Untungnya Serakah ini kerana punya pelakon yang dapat buat lakonan yang bersahaja. Bersahaja dalam erti kata menjadi diri sendiri dengan sedikit exagerate. Tahun ini SICK tampil dengan kerja-kerja teknikal yang lebih kemas berbanding dua tahun lepas, di mana tragedi terjatuh kerana terpijak roti canai ketika gelap perubahan babak memberi kesan yang mendalam kepada para penonton.
Tetapi ruginya kerana blackout untuk menunjukkan perubahan babak masih berlaku malahan terlalu banyak. Black out ini telah sedikit sebanyak menganggu mood audien. Lebih kurang samalah kalau kita sedang menonton wayang atau tivi. Tengah syok tengok, tiba-tiba blackout. Kalau sekali mungkin boleh tahan lagi, tapi ini berkali-kali.
Dan sayangnya juga kerana ada diantara blackout itu sebenarnya tidak perlu pun. Misalnya adegan mak angkat Aman (yang muda, solid, dan pakai baju kurung kain berkilat) menemui Aman ketika masih bayi. Adegan berkenaan boleh diangkat tanpa blackout. Begitu juga halnya dengan kemasukan watak-watak makhluk yang mengganggu dan mendoakan Aman di balik kelir, rasanya boleh bersembunyi di balik platform berkenaan.
Kekurangan yang paling ketara, yang perlu dititikberatkan oleh pengarah ialah penguasaan ruang, terutama tahu bermain di dalam ruang cahaya yang dibekalkan. Benar, teater moden kini tidak mewajibkan pemainnya bermain di ruang cahaya. Tetapi ada perbezaan di antara bermain di dalam gelap dengan sengaja atau tidak sengaja. Bila mana eksperi muka perlu ditonjolkan, tetapi tidak jelas kerana terlindung dari cahaya, maka itu adalah satu kerugian yang besar. Tambahan lagi aku lihat gel pelbagai warna digunakan untuk mencantikkan ruang lakonan. Serta beberapa kerugian kerana sesetengah lampu tidak digunakan secara maksimum fungsinya.
Cukuplah setakat ni. Ada lagi beberapa perkara yang kalau aku sebut jadi panjang. Aku bukanlah orang yang paling layak memberi komen kerana aku pun tak sempurna. Cuma tahniah buat kumpulan ini kerana berjaya menghasilkan sebuah kritikan sosial serta pelapis yang makin lama makin tinggi mutu lakonan mereka.
Tukaran akan datang. Nasib oleh Epilog Kembara, 19 Julai 2009, 8.30 malam.

14 comments:
hmm..btol3
suka watak mak kandung aman...
jiwa sentimental macam aku ni tersentuh....
wak
hahahahahahahahahah mamu ka?
-tentang watak makhluk tu betul.. kan senang kalu sembunyi terus kat belakang!
- latar kain yg menyembunyikan makhluk kalu di besarkan pon ok gak at least dapat menutup area stage yg x digunakan dan lindung lampu & platform kat belakang tu
-tok bilal n imam ke yg 2 orang tu? kenapa sorang pakai kasut, sorang lagi x pakai? at least improvise la skrip konon "marah betul aku kasut kena curi.. budak zaman sekarang.."
- anyway sume pelakon aku tgk dapat bawa watak dgn berjaya..
sekadar pandangan
ya ya teruskan mengomen, kalau anda tidak mengomen belum tentu ada lagi bloggers yang akan mengomen tentang teater yang berlaku di penang ni.
Bab blackout byk tu sebab mahkluk kat blakang tu adalah orang yg sama yg jadi tok bilal, tok imam , orang gagap dan sebagainya sebab mamu x da orang lain dah . HAHAHa..
Wow!
dari segi pementasan, memang bagus seperti yg telah diutarakan oleh Tuan PK ini,
maka bolehlah pula kami yang tak seberapa ini memberikan pandangan dari mata penonton atau dari sudut Ilmiah melalui penghayatan,
'SERAKAH'
Mengutarakan pengkisahan anak luar nikah yang mencari identiti yang tidak berkesudahan.
Kali ini, penonton juga dipersoalkan lagi sama macam penceritaan 'Mencari Juita',
Pengamatan penonton terkadang terkeliru dengan pertanyaan yang terlalu banyak kali dipersoalkan oleh Aman, si anak luar nikah yang teranaiya.
Kehadiran aman dipentas, walaupun sebelum dia mengeluarkan suara, sudah dapat diagak oleh penonton tentang apa yanag bakal ditanya.
Persoalan pula kepada Aman, apakah penonton (masyarakat) perlu dipersalahkan didalam soal "Nafsu SERAKAH" ini?
[Penghayatan kadang-kadang tergendala apabila 'Black out']
Pertanyaan terakhir timbul, apabila Aman tampil dengan berani membuat pengakuan:
Apakah 'Nafsu SERAKAH' ini boleh dilontarkan kembali masyarakat dan kesalahan itu perlu atau mesti dikongsikan bersama dengan masyarakat?
Jikalau benar, maka 'Nafsu SERAKAH'ini sebelum itu boleh jugalah dikongsi bersama-sama semasa sebelum 'Nafsu SERAKAH' itu terjadi,
Perkongsian bersama iani:
'sebelum (keseronokkan) dan selepas (kesengsaraan) Nafsu SERAKAH.
Apakah penonton mahu berkongsi bersama-sama?
Apa kata penonton yang lain?
(Maaf PK, nak ulas tak dan kat Prologue: From the Eye of Theatregoers)
setuju dengan komen anak antu-!
awat anak antu tak pi jadi hantu belakang screen tu
mamu x tempang pon malam 2..
ABU-HAH HAH HAH HAH....
WAK
Nyda
Hmmmmm....boleh...
Wak
Hang Rapid Result Coach kerana control sikit sentimental tu.
Butaseni
Hahahahaha ya
Ahcock
Komen yang detail. Bagus!
Anak Antu Seni
Ya ka orang yang sama? Aku sudah tertipu!
H.O.T.S.
Nampaknya macam tulah, nak dikongsi dengan masyarakat.
Abu
Dia memang saja-saja buat tempang nak raih simpati kot.
tak pa.....
janji juri suka.....
itu yang penting........
Tak penting lagi tu.. yg penting mamu menangis malam tuh! lanun tertipu dia ingat crita komedi!
Post a Comment