Melayu Sebelum UMNO terbitan DBP.

Darah Yang Mengalir merupakan adaptasi daripada Di Mana Bumi Dipijak yang juga berdasarkan cerita yang sama, dipentaskan di Ipoh beberapa tahun yang lepas. Tetapi diolah kembali mengikut kesesuaian pelakon dan bajet.

Dan apa yang aku katakan, olahan Senibayan dan arahan Halimi MN ini memang sangat menarik. Kerap beberapa kali juga aku meremang bulu roma bila tiba adegan yang membangkitkan semangat Melayu aku. Senibayan memang petah mengolah bahasa dan mencuit perasaan audien, dan Halimi melengkapkannya. Penataan cahayanya juga cemerlang, adunan pelbagai warna bukan sekadar make-up mencantikkan pentas tetapi membangkitkan mood cerita.

Lakonan Norhelmi Othman juga sangat berkesan. Pelakon Lelaki Terbaik Festival Kebangsaan 2003 ini walau gaya lakonannya kerap stereotaip tapi permainan emosinya sangat merangsangkan. Mungkin ada yang pernah menonton Misi karya Faisal Tehrani di Lambang Sari Istana Budaya. Nah itulah orangnya yang menjadi Kudaffa. Pelakon lain terutama pelakon pembantu juga pada aku tiga mengecewakan. Pementasan mana lagi yang dapat mengumpulkan tiga Dr. sekali gus untuk berlakon.

Cuma ada anomali yang aku rasa mengganggu konsentrasi audien. Misalnya pemfokusan sembang-sembang Mustapha dan Jonid terganggu dengan penjual karipap dan orang mencari duit yang hilang. Juga ada beberapa adegan yang agak meleret seperti awal adegan kelab malam.

Tapi secara keseluruhannya pementasan ini berjaya. Walau tidak full house bagi ketiga-tiga persembahan, tapi purata setiap persembahan adalah 400 orang daripada kapasiti 500 orang. Dan aku yang sentiasa berada di belakang, sangat pasti tidak ada orang yang keluar sewaktu pementasan berjalan (kecuali untuk menjawab telefon).

Syabas.

15 comments:

Romantis Selatan said...

hm...

blackpurple said...

Tak sempat nak letak pungkur atas kerusi...? huh...sampai begitu sekali..!

Komentar kau ini sungguh mengujakan...!

semut said...

pk,
sila misscall aku skali..
0132913454

gitartong said...

lama juga teater tidak siar di tv. dulu ada juga, alang rentak seribu dan tiang seri tegak berlima. bila agaknya ada lagi ye?

bunga rampai said...

Sejarah dan teater, kombinasi yang serasi. Dalam ruang pentas yang sempit mampu meluaskan semangat.

Ulasan ini cukup berkesan. Sayang sekali saya tidak berkesempatan menontonnya. Salam.

lime fizz pentalite said...

teruja sekali bila melintas PENTAS..

Sungguh teruja...air apa yg mengalir nihh..

Sungguh! Tak sedar air mataku mengalir..kalian??

.:HalogamoRa:. said...

w/pun bz...masih sempat mengulas. ini baru lah tegar namanye he he.

teruskan!

tujuh86 said...

Bro,
Kalau kau ada softcopy skrip ni forward kat aku. Teringin nak baca.

anarkismelayu[AT]yahoo[dot]com

Orochi said...

ya.. syabas..

Pegawai Khalwat said...

Romantis
Hmm?

BP
Hari ini, petang ini barulah boleh aku letakkan pungkur atas kerusi.

Semut
Tunggu gaji, baru ada kredit.

Gitar
Ada.. Lantai T. Pinkie dan Bangsawan Naga Chini baru-baru ni di RTM.

Bunga Rampai
Mungkin kami boleh bawa ke tempat bunga.

Lime
Mudah tersentuh... itulah hang.

Halogamora
Entri ni pun dibuat waktu malam, stayback office.

786
Nanti aku minta kat penulis dia. Aku tak ada.

Orochi
Arigato gozaimas!

dingin said...

aku tak pernah tengok teater..

ehehehe

esis said...

last teater aku terlibat patung-patung & bumiku oh bumiku dengan kelab teater rimba. yang lain maleh aku nak ingat.

haha

Pegawai Khalwat said...

Dingin
Try la tengok.

Esis
Aku pernah tengok bumiku oh bumiku oleh teater rimba. Hang berlakon, mengarah atau kru saja?

artisticklytouch said...

terlepas kerana cermin kereta pecah di tengah jalan...

bila depa nak panggil hang berlakon? pernah tak hang tanya depa?

Pegawai Khalwat said...

Art
Aku ni tak dak tanjak hero. Nak jadi orang jahat pun tak layak.

Lagipun kalau aku berlakon, sapa nak jadi stage manager, FOH manager, production manager, yada yada yada......