07 February 2007

Kebetulan Jumaat Itu

Bila orang bercerita tentang Jumaat, kebetulan aku pun nak bercerita juga. Kebetulan hari itu aku berjemaah solat Jumaat di masjid lain di Tanjung kerana urusan kerja. Kebetulan pula aku agak terlewat, masjid dah penuh, nampaknya terpaksa berdiri mendengar khutbah.

Kebetulan masjid itu terletak dekat dengan restoran nasi kandar terkemuka dan besar pula. Kebetulan ada beberapa orang makcik-makcik, kakak-kakak meminta sedekah. Kebetulan pula ada ramai kanak-kanak sedang berlari riang.

Kebetulan restoran nasi kandar itu katanya setiap Jumaat menyedekahkan berpuluh bungkus nasi kandar pengganti pisang. Kebetulan ketika aku lalu mahu masuk masjid, pekerja restoran itu datang membawa bungkusan nasi kandar. Kebetulan peminta sedekah ada di situ, kebetulan kanak-kanak ada di situ.

Dan bukan kebetulan bila nasi itu tiba-tiba diserbu oleh kanak-kanak itu, ambil tiga empat bungkus sekali, dan bukan kebetulan si peminta sedekah terus meminta sedekah kerana mencari makan.

13 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

sian kat anak2 tu ya, kena ke masjid utk mendapatkan makanan buat alas perut..

er..ni peminta sedekah lelaki ke pompuan? kalau lelaki, tak leh ke dia off tghari tu jap drp meminta sedekah? kan elok masuk solat jumaat tu jap..

artisticklytouch said...

Jauh hang p semayang...dekat area2 TAS eh... he he bole caya ka

Anonymous said...

nampaknya meminta sedekah tu adalah kerjaya mereka.bukan lagi utk mencari sesuap nasik.

Unknown said...

yg bersedekah, semoga dipanjangkan rezeki dan lebih d berkati.

yg meminta sedekah, ada agenda depa ni..

~inilah saya~ said...

Kasihan melihat nasib mereka ini.

Pegawai Khalwat said...

Kaklong
Anak-anak tu ada mak bapak rasanya. Ada famili (mungkin tak semua). Kebanyakannya saja seronok mendapat sesuatu.

Psss.... peminta sedekah tu perempuan. Kalau ada lelaki pun anak-anak belum baligh.

Art
Masjid area rumah aku la.

Penyubiru
Sesetengahnya ada sindiket.

Halogamora
Mungkin cuba mencubit hati orang yang keluar solat, yang mungkin penuh rasa belas ketika itu.

Inilahsaya
Nasib boleh diubah dengan usaha. Tapi minta sedekah pun usaha jugak.

Sayuti said...

kebetulan juga saya dan artisticklytouch jadi HR. bila saya singgah di sini, kebetulan saya takda idea nak komen entri di atas.

tapi, bukan kebetulan saya nak tinggalkan komen juga.

hehe.

DeeN said...

peminta sedekah kadang2 membuat org serba salah, dalam dilema. tak bagi macam kedekut plak, bagi plak macam menggalakkan. Isyh... penin tul la.
Pss..peminta sedekah kanak2 mmg ada sindiket di belakangnya.

Pegawai Khalwat said...

Sayuti
OOoo..... ngkau tiruk ya..

Nur@ddeen
Betoi!

Pak Malau said...

Teringatkan Pak Malau, satu ketika sewaktu di Masjid India KL, selepas Jumaat, diberi sebungkus nasi beriani.

Pandang Dengar Diam said...

Sendikit itu sudahnya pasti, cuma kita kena lebih prihatin..

Bunga Rampai said...

Salam,
Amboi, banyaknya kebetulan. Juga kejutan untuk saya. Tersentak pabila buka blog ini tiba-tiba lagu berkumandang, kemudian perhati sekeliling...eh, ada gambar baru, ala-ala 007 :) Bro ke tu? hisy, menyibuknya saya...

Kebetulan saya bertandang ni bukan kebetulan (?), memang nak bertandang...teringat kat bunga tu :)

Pegawai Khalwat said...

Pak Malau
Wah.... semua merasa ka?

Cuaca
Lebih? Ada yang lebih-lebih.

BR
Lagu? Huhu.... saja nak buat kelainan. Ada pilihan nak dengar atau tidak.

Pic? Sapa? Pic mana?

Dok aih... tak sibuk aih.....

Memang suratan agaknya, bunga itu rampai, rampai itu bunga.