Hari itu aku menyertai sebuah bengkel. Aku sebagai penyibuk saja. Pesertanya pelajar-pelajar baru dari pelbagai latar belakang dan pelbagai negeri. Ada yang baru pertama kali keluar dari negeri.
Satu kumpulan tu, ada lelaki ada perempuan, ada Pantai Timur, ada Pantai Barat, ada Utara, ada Selatan.
Maka pada satu sessi, semua peserta diminta berkongsi barangan peribadi dengan rakan dalam kumpulan.
Seorang jejaka lelaki dari Utara mengeluarkan dompetnya, dan menunjukkannya kepada seorang gadis dari Pantai Timur.
Sembang.... sembang..... sembang.....
Kelepang!
Budak lelaki dari Utara tu kena penampar. Aku segera bergegas dan bertanya.
Aku : Awat ni?
Budak Lelaki Dari Utara : Entah dia ni. Saya tanya dia terus dia bagi penampaq.
Aku : Hang tanya apa?
Budak Lelaki Dari Utara : Saya dah tunjuk kopek saya, saya mintala nak tengok kopek dia kalau boleh.
Ohhh..... Patut pun kena penampar.

16 comments:
hahaha...lawak betul...
adehhh...
itulah guna bahasa melayu standard
hahahha
dan perempuan tu sampai sudah takmakan buah mempelam sebab tak berani nak sebut. sebut buah pauh org tak tahu. hahahhah
hahahahaha...
kopek tu apa? loghat mana tu? sorry la PK, sedikit naive pasal ini.
Tuan Tanah
Kang dengaq macam nak kontrol sangat pulak.
Ron
ha ha ha.... aku baru nak buat entry kedua pasai buah tu, hang dah potong stim.
Ha ha ha....
Lan
Ha ha ha juga....
Halogamora
FYI:
Loghat Utara - Kopek=dompet=purse
Loghat Timur - Kopek=payudara
Itu pasal la.
Kalau jawa kopek lain jugak maknanya...hehehe...
kopek: buka+kupas
"kopek la buah durian itu kalau nak rasa"
memang tak patut budak perempuan itu.
hahaha.. aku pun nak ketawa gak..
BP
Dalam Jowo apa maknanya wak?
Gitar
Budak tu salah faham, nak buat lagu mana kan....
Orochi
Ha ha ha jugak.
Khal,
Bai mai aku tengok kopek hang pulak!
Ha ha.
bro,
sapa yang nak kopek ni. aku tak pandai nak buat....
haha.
yang utara 'segan' nak belajar.
yang pantai timur 'segan' nak tanya.
teringat pertanyaan kawan saya jimi (nama sebenar abdil azim), yang membesar di US ketika di jitra dulu.
jimi tanya dalam slang US: "kalau air, ayaq. kalau pelik, peliaq?"
dan pelajar2 perempuan tempatan menjeling...
Naga
Ha ha ha.... kopek dalam poket atau kopek dalam baju?
Esis
Bro, Naga yang nak kopek. Dia pandai.
Sayuti
Takat jeling takpa, asalkan depa tak sangka dia Yahudi.
Salam. Bukan main beria nak baca, ingatkan sesuatu yang serius :)
Ooohh, sakit perut gelak!
psstt.. kalau ke negara Jepun mungkin berpeluang menghadiri jamuan makan2 di rumah kawan wanita jepun. Sekalipun ibu mereka menghidangkan makanan dengan perkakas dari jenama tersohor noritake, jangan sesekali memuji menyatakan mangkuk ibu mereka cantik.
Bunga Rampai
Ketawa dalam serius dan serius dalam ketawa, bagus untuk kesihatan mental.
Kunci
Ha ha ha.... aku faham maksud hang. Tapi aku belajaq bahasa Jepun untuk tau apa perkataan itu.
Psss... tak ada jawapan bocor ka.
Post a Comment