Aku terpanggil untuk mengomel tentang pelakon terbaik. Apa definisi kalian tentang pelakon terbaik? Tidak kisahlah sama ada pelakon itu lelaki atau perempuan atau mix & match. Aku letakkan di lubuk akal kalian untuk memutuskannya. Tapi cuba dengar definisi aku yang entah betul entah sesat.
Satu ketika dahulu, ketika aku masih muda, aku meletakkan pelakon yang versatile sebagai pelakon yang baik dan bagus. Maka muncullah nama-nama dalam kotak otak aku seperti Robin William, Rosyam Nor, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (semestinya dalam senarai), mendiang Anita Mui……. Dan aku rasa sebahagian besar akan mengakui bahawa lakonan mereka memang bagus.
Tetapi pada suatu ketika, setelah aku menonton teater (penekanan kepada mode lakonan), aku mendapati bahawa lakonan beberapa orang pelakon ini memang mengkagumkan. Sepantas kilat synapse-synapse aku segera berfungsi pada tahap yang ultra pantas.
Hati aku bersuara, “Dia ni baguih, tapi dia tak versatile pun. Takkan takleh nak kata dia tak cukup baguih?”
Dan dengan segera jugalah jantung aku mengepam darah ke bahagian otak agar aku berfikir bak kancil (sejenis haiwan, bukan kereta nasional).
“Al Pacino baguih, Robert De Niro baguih, Nordin Ahmad baguih, Tapi lakonan depa tetap stereotaip. Gaya cakap sama, body language dengan stail lakonan mungkin ada sedikit beza ikut filem. Tapi memang depa baguih. Pasaipa aku kena kata pelakon versatile baru baguih?” data-data dalam tempurung kepala aku berperang.
Kantung ilmu aku mungkin masih lagi tidak cukup, tidak lengkap, tidak sempurna. Dan dengan kantung yang tidak sempurna itulah akhirnya aku telah menghasilkan sebuah hipotesis, yang belum lagi diuji dan dihalalkan keberkesanannya untuk menjadi sebuah teori.
“Al Pacino dalam Dog Day Afternoon cukup berkesan. Dalam Godfather pun macam tu jugak. De Niro dalam Cape Fear memang power. Dalam Meet The Parents pun sama. Walaupun nampak sama saja lakonan depa, tapi aku rasa yang penting adalah keberkesanan lakonan dan impak yang depa bagi.” Nah! Itu hipotesis aku.
Impak pada audien sangat penting bagi aku. Pada aku, pelakon yang bagus akan dapat memberi impak pada audien tiap kali audien menonton lakonan mereka. Ataupun setidak-tidaknya pada sebahagian besar lakonan mereka (ada sesetengah lakonan yang mungkin mustahil memberi impak atas punca yang pelbagai; rakan lakon, skrip, pengarahan…..)
Andai kita dapat merasakan apa yang disampaikan oleh pelakon itu, pada aku, sudah boleh dinobatkan sebagai pelakon yang baik. Dan sudah tentunya pandangan mata kasar, mata hati dan mata jiwa kita tidak sama. Setiap insan punya selera yang berbeza-beza. Tapi andai kata kita dengan satu mata, satu hati, satu jiwa mengakui dan menerima bahawa pelakon itu adalah bagus (bersandarkan hipotesis yang aku keluarkan tadi), maka baguslah dia.
Hipotesis kalian bagaimana…….?