Semalam selesailah Kisah Si Semut. Satu-satunya teater kanak-kanak yang dipertandingkan di festival teater Tanjung. Pendek kata, memang menanglah. Tapi ada juga orang kata, mana boleh menang sebab cuma satu, jadinya tidaklah dipertandingkan.
Kisah Si Semut merupakan arahan pertama Apit Jinggo. Bukan teater kanak-kanak arahan pertama, tapi teater arahan pertama. Dan aku memang tabik pada dia kerana punya kesabaran dengan kerenah budak-budak ni. Aku sendiri bayar RM1000 pun aku tak sanggup mengarah teater kanak-kanak. Kalau bayar RM2000 ke atas, barulah aku sanggup.
Sebagai sebuah teater pertama, pastinya banyak kelemahan yang ketara. Pacing, tempo, energy, lakonan kurang karakter, dan sebagainya. Semestinya aku tahu masalah dia sebagai pengarah yang terpaksa ambil tahu semua benda; lakonan, pengarahan, set, props, pencahayaan, makan minum, kerenah mak bapak, politik pejabat dan sebagainya.
Jadinya aku lihat banyak benda yang terabai. Itu tak termasuk lagi campur tangan kuasa asing dan kerja cakap tak serupa bikin. Aku tidak membela Apit Jinggo, cuma menyatakan aku faham situasi dia. Cuma kalau nak dibawa ke penilaian kedua untuk kebangsaan, dia tak boleh berhenti rehat di sini. Latihan harus diteruskan, banyak benda lain harus dimantapkan, duit harus dikeluarkan, hutang harus dibayar, hati kawan-kawan perlu dijaga dan sebagainya.
Pendek kata, tahniah sekali lagi. Tepukan untuk diri sendiri!

7 comments:
satu-satunya karakter yg mencuri sedikit cebisan hati saya ialah si kumbang Solo. ;) sangat comel dan intonasi tidak typical. :)
cabaran seorang penggiat begitulah beb..
proud w u jinggo...aku minta maaf banyak...aku,lanun n acan...tak clear set,kami terus ke kelas vokal bersama ratu air mata[kak pah] dll...
wak
baru tau rasa mengarah macam mana ! apa apa pun kira ok la tuh !
nanti aku buat ulasan.
Jinggo, tahniah!!
Susah jugak nak buat teater neh ya. Er.. tp teater ngan filem, mana satu yg lagi susah ya?
jinggo kami ada dgn ang!
Post a Comment