18 November 2005

Antara Pencuri, Roti Canai dan Teh 'O'


Roti canai ini sedang disiasat oleh makmal CSI : Bakawalee

Aku ketawa besar semalam. Tapi dalam ketawa ada juga rasa kasihan. Rumah penulis Sentuhanseni, Art Ziafrizani telah dimasuki pencuri. Pada permulaan cerita apabila aku mendengar yang rumah sahabat aku ni dimasuki pencuri, aku bayangkan pintu dikopak, televisyen diangkut, yang tinggal hanya sisa-sisa peninggalan prasejarah yang mungkin tidak laku di pasaran gelap dan cerah.

Tapi setelah pegawai CSI Hasmidi menjalankan soal siasat semalam, aku tidak boleh berhenti ketawa. Kalian bayangkanlah bagaimana pencuri datang masuk ke rumah, bersembang dengan tuan rumah, 'meminjam' duit tuan rumah untuk membeli roti canai, bancuh teh 'o', kemudian selepas kenyang barulah mencuri dua pasang kasut dan sebiji topi keledar. Sungguh selamba!

Tapi apa nak dikata, inilah pepatah Melayu pernah berperi; beri susu dibalas tuba atau seperti kaduk naik junjung. Pencuri-pencuri ini pun menurut mangsa beliau kenal (antara kenal dan tak kenal kerana baru nak kenal mengenal). Setelah dilayan macam tetamu (sifat mulia orang Melayu), mereka menyusahkan tuan rumah.

Aku pula tak salahkan penghuni rumah itu yang tidur mati atau tengok televisyen mati (mata tak berkelip, tak sedar apa yang terjadi pada dunia sekeliling kecuali kiamat). Memang sudah sifatnya mereka sebagai orang Melayu melayan tetamu dan menanggap 'tetamu' terbaru ini sebagai ahli keluarga mereka, jadi tidaklah perlu skeptikal seperti burung hantu mencari mangsa, melihat setiap gerak geri mereka. Tapi pusar kesempatan itulah yang mendorong syaitan laknatullah menghasut, memujuk, memberi motivasi untuk mereka mencuri kasut raya yang baru dua minggu beraya.

Alkali akal lebih kuat menghakis sifat hormat pada tuan rumah, parasit tamak yang lebih kuat mencengkam pokok minda agar bergaya dengan kasut raya curi yang sememangnya original, tidak seperti kebanyakan VCD yang berlonggok di rumah mangsa.

Tak lama lagi aku bercadang nak buat kutipan kilat bagi membantu mangsa yang kehilangan kasut baru kesayangan mereka. Sumbangan akan diberi pada Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan dalam bentuk replika atau mungkin gambar yang dibingkaikan. Sesiapa yang nak menyumbang boleh menghubungi aku.

Marilah kita 'Bersama Mereka'............................

4 comments:

artisticklytouch said...

Perlu ditegaskan di sini, aku dan Dora tidak ada di rumah semasa kejadian berlaku jadi kami tidak terlibat di dalam kebodohan itu muahahhahahhaha aku pun rasa nak gelak gak...

Pegawai Khalwat said...

Dia nak suruh stop sat pi buat maksiat la tu. Lepas dapat kasut baru sambung balik.

Ada ka offer orang curi Nurbaya ni. Bukak la tender, the highest bidder will win.

artisticklytouch said...

hehehehehe gersang sangat ke samapai nak kena bid diri sendiri su orang curi muahahahhahaha sudahlah nurbaya, ko dah bahagia dengan MAS kan... tengok muka pun tahu

Pencuri kasut aku memang sial babi haram jadah, aku doakan dia accident and kaki dia terputus lalu terpelanting ke dalam sungai perai... kata-kata itu satu doakan annnurbaya? aku kena sebut lagi 43 kali.... then tengok kosmo! mesti berita ni keluar

Pegawai Khalwat said...

Hoi hoi... mencarut pulak dalam blog aku. Sah malaikat tak singgah dah kat blog aku.

Gersang la tu Art, si Nurbaya tu. Err... sapa MAS (menggaru lagi kepala yang tidak gatal)