Dua malam persembahan, dan aku ada pada kedua-dua malam. Ceritanya tidak panjang, 45 minit saja, tapi sudah mencukupi sebenarnya. Penonton pun tidak ramai, sekitar 300 orang sahaja bagi kedua-dua malam.
Apakah promosi aku masih belum kukuh, atau jualan aku yang tidak menjadi. Aku berpendapat jualan aku tidak menjadi. Tambahan lagi pada malam kedua persembahan ini terpaksa pula bersaing dengan tayangan perdana Cicakman yang harga tiketnya mahal satu ringgit saja dari tiket monolog ini, dan lokasinya cuma sebatang rokok (Amaran! Merokok Membahayakan Kesihatan) dari tapak persembahan monolog. Nak pula Cicakman itu tayangan amal, pasti ramai yang nak beramal sambil berlibur.
Nak mengulas, rasa malas. Nak pula aku terlibat secara langsung sebagai pengurus produksi. Cuma secara artistiknya memang aku tak terlibat langsung. Tiada anomali yang ketara, tapi seperti juga masakan, tidak semua meresap sempurna di lidah.
Seperti mana aku yang naif dan daif seni ini selalu berkata, tiada persembahan yang sempurna. Tidak aku mempertikaikan corak pengarahan Dr. Samat Salleh yang bersahaja, jernih dan bersih dari sebarang efek yang tidak perlu. Hanya kekuatan lakonan diberi penegasan. Masing-masing punya kaedah pengarah tersendiri.
Tataan cahaya oleh Roslan Chin, memang tidak boleh dinafikan lagi, amat cantik, berseni dan kena dengan jalan ceritanya. Penggunaan warna yang monokromatik untuk menggambarkan Miss Jay yang kosong, dan warna panas untuk menggambarkan Zura yang garang dan tegas, sangat berkesan dan mudah difahami oleh penonton meskipun yang baru pertama kali menonton teater.
Cuma pada aku, Milyana Arshad sebagai Miss Jay dan Zura boleh diperhalusi lagi dari segi ketajaman emosi dan keberkesanan karakter. Ada ketika mainannya tidak dapat menyentuh kalbu dan transisi tidak begitu mencengkam. Disiplin pentasnya cemerlang, suara yang kuat, intonasi yang jelas, permainan ruang yang sempurna, permainan level biarpun tiada permainan body level, tetapi binaan set yang bertiga tingkat telah menghalalkan ketiadaan permainan body level itu.
Tapi itu aku, yang mungkin mengada-ngada menuntut hampir kesempurnaan bagi setiap pementasan yang aku tonton. Itulah ruginya orang teater yang banyak menonton teater, pastinya mahu yang lebih baik setiap kali menonton teater yang berlainan. Bagi penonton biasa, aku yakin Milyana cemerlang dalam melakonkan wataknya.
Aku kini teruja untuk terus mengadakan monolog. Kerjanya mudah, tidak remeh. Tidak perlukan banyak tenaga, ramai orang. Aku mungkin merancang Pekan Monolog tahun hadapan dan menjemput semua IPT dan NGO seluruh Tanah Melayu.
Mungkin.............

3 comments:
Salam. Terima kasih ulasan ini.
Memang sukar untuk mendapatkan kesempuranaan, tapi tiada salahnya menuntut kesempurnaan kerana di situlah bermulanya kekuatan dalam menerajui matlamat kita.
Pekan Monolog? Menarik tu, teruskan usaha.
Pekan monolog? Hmmm... boleh tak kalau tidak ada konsep pertandingan tapi lebih bersifat pertunjukan?
BR
Aku setuju. Tiada salahnya menuntut kesempurnaan untuk menghasilkan yang terbaik.
Wahh... boleh pakai line ni dalam kerja-kerja pengarahan.
BR
Ya... aku nak buat show saja. Tapi aku bukan orang bab tu, susahlah sikit.
Post a Comment