05 February 2008

Imejan Teater Cumbuan Dosa Semalam


Wajah pengarah yang tak puas hati pada para pelakon kerana pada masa yang sama terpaksa menjaga muzik sewaktu sessi latihan.


Sessi memanaskan badan di auditorium sebelum bermulanya raptai penuh.


Penolong pengurus pentas dengan prompt booknya. Kombinasi antara rajin dan keloloh.


Babak 1, papa dan mama. Kisah wanita yang hidup sebumbung luar nikah hingga mengandungkan anak luar nikah.


Mama menangis mengenangkan nasib diri yang ditinggalkan papa dengan anak yang tidak berbapa yang sah.

Babak 2, Kisah suami yang panas baran dengan isterinya yang terlalu baik hati.


Suami memukul isteri kerana isteri memberikan nasihat kepada suami.


Babak 3, kisah lesbian tegar yang dahagakan nafsu dan lesbian yang keliru antara cinta dan nafsu.


Lesbian tegar menggoda lesbian keliru.


Babak 4, kisah ibu yang kematian anak, tetapi tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.


Ibu yang keliru, sama ada benar atau tidak anaknya telah meninggal. Dia menyalahkan semua atas kematian anaknya.

Ibu nazak kerana meminum racun.


Babak 4, pasangan lakon kedua. Ibu tidak percaya dengan surat mati yang ditunjukkan oleh suami.


Suami kecewa dengan isteri yang masih tidak dapat menerima kenyataan walau anak mereka sudah 3 minggu meninggal.


Barisan tenaga produksi dan pelakon yang menjayakan Cumbuan Dosa Semalam.


Terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang yang membantu membuat jemputan ke maktab dan sekolah-sekolah hingga memenuhkan auditorium ketiga-tiga malam. Terima kasih kepada yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Nantikan projek terbaru Bakawalee.


22 comments:

tegezoot said...

acan dan komedinya...

Anonymous said...

ish..buruk bebenor gmbar les tu..tah pa per la tuan pgawai ni...tukar2

Anonymous said...

tegezoot&puteri cahaya bersama-sama mengomen...time pon sama...puteri cahaya...ingat-ingat...tegezoot...sudah-sudahlaaah...ingatlah sejarah lama...

Butaseni@Wan Raja said...

selesailah sudah.kali pertama dan terakhir aku mengarah.huhuhu minatku hanya dalam lakonan.

Anonymous said...

buta seni

jangan tanya!

blackpurple @ jowopinter said...

Serius giler muka tuan pengarah tu.

Hehehe!

Semoga berjaya!

Anonymous said...

buta seni mcm pasrah jer...good try buta seni...bukan senang nak mengarah....citer 1 tajuk takpa...ni citer 1 tajuk tapi corak mcm lukisan yg buta seni paparkan...lagipun kebanyakan pelakon baru....

Anonymous said...

resdong's..........
i'm beowulf!!!

wanie_agk said...

oo..arahan butaseni..

Pegawai Khalwat said...

Tegezoot
Ya!

Puteri Cahaya
Eh... cantik apa?

Anony
Asam di gunung, ikan di laut....

Butaseni
Hang mengarah ramai mai tengok.

BP
Muka pengarah tu memang brutal.

Resdongs
Dia saja simpan kuku.

Wanie_Agk
Ya... arahan pertama.

Anonymous said...

tahniah yer..
nanti saya hantar bunga dan anak patung pakai topi grad.. ;P

Super Nia Hana said...

**hana bgn tepuk tgn

Bunga Rampai said...

Beruntung punya kawan-kawan yang serba boleh.

Aktifnya Bakawalee. Saya ikut perkembangan dari jauh melalui blog :-)

Salam.

orang kampung said...

tahniah bakawalee n the geng. persembahan yang baik dan kaya engan idea. Komen komen peribadi saya boleh didapat disini (hahahahahah promote)
http://gengmana.blogspot.com
http://akrab.multiply.com

gambar gambar akan saya upload kat sini:-
http://tukangklik.fotopages.com

anjang

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum. Dah lama saya tak bertandang ke sini. Huhu. Apa khabar?

P/S: Pengarah tu macam pernah kulihat. Tapi siapa ya...?? Hikhik

Anonymous said...

apa ni bro..jgn mudah mengalah...mengarah lagi la..bukan senang nak mengarah.at least bro dah cuba..cuba lagi mesti akan bertambah baik nyer...

artisticklytouch said...

weh...hantar la cd..yang festival harituh pun aku tak dapat tengok lagi..

pondan gergasi ka yang mengarah...takda cinta lokasi ka?
lariiiikkk....

lesbian tuh...hmmm...macam pernah kudengar kisah ittew..di TAS..hmmm...

Unknown said...

knp muka pengarah tu 'ketat' sangat? rilek arr

pjoe said...

gmbr 1st, en butaseni?
aiseh man
tkleh cari makan la aku

hensem bebenor
hehe

sekalung tahniah buat kalian

Pegawai Khalwat said...

Rena
Nanti tu bila?

Hana
Terima kasih... nanti kalo jadi kami ke Kedah, jangan tak mai tengok pulak.

BR
Aktif kerana minat, dan rasa tanggungjawab pada negeri yang kurang show teater Melayu ni. Sokongan BR walau dari jauh amat kami terasa, malah lebih kuat dari sesetengah pihak di sini.

Orang Kampung
Terima kasih kerana datang dan heret kawan-kawan sekali. Komen-komen hangpa sangat membantu, tak kira positif atau negatif. Nanti show hangpa kami pakai mai pulak.

Puteri Ezza
Itulah pengarah paling hensem di Tanjung.... setakat ini.....

Penjejak Badai
Pengarah tu tak mengalah, saja dia nak rehatkan kepala hotak dia saja....

Art
Alamat? Cinta lokasi? Ha ha ha ha.... hang tau sendiri jawapannnya. Detail kena tanya aku la...
Lesbian kat TAS? Aik? Awat aku tak tau yang tu? Ha ha ha ......

Halogamora
Tak tahulah cik puan. Bila dia rasa bahang jadi pengarah, terus muka dia jadi lagu tu.

Pjoe
Ya hensem.... tapi ramai yang takut nak dekat.

Dia pandai nyanyi juga. Pelbagai genre lagu.

Raja Azrul said...

Cerita macam menarik?

Bila nak perform kat KL? Teringin nak tengok! Nanti kita boleh share pengalaman dan skrip!!

m i n e r a l . . . said...

errr sekali lagi sampai kan salam sy pada pelakon lesbian tu, ermm tak cukup serius lagi tuh jejejejeje...

btw congrats bakawale bersama pengarah barunya, jgn putus asa yer